Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Pembatalan waran bagi pemindahan
Menteri boleh, pada bila-bila masa sebelum banduan berkenaan dipindahkan, membatalkan waran bagi pemindahan banduan itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 10(1) atau 12(1) jika—
(a)
Menteri memikirkan bahawa adalah tidak wajar meneruskan pemindahan banduan itu;
(b)
Negara asing yang ditetapkan menarik balik keizinan bagi pemindahan itu; atau
(c)
banduan itu, jika dikehendaki untuk memberi keizinan menurut triti atau apa-apa perjanjian lain antara Malaysia dan Negara yang ditetapkan itu, atau mana-mana triti atau perjanjian lain yang Malaysia atau Negara yang ditetapkan itu menjadi pihak, menarik balik keizinan itu.