Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“aktiviti pekerjaan sendiri” ertinya apa-apa aktiviti berhubung dengan perusahaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“anak” ertinya anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati―
(a)
yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan termasuklah―
(i)
anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan
(ii)
anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;
dan
(b)
yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“bencana pekerjaan sendiri” ertinya kecedaraan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan berakibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan bagi maksud aktiviti pekerjaan sendirinya;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada
Pertubuhan oleh orang bekerja sendiri mengikut Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 11
“ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri” ertinya ejen yang dilantik di bawah seksyen 12;
“faedah” ertinya elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya, faedah pendidikan, faedah pengurusan mayat atau faedah perubatan;
“hilang upaya langsung kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang tidak membolehkan orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya sementara” ertinya suatu keadaan yang diakibatkan oleh bencana pekerjaan sendiri yang memerlukan rawatan perubatan dan menjadikan orang berinsurans bekerja sendiri, akibat daripada kecederaan itu, tidak berupaya buat sementara daripada menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya separa kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang mengurangkan keupayaan mencari nafkah orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja
(Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang bekerja sendiri” ertinya mana-mana warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang menjalankan suatu aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dalam perusahaan;
“orang berinsurans bekerja sendiri” ertinya mana-mana orang bekerja sendiri yang telah berdaftar dengan Pertubuhan dan membayar caruman mengikut Akta ini;
“orang tanggungan” ertinya balu atau duda, anak, ibu bapa, adik-beradik yang berumur di bawah dua puluh satu tahun atau datuk nenek bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati;
“pegawai dan pekhidmat” ertinya pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah seksyen 59L Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Pemeriksa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“perusahaan” termasuklah apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkhidmatan, perkilangan atau apa-apa panggilan nama bagi pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 13
“tempoh pelindungan” ertinya apa-apa tempoh sehingga dua belas bulan berturut-turut yang berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar oleh orang berinsurans bekerja sendiri dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah
Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuk mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 58.