Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 11

Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota

(a)

seseorang lain hendaklah dilantik untuk mengambil tempatnya mengikut peruntukan yang terpakai; dan

(b)

dia tidak boleh, dalam masa dua tahun dari pemberhentian keanggotaannya, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, perkhidmatan penerbangan.

Jawatankuasa