Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
berhubung dengan laluan domestik, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dalam Malaysia, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, jenis pesawat udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan; atau
(b)
berhubung dengan laluan antarabangsa, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya dan ditetapkan, dinamakan atau selainnya dibenarkan oleh
Kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dari, ke atau merentas sesuatu negara di bawah suatu perjanjian perkhidmatan udara, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, laluan yang padanya perkhidmatan udara hendaklah diberikan, jenis pesawat udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12 atau 71;
“Ketua Pengarah Penerbangan Awam” ertinya Ketua Pengarah
Penerbangan Awam Malaysia yang disebut dalam Akta Penerbangan
Awam 1969 [Akta 3];
“Kumpulan
Wang”
ertinya
Kumpulan
Wang
Suruhanjaya
Penerbangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 25;
“Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam” ertinya Kumpulan Wang
Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
12
Undang-Undang Malaysia
“lapangan terbang” ertinya agregat tanah yang terdapat dalam suatu aerodrom termasuklah bangunan, hangar pesawat udara, tempat penyimpanan, kemudahan, jalan dan tempat letak kereta yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi maksud atau berkaitan dengan pengendalian aerodrom itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
“obligasi perkhidmatan awam”
ertinya pengadaan suatu perkhidmatan bagi membawa melalui udara atau penggunaan mana-mana pesawat udara untuk membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi suatu perjalanan berjadual di antara aerodrom―
(a)
yang satu aerodrom atau lebih menghubungkan suatu wilayah dalam Malaysia yang terpencil atau kurang penduduk atau mempunyai isu perhubungan yang signifikan oleh sebab kepinggiran geografinya atau kekurangan pilihan pengangkutan darat yang mencukupi;
atau
(b)
yang menghubungkan suatu laluan yang dianggap penting bagi pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia atau demi kepentingan negara, yang tidak akan dibuat oleh syarikat penerbangan jika syarikat penerbangan itu hanya menimbangkan kepentingan komersialnya semata-mata;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini;
“pemegang permit” ertinya seseorang yang memegang suatu permit di bawah di bawah Akta ini;
“Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 13
“pengguna” ertinya seseorang yang memperoleh atau menggunakan apa-apa perkhidmatan penerbangan untuk kegunaan peribadi dan tidak memperoleh atau menggunakan perkhidmatan itu terutamanya bagi maksud membekalkan semula perkhidmatan itu atau memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan;
“perjalanan berjadual” ertinya satu daripada siri perjalanan yang dilakukan di antara dua tempat yang sama dan yang kesemuanya menjadi suatu perkhidmatan yang sistematik;
“perjalanan tidak berjadual” ertinya suatu perjalanan yang bukan perjalanan berjadual;
“perkhidmatan penerbangan”
ertinya mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
(a)
membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah melalui udara atau dengan menggunakan mana-mana pesawat udara di antara dua tempat atau lebih, yang sekurang-kurangnya satu tempat itu berada di Malaysia;
(b)
pengadaan mana-mana perkhidmatan pengendalian darat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua di
Malaysia;
(c)
pengendalian sesuatu aerodrom di Malaysia bagi pelepasan dan pendaratan mana-mana pesawat udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo bagi sewa atau upah;
(d)
apa-apa perkhidmatan lain yang ditentukan sebagai perlu atau suai manfaat oleh Suruhanjaya bagi membawa penumpang, mel atau kargo yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atau tidak perkhidmatan itu diadakan oleh pemegang lesen, pemegang permit atau selainnya;
14
Undang-Undang Malaysia
“perkhidmatan pengangkutan udara” ertinya suatu perkhidmatan udara komersial yang dikendalikan bagi maksud mengangkut orang, barang peribadi, bagasi, barangan atau kargo dalam sesuatu pesawat udara di antara dua tempat;
“pesawat udara” ertinya suatu mesin yang boleh mendapatkan daya angkat di atmosfera daripada tindak balas udara, selain tindak balas udara terhadap permukaan bumi;
“sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu pesawat udara;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.