Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Syarat bagi pemindahan
(a)
hukuman pemenjaraan atau perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan ke atas banduan itu tidak tertakluk kepada rayuan ke mana-mana mahkamah atau tribunal;
(b)
tindakan atau peninggalan yang merupakan kesalahan yang menyebabkan banduan itu menjalani hukuman di dalam
Negara yang menjatuhkan hukuman itu, jika tindakan atau peninggalan itu berlaku di dalam Negara yang kepadanya pemindahan diminta, juga merupakan suatu kesalahan di dalam Negara itu melainkan jika Menteri dan pihak berkuasa berkenaan bersetuju selainnya;
(c)
pada masa permohonan bagi pemindahan dibuat sekurang-kurangnya enam bulan daripada hukuman banduan itu masih belum dijalani, tanpa mengambil kira sama ada banduan itu telah dilepaskan atas parol atau selainnya, dengan syarat Menteri dan pihak berkuasa berkenaan boleh menentukan suatu tempoh yang lebih singkat;
(d)
Menteri dan pihak berkuasa berkenaan telah memberikan keizinan mereka bagi pemindahan itu;
(e)
keizinan banduan telah diperoleh, jika keizinan itu dikehendaki oleh triti atau apa-apa perjanjian lain antara
Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan, atau mana-mana triti atau perjanjian lain yang Malaysia atau Negara asing yang ditetapkan menjadi pihak; dan
(f)
apa-apa kehendak lain yang dipersetujui antara Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan telah dipenuhi, termasuk syarat yang diperuntukkan dalam atau dibuat di bawah mana-mana triti atau perjanjian antara Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan.
(2)
Bagi pemindahan banduan ke atau dari Malaysia, Menteri boleh menolak permohonan bagi pemindahan atau tidak memberikan keizinannya bagi pemindahan itu jika—
(a)
banduan itu telah dijatuhi hukuman mati;
(b)
pemindahan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam perlu yang lain bagi Malaysia;
Pemindahan Antarabangsa Banduan 9
(c)
pemindahan banduan itu akan mengenakan tanggungan beban yang berlebihan ke atas sumber kewangan Malaysia;
atau
(d)
pemindahan itu akan menghendaki langkah-langkah yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis diambil.