Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Penerbangan Malaysia”
atau “Malaysian Aviation Commission” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah ditentusahkan oleh Pengerusi Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi
Eksekutif secara bertulis.
(4)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
16
Undang-Undang Malaysia
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau seorang pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa bagi maksud itu.
(6)
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya