Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 13

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu―

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan 22

Undang-Undang Malaysia

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum

Suruhanjaya atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini―

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuk―

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya termasuklah ibu atau bapa suami atau isterinya;

(c)

anaknya termasuklah anak angkatnya atau anak tirinya;

(d)

adik-beradiknya termasuklah adik-beradik suami atau isterinya; dan

(e)

suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya―

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 23

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota atau seorang anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substantial dalam perbadanan itu.