Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 12

Suruhanjaya―

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 21

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa dan Suruhanjaya.

(7)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Suruhanjaya.

(8)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Penzahiran kepentingan