Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 3

(2)

Suruhanjaya hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya—

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 15

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memajak, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih dan apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.

Meterai perbadanan