Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 5

(a)

Pengerusi Eksekutif yang hendaklah dilantik oleh

Perdana Menteri;

(b)

dua orang wakil Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada―

(i)

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; dan

(ii)

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan

Perdana Menteri; dan

(c)

tidak kurang daripada empat tetapi lebih daripada enam orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Perdana Menteri, dan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, penerbangan, perniagaan, pentadbiran, undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi

Suruhanjaya.

(2)

Pengerusi Eksekutif hendaklah merupakan seorang yang, pada pendapat Perdana Menteri, mempunyai pengalaman, menunjukkan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 17

keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, penerbangan, perniagaan atau pentadbiran yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.

(3)

Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Suruhanjaya jika dia―

(a)

memegang jawatan atau pekerjaan dalam atau yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan;

(b)

terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan dalam atau yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan; atau

(c)

terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (3), mana-mana anggota

Suruhanjaya, selain anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(b), tidak boleh, selama dia menjadi anggota Suruhanjaya, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis

Perdana Menteri.

Anggota silih ganti