Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan―
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 13; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika dia menjadi bankrap;
(d)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e)
dalam hal Pengerusi Eksekutif, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturur-turut tanpa kebenaran Perdana Menteri;
(f)
dalam hal seorang anggota Suruhanjaya, selain Pengerusi
Eksekutif dan anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(b), jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya
20
Undang-Undang Malaysia tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi
Eksekutif;
(g)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri atau
Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut seksyen 9 atau oleh Perdana Menteri menurut seksyen 16.
Kesan pemberhentian keanggotaan