Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012

Seksyen 8

(a)

Menteri hendaklah memaklumkan Negara asing yang ditetapkan itu tentang hasrat Malaysia untuk memohon untuk memindahkan banduan itu ke Negara asing yang ditetapkan itu; dan

(b)

Menteri hendaklah meminta Negara asing yang ditetapkan itu untuk memberikan pandangan awalnya ke atas permohonan itu, termasuklah kaedah bagaimana hukuman pemenjaraan itu berkemungkinan akan dikuatkuasakan oleh Negara asing yang ditetapkan itu jika, berikutan permohonan rasmi untuk pemindahan, Negara asing yang ditetapkan itu mengizinkan pemindahan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh memberikan

Negara asing yang ditetapkan—

(a)

butiran tentang apa-apa permintaan bagi ekstradisi banduan itu yang telah dibuat di bawah Akta Ekstradisi 1992

[Akta 479] atau minat mengenai ekstradisi yang dinyatakan oleh Negara lain atau mana-mana Negara yang, pada pendapat Menteri, berkemungkinan mempunyai hasrat untuk mengekstradisi banduan itu; atau

(b)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan oleh Menteri boleh membantu Negara asing yang ditetapkan dalam memberikan pandangan awalnya ke atas cadangan pemindahan itu.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 754

Permohonan untuk pemindahan dari Malaysia