Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Jika Negara asing yang ditetapkan itu telah memberitahu
Menteri mengenai keputusan untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada seseorang banduan, Menteri hendaklah menguatkuasakan keputusan itu.
(3)
Berhubung dengan sesuatu pemindahan banduan dari Malaysia,
Akta ini hendaklah tidak menyekat kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada banduan itu, mengikut undang-undang Malaysia.
Kos