PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2017/789
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI 2017 is Malaysia Act, cited as Act 789 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang menjalankan suatu aktiviti pekerjaan sendiri dalam perusahaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Tafsiran
“aktiviti pekerjaan sendiri” ertinya apa-apa aktiviti berhubung dengan perusahaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“anak” ertinya anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati―
anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan
anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;
dan
yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“bencana pekerjaan sendiri” ertinya kecedaraan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan berakibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan bagi maksud aktiviti pekerjaan sendirinya;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada
Pertubuhan oleh orang bekerja sendiri mengikut Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 11
“ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri” ertinya ejen yang dilantik di bawah seksyen 12;
“faedah” ertinya elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya, faedah pendidikan, faedah pengurusan mayat atau faedah perubatan;
“hilang upaya langsung kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang tidak membolehkan orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya sementara” ertinya suatu keadaan yang diakibatkan oleh bencana pekerjaan sendiri yang memerlukan rawatan perubatan dan menjadikan orang berinsurans bekerja sendiri, akibat daripada kecederaan itu, tidak berupaya buat sementara daripada menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya separa kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang mengurangkan keupayaan mencari nafkah orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja
(Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang bekerja sendiri” ertinya mana-mana warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang menjalankan suatu aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dalam perusahaan;
“orang berinsurans bekerja sendiri” ertinya mana-mana orang bekerja sendiri yang telah berdaftar dengan Pertubuhan dan membayar caruman mengikut Akta ini;
“orang tanggungan” ertinya balu atau duda, anak, ibu bapa, adik-beradik yang berumur di bawah dua puluh satu tahun atau datuk nenek bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati;
“pegawai dan pekhidmat” ertinya pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah seksyen 59L Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Pemeriksa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“perusahaan” termasuklah apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkhidmatan, perkilangan atau apa-apa panggilan nama bagi pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 13
“tempoh pelindungan” ertinya apa-apa tempoh sehingga dua belas bulan berturut-turut yang berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar oleh orang berinsurans bekerja sendiri dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah
Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuk mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 58.
Bahagian II
SENDIRI
Pentadbiran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Bagi maksud mentadbir Skim ini, Pertubuhan hendaklah meletakhakkan pada Lembaga apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atas Lembaga apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan hendaklah menjadi
Timbalan Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh melantik seorang atau lebih Timbalan Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini.
Sekiranya bagi apa-apa tempoh Ketua Pengarah tiada buat sementara di dalam Malaysia atau menjadi tidak upaya buat sementara kerana sakit, atau kerana apa-apa sebab lain tidak dapat melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah menjadi kosong,
Menteri hendaklah melantik seorang daripada Timbalan Ketua
Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah dalam tempoh itu.
Terma dan syarat perkhidmatan bagi Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah ditentukan oleh
Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Kuasa Pertubuhan untuk memegang harta, dsb.
Pertubuhan boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan bagi maksud Akta ini―
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; dan
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pertubuhan.
Penjalanan kuasa dan fungsi Pertubuhan
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan apa-apa kuasa dan fungsinya tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya kepada Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan bagi maksud Akta ini.
Bahagian III
Penubuhan jawatankuasa
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa itu tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)―
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga; dan
boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
Anggota jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula atas apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada
Pengerusi jawatankuasa.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pengerusi jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Fungsi Jawatankuasa adalah untuk menasihati Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan Skim termasuk kadar caruman, faedah, tempoh pelindungan dan tentang perkara yang berkaitan dengan pelaburan Kumpulan Wang.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 17
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
tidak lebih daripada empat orang anggota orang bekerja sendiri yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
tidak lebih daripada empat orang anggota mewakili persatuan pekerjaan sendiri yang hendaklah dilantik oleh
Menteri;
tidak lebih daripada tiga orang anggota yang mempunyai pengalaman dalam perkara keselamatan sosial yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan
seorang anggota yang mempunyai pengalaman dalam perkara pelaburan yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setiap tahun.
Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah lima orang termasuk pengerusi mesyuarat.
Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Bahagian IV
Pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Pertubuhan hendaklah melaksanakan Skim kepada orang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Pendaftaran dan caruman
Tiap-tiap orang bekerja sendiri hendaklah membayar caruman terlebih dahulu pada kadar sebagaimana yang ditetapkan mengikut kadar caruman yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk melantik ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri
Ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 19
dilaksanakan, memaklumkan Pertubuhan waktu dan tarikh sebenar bayaran caruman dibuat oleh orang berinsurans bekerja sendiri.
Mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pengesahan caruman
Apa-apa caruman yang dibayar kepada Pertubuhan oleh orang berinsurans bekerja sendiri melalui mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri hendaklah tertakluk pada pengesahan oleh
Pertubuhan.
Penentuan aktiviti dalam hal tertentu, tempoh pelindungan, dsb.
Semua tuntutan bagi faedah hendaklah berhubung dengan bencana pekerjaan sendiri yang dialami dalam tempoh pelindungan dan Pertubuhan boleh menentukan sama ada tuntutan itu dibuat bagi bencana pekerjaan sendiri yang dialami dalam tempoh pelindungan dan menolak tuntutan itu sekiranya bencana pekerjaan sendiri itu bukan dalam tempoh pelindungan.
Walau apa pun subseksyen (2), Pertubuhan hendaklah menolak semua tuntutan bagi faedah sekiranya—
dalam hal kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang berlaku pada orang berinsurans bekerja sendiri, tujuh puluh dua bulan telah luput berkuat kuasa mulai tarikh kemalangan itu; atau 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
dalam hal penyakit atau kecederaan disebabkan oleh penyakit pekerjaan yang berlaku pada orang berinsurans bekerja sendiri, tujuh puluh dua bulan telah luput berkuat kuasa mulai tarikh penyakit atau kecederaan itu yang disahkan oleh pegawai perubatan kepadanya.
Bahagian V
Tuntutan bagi faedah
Tiap-tiap tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini hendaklah dikemukakan mengikut apa-apa cara kepada Pertubuhan dengan apa-apa keterangan bagi menyokong tuntutan itu, sebagaimana yang ditetapkan.
Penyakit pekerjaan
Walau apa pun subseksyen (1), tempoh tujuh puluh dua bulan itu boleh, mengikut budi bicara Pertubuhan, dilanjutkan apabila keterangan perubatan dan keterangan sokongan lain yang berkaitan dikemukakan.
Jika orang berinsurans bekerja sendiri terlibat secara langsung dalam apa-apa pekerjaan atau industri yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dia hendaklah, sekiranya diminta oleh Pertubuhan, membolehkan dirinya untuk
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 21
diperiksa oleh seorang pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya, sebagaimana yang ditetapkan.
Tiada faedah boleh dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri berkenaan dengan apa-apa penyakit atau kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 melainkan jika penyakit atau kecederaan itu boleh dikaitkan secara langsung dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Faedah hilang upaya sementara
Bagi maksud subseksyen (1), tiada faedah hilang upaya sementara boleh dibayar melainkan jika hilang upaya sementara itu terus berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan.
Orang berinsurans bekerja sendiri tidak berhak kepada faedah hilang upaya sementara berkenaan dengan mana-mana hari yang dia menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri di bawah Akta ini.
Faedah hilang upaya kekal
Bagi maksud subseksyen (1), jika hilang upaya kekal, sama ada langsung atau separa, telah ditaksir secara sementara bagi suatu tempoh terhad atau secara muktamad, faedah itu hendaklah boleh dibayar bagi tempoh terhad itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi seumur hidup.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Bagi maksud subseksyen (1)―
tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual
Kedua kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, atau daripada mana-mana gabungan bencana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua kepada Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969, jika jumlah peratusan kehilangan upaya mencari nafkah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Bahagian II
(1)
Sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri mati akibat daripada bencana pekerjaan sendiri, orang tanggungannya berhak kepada faedah orang tanggungan pada kadar yang dinyatakan dalam
tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual
Kedua kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
hendaklah disifatkan sebagai hilang upaya separa kekal.
Faedah orang tanggungan
Jadual Kedua seperti yang berikut:
kepada balu atau duda selama hayat, dan sekiranya terdapat dua atau lebih balu, bahagian balu itu bagi faedah orang tanggungan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dibahagikan secara sama rata antara balu itu; dan
kepada setiap anak―
sehingga berkahwin, dijadikan anak angkat secara sah atau mati, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
dalam hal seorang anak yang disebut dalam perenggan (b) takrif “anak” dalam seksyen 3, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 23
berterusan selagi anak itu tidak berupaya menanggung dirinya sendiri; atau
dalam hal seorang anak yang sedang menerima pendidikan di mana-mana institusi pendidikan tinggi tetapi tidak melebihi ijazah pertama, sehingga anak itu tamat atau berhenti menerima pendidikan sedemikian atau sehingga anak itu berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
(2)
Sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat daripada suatu bencana pekerjaan sendiri tidak meninggalkan balu, duda atau anak, faedah orang tanggungan itu hendaklah boleh dibayar kepada ibu bapa, adik-beradik atau datuk neneknya pada kadar dan bagi jangka masa yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Semua orang tanggungan, kecuali balu atau duda, berhak untuk menerima bagi tempoh yang sama lebih daripada satu faedah orang tanggungan di bawah Akta ini.
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), sekiranya balu atau duda berhak kepada lebih daripada satu faedah orang tanggungan bagi tempoh yang sama di bawah Akta ini, balu atau duda itu hendaklah dibayar satu faedah sahaja, iaitu faedah yang kadarnya lebih tinggi.
Faedah pengurusan mayat
20. (1) Sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri mati akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa dia sedang menerima faedah hilang upaya di bawah seksyen 17 atau 18, suatu amaun faedah pengurusan mayat hendaklah dibayar kepada orang tanggungannya atau sekiranya tiada, kepada mana-mana orang yang telah melakukan perbelanjaan pengurusan mayat itu, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Tuntutan bagi faedah itu hendaklah dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh kematian orang berinsurans bekerja sendiri atau
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.
Elaun layanan sentiasa
21. (1) Orang berinsurans bekerja sendiri yang berhak kepada suatu faedah hilang upaya langsung kekal di bawah seksyen 18 juga berhak kepada elaun layanan sentiasa harian pada kadar dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan, sekiranya dan selagi dia tidak upaya secara teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.
Kewujudan darjah kehilangan upaya yang melayakkan orang berinsurans bekerja sendiri bagi suatu elaun layanan sentiasa hendaklah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor
Rayuan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Faedah perubatan
22. (1) Orang berinsurans bekerja sendiri yang keadaannya memerlukan, akibat daripada bencana pekerjaan sendiri, rawatan dan layanan perubatan berhak untuk menerima faedah perubatan.
Faedah perubatan itu boleh diberikan sama ada dalam bentuk rawatan dan layanan pesakit luar di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain atau lawatan ke rumah orang berinsurans bekerja sendiri atau rawatan sebagai pesakit dalam di suatu hospital atau institusi lain.
Skala faedah perubatan
23. (1)
Orang berinsurans bekerja sendiri berhak untuk menerima faedah perubatan hanya bagi jenis dan pada skala sebagaimana yang ditetapkan.
Orang berinsurans bekerja sendiri tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa rawatan perubatan kecuali sebagaimana yang
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 25
diberikan oleh suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diuntukkannya, atau sebagaimana yang ditetapkan.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi hak kepada orang berinsurans bekerja sendiri untuk menuntut bayaran ganti daripada
Pertubuhan bagi apa-apa belanja yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa rawatan perubatan, kecuali sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud bayaran dan bayaran ganti faedah perubatan,
Pertubuhan boleh meminta daripada hospital, dispensari, klinik atau institusi lain untuk memberikan rekod perubatan dan penyata statistik mana-mana orang berinsurans bekerja sendiri.
Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis
24. (1)
Orang berinsurans bekerja sendiri yang diperakukan mengalami bencana pekerjaan sendiri boleh diberikan kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis oleh Pertubuhan.
Kemudahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi jenis dan pada skala, dan atas apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang ditetapkan.
Orang berinsurans bekerja sendiri di bawah subseksyen (1)
boleh, jika keadaannya memerlukan, diberi dan dipasang dengan, tanpa kos, alat prostetik, ortotik atau alat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan alat itu boleh diperbaharui, apabila perlu, tanpa kos.
Orang berinsurans bekerja sendiri yang perlu menjalani pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis boleh dibayar atau dibayar ganti, sebagaimana yang ditetapkan, penyenggaraan berkaitan pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis, atau pemasangan alat prostetik, ortotik atau alat lain.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Faedah pendidikan
25. Bagi maksud memperoleh pendidikan tinggi, Pertubuhan boleh memberikan faedah pendidikan dalam bentuk pinjaman pendidikan atau biasiswa, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Pertubuhan, kepada seseorang anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang―
mati akibat daripada suatu bencana pekerjaan sendiri; atau
sedang menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal di bawah seksyen 18.
Pertubuhan bertanggungjawab bagi mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan
26. (1)
Pertubuhan hendaklah bertanggungjawab bagi mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan yang telah dibayar kepada seseorang anak di bawah seksyen 25.
Suatu pinjaman pendidikan yang tidak dibayar balik atau yang tertunggak hendaklah menjadi hutang sivil yang kena dibayar kepada
Pertubuhan daripada anak itu dan Pertubuhan boleh menggunakan apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mendapatkan hutang itu termasuk menolak apa-apa faedah wang tunai yang kena dibayar kepada anak itu, sekiranya anak itu kemudiannya menjadi orang berinsurans bekerja sendiri di bawah Akta ini.
Amaun untuk ditolak di bawah subseksyen (2) tidak boleh pada bila-bila masa melebihi separuh daripada jumlah faedah wang tunai yang kena dibayar kepada anak itu.
Bayaran elaun perjalanan dan elaun lain
27. Orang yang menuntut faedah boleh dibayar elaun perjalanan dan elaun lain, atas apa-apa skala dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, sekiranya―
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 27
dia dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan atau, sekiranya terdapat suatu rayuan oleh Pertubuhan di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berkaitan penentuan mengenai persoalan hilang upaya kekal dan penyakit pekerjaan; atau
dia dikehendaki oleh Pertubuhan, penilai perubatan atau
Jemaah Doktor Rayuan untuk hadir pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis.
Faedah tidak boleh diserahhakkan atau ditahan
28. (1)
Hak untuk menerima apa-apa bayaran faedah di bawah Akta ini tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
(2)
Tiada apa-apa faedah wang tunai di bawah Akta ini boleh ditahan atau dijual bagi pelaksanaan apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah.
Penggantian faedah hilang upaya kekal
29. (1) Jika kehilangan upaya mencari nafkah telah ditaksir oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan pada tidak lebih daripada dua puluh peratus, orang berinsurans bekerja sendiri boleh memilih untuk menggantikan faedah harian yang kena dibayar kepada bayaran sekali gus mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Jika kehilangan upaya mencari nafkah telah ditaksir oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan pada lebih daripada dua puluh peratus, orang berinsurans bekerja sendiri boleh memilih untuk penggantian satu perlima daripada faedah harian yang kena dibayar kepada bayaran sekali gus dan menerima bakinya sebagai bayaran berkala, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), jika orang berinsurans bekerja sendiri mempunyai taksiran berbilang bagi kehilangan upaya mencari nafkah disebabkan oleh dua atau lebih kemalangan
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
berturut-turut, jumlah peratusan kehilangan upaya mencari nafkah untuk penggantian tidak boleh lebih daripada dua puluh peratus.
Orang yang menuntut faedah hilang upaya untuk mematuhi syarat
30. Orang yang menuntut faedah hilang upaya hendaklah hadir dan membenarkan dirinya untuk apa-apa pemeriksaan perubatan atau pemeriksaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan bagi pengesahan dan perakuan hilang upayanya.
Penerima faedah hilang upaya sementara untuk mematuhi syarat
31. (1) Orang berinsurans bekerja sendiri yang sedang menerima faedah hilang upaya sementara―
hendaklah sentiasa berada di bawah rawatan perubatan di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah menjalankan arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan atau atendan perubatan yang menjaga rawatan perubatannya;
tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan peluangnya untuk sembuh semasa berada di bawah rawatan perubatan;
tidak boleh meninggalkan kawasan yang rawatan perubatan diberikan di bawah Akta ini tanpa kebenaran pegawai perubatan, atendan perubatan atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditetapkan; dan
hendaklah membenarkan dirinya diperiksa oleh mana-mana pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya atau orang lain yang diberi kuasa oleh
Pertubuhan bagi maksud ini.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 29
(2)
Faedah hilang upaya sementara boleh digantung, sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri yang sedang menerima faedah itu tidak mematuhi apa-apa kehendak subseksyen (1), dan penggantungan itu hendaklah bagi apa-apa bilangan hari sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Pertubuhan bagi maksud ini.
Kewajipan melapor
32. Seseorang yang sedang menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini hendaklah melaporkan kepada Pertubuhan, dengan seberapa segera yang boleh, tiap-tiap peristiwa atau fakta yang menyentuh atau mungkin menyentuh haknya yang berterusan bagi faedah atau kadar faedah itu.
Hak Pertubuhan untuk mendapatkan faedah atau wang
33. (1) Jika mana-mana orang didapati bersalah bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 71, Pertubuhan mempunyai hak untuk mendapatkan semua amaun faedah atau apa-apa wang yang telah dibayar kepada orang itu di bawah Akta ini oleh Pertubuhan.
Amaun yang boleh didapatkan di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Pertubuhan.
Bayaran balik faedah yang diterima dengan tidak sewajarnya
34. (1) Jika mana-mana orang telah menerima apa-apa faedah atau bayaran di bawah Akta ini yang dia tidak berhak secara sah, dia hendaklah bertanggungan untuk membayar balik kepada Pertubuhan nilai faedah atau amaun bayaran itu, atau dalam hal kematiannya, wakilnya adalah bertanggungan untuk membayar balik nilai faedah atau amaun bayaran itu daripada aset si mati, jika ada.
Jika mana-mana orang telah menerima apa-apa faedah atau bayaran di bawah Akta ini yang dia tidak berhak secara sah, dan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
kemudiannya menjadi berhak kepada faedah lain di bawah Akta ini atau Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, Pertubuhan boleh mendapatkan nilai faedah atau amaun bayaran itu daripada faedah lain yang dia berhak.
Nilai apa-apa faedah yang diterima selain bayaran wang tunai hendaklah ditentukan oleh Pertubuhan sebagaimana yang ditetapkan.
Amaun yang boleh didapatkan di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Pertubuhan.
Bayaran amaun faedah yang masih belum selesai pada masa kematian orang berinsurans bekerja sendiri
35. (1) Sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri mati dalam apa-apa tempoh yang dia berhak kepada apa-apa faedah wang tunai yang diberikan di bawah Akta ini, amaun faedah itu hendaklah dibayar kepada orang tanggungan, sekiranya tiada orang tanggungan, waris atau wakil di sisi undang-undang si mati itu.
Amaun faedah wang tunai itu hendaklah kena dibayar sehingga dan termasuk hari kematiannya dalam hal faedah hilang upaya dan elaun layanan sentiasa, jika ada.
Orang berinsurans bekerja sendiri yang mempunyai lebih daripada satu caruman
36. (1) Orang berinsurans bekerja sendiri yang mempunyai lebih daripada satu caruman di bawah Akta ini bagi tempoh yang sama berhak untuk menerima hanya satu faedah berkenaan dengan bencana pekerjaan sendiri yang dialami olehnya itu.
Bagi maksud subseksyen (1), sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri menjalankan lebih daripada satu aktiviti pekerjaan sendiri pada masa dia mengalami bencana pekerjaan sendiri, dia berhak kepada faedah yang kadarnya lebih tinggi.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 31
Faedah bagi dua atau lebih kemalangan berturut-turut
37. Jika seseorang mengalami hilang upaya kekal akibat daripada dua atau lebih kemalangan yang berturut-turut, dia tidak berhak bagi tempoh yang sama menerima faedah hilang upaya melebihi kadar harian.
Kelayakan bagi faedah di bawah undang-undang lain
38. Kecuali bagi pencen ilat atau pencen penakat yang boleh dibayar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak kepada kedua-dua faedah di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta ini, bagi tempoh yang sama dan berkenaan dengan hilang upaya yang sama.
BAHAGIAN VI
PENENTUAN, SEMAKAN SEMULA DAN RAYUAN
Penentuan mengenai persoalan hilang upaya kekal
39. (1) Penilai perubatan hendaklah memeriksa orang yang menuntut faedah dan menentukan, dengan keterangan yang ada hingga memuaskan hatinya dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan, apa-apa persoalan―
sama ada bencana pekerjaan sendiri yang berkaitan itu telah mengakibatkan hilang upaya kekal;
sama ada takat kehilangan upaya mencari nafkah boleh ditaksirkan secara sementara atau muktamad bagi maksud faedah hilang upaya;
sama ada taksiran bagi kadar kehilangan upaya mencari nafkah adalah sementara atau muktamad bagi maksud faedah hilang upaya; atau 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
dalam hal taksiran sementara, bagi maksud faedah hilang upaya berkenaan tempoh yang baginya suatu taksiran itu boleh dipakai.
Penilai perubatan hendaklah menghantar suatu laporan pemeriksaan dan penentuannya kepada Pertubuhan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Penentuan mengenai persoalan penyakit pekerjaan
40. (1) Penilai perubatan hendaklah memeriksa orang yang menuntut faedah dan menentukan, dengan keterangan yang ada hingga memuaskan hatinya dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan, apa-apa persoalan—
sama ada suatu bencana pekerjaan sendiri disebabkan oleh penyakit pekerjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
sama ada orang yang menuntut faedah itu mengalami satu atau lebih penyakit atau kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
sama ada penyakit atau kecederaan yang berkaitan telah mengakibatkan hilang upaya kekal;
sama ada takat kehilangan upaya mencari nafkah boleh ditaksir secara sementara atau muktamad;
sama ada taksiran bagi kadar kehilangan upaya mencari nafkah adalah secara sementara atau muktamad; atau
dalam hal taksiran sementara, tempoh yang baginya suatu taksiran itu boleh dipakai.
Penilai perubatan hendaklah menghantar suatu laporan pemeriksaan dan penentuannya kepada Pertubuhan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 33
Rujukan kepada penilai perubatan dan rayuan kepada Jemaah
Doktor Rayuan
41. (1) Pertubuhan hendaklah merujuk semua persoalan hilang upaya kekal dan penyakit pekerjaan kepada penilai perubatan untuk penentuan, dan sekiranya, atas rujukan itu atau apa-apa rujukan yang kemudian, takat kehilangan upaya mencari nafkah orang yang menuntut faedah ditentukan secara sementara, Pertubuhan hendaklah merujuk kepada penilai perubatan tidak lewat daripada akhir tempoh yang diambil kira dalam penentuan sementara.
Sekiranya orang yang menuntut faedah atau Pertubuhan tidak berpuas hati dengan penentuan penilai perubatan, orang yang menuntut faedah itu atau Pertubuhan boleh merayu, mengikut cara dan masa sebagaimana yang ditetapkan, kepada Jemaah Doktor Rayuan.
Orang yang menuntut faedah mati, dsb., sebelum pemeriksaan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
42. Jika orang yang menuntut faedah, yang telah mengemukakan tuntutan bagi faedahnya kepada Pertubuhan untuk penentuan hilang upaya kekal dan penyakit pekerjaan mengikut Akta ini, mati, tidak sempurna akal, menjadi sakit atau atas apa-apa sebab lain adalah tidak berupaya diperiksa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan,
Pertubuhan hendaklah, tertakluk pada apa-apa keterangan perubatan yang ada hingga memuaskan hatinya, merujuk hal itu kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan utnuk penentuan hilang upaya kekal dan penyakit pekerjaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditetapkan.
Semakan semula penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah
Doktor Rayuan
43. (1) Pertubuhan atau orang yang menuntut faedah boleh memohon untuk semakan semula apa-apa penentuan hilang upaya kekal dan penyakit pekerjaan kepada penilai perubatan atau Jemaah
Doktor Rayuan.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Apa-apa penentuan di bawah Akta ini oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan boleh disemak semula pada bila-bila masa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, sekiranya penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan berpuas hati dengan keterangan baharu bahawa penentuan itu diberi disebabkan oleh ketidakdedahan atau salah nyata oleh orang berinsurans bekerja sendiri atau mana-mana orang lain mengenai suatu fakta material sama ada ketidakdedahan atau salah nyata itu adalah fraud atau tidak.
Apa-apa penentuan mengenai takat hilang upaya kekal akibat daripada bencana pekerjaan sendiri yang berkaitan boleh juga disemak semula oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, sekiranya penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan berpuas hati bahawa semenjak penentuan itu dibuat, kecederaan yang berkaitan itu menjadi semakin substansial dan teruk yang tidak disangka.
Walau apa pun subseksyen (3), penentuan itu tidak boleh disemak semula melainkan jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor
Rayuan berpendapat bahawa, setelah memberi perhatian kepada tempoh yang diambil kira dalam penentuan itu, ketidakadilan substansial akan berlaku jika penentuan itu tidak disemak semula.
Kecuali dengan kebenaran Jemaah Doktor Rayuan, penentuan itu tidak boleh disemak semula di bawah subseksyen (3) atas apa-apa permohonan untuk semakan semula yang dibuat di kurang daripada tiga tahun dari tarikh penentuan itu, atau dalam hal penentuan sementara, enam bulan dari tarikh penentuan itu dan berhubung dengan semakan semula itu, tempoh yang diambil kira tidak boleh termasuk apa-apa tempoh sebelum tarikh permohonan itu.
Tertakluk pada subseksyen (5), penilai perubatan atau Jemaah
Doktor Rayuan boleh menguruskan suatu hal untuk semakan semula mengikut apa-apa cara yang penilai perubatan atau Jemaah Doktor
Rayuan boleh menguruskannya atas rujukan yang asal kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, dan khususnya boleh membuat suatu penentuan sementara walaupun penentuan yang disemak semula itu adalah muktamad.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 35
Seksyen 41 hendaklah terpakai bagi suatu permohonan untuk semakan semula di bawah seksyen ini dan kepada suatu penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
Semakan semula faedah orang tanggungan
44. (1) Apa-apa keputusan pemberian faedah orang tanggungan di bawah Akta ini boleh disemak semula pada bila-bila masa oleh
Pertubuhan sekiranya Pertubuhan berpuas hati dengan keterangan baharu bahawa―
keputusan itu telah diberi disebabkan oleh ketidakdedahan atau salah nyata oleh orang yang menuntut faedah itu atau mana-mana orang lain mengenai suatu fakta material sama ada ketidakdedahan atau salah nyata itu adalah fraud atau tidak; atau
(b)
keputusan itu tidak lagi mengikut Akta ini disebabkan oleh apa-apa kelahiran, kematian, perkahwinan, pemberhentian kelemahan atau pencapaian umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau perubahan keadaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Tertakluk pada Akta ini, Pertubuhan boleh, atas apa-apa semakan semula yang disebut dalam subseksyen (1), mengarahkan faedah orang tanggungan itu diteruskan, ditambah, dikurangkan atau diberhentikan.
BAHAGIAN VII
PERUNTUKAN KEWANGAN
Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
45. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Pertubuhan.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―
caruman yang kena dibayar oleh orang bekerja sendiri;
sewa, bunga, dividen dan apa-apa pendapatan lain yang diperoleh daripada aset Kumpulan Wang;
wang yang terakru kepada Kumpulan Wang di bawah Akta ini termasuk bayaran balik faedah;
wang yang dipinjam oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;
fi dan caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada
Pertubuhan;
wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;
wang yang diterima oleh Pertubuhan melalui pemberian, derma dan hadiah bagi maksud Akta ini;
wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain dengan, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang dipindahkan kepada, diletak hak pada atau diperoleh oleh
Pertubuhan;
wang dan harta lain yang boleh, mengikut apa-apa cara, menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Pertubuhan berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan oleh
Pertubuhan dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan
semua wang dan harta lain yang diterima secara sah oleh
Pertubuhan.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 37
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
46. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud―
bayaran faedah dan pemberian rawatan dan layanan perubatan kepada orang berinsurans bekerja sendiri atau kepada orang tanggungannya;
penubuhan dan penyenggaraan hospital, dispensari dan institusi lain dan pemberian perkhidmatan perubatan termasuk apa-apa perkhidmatan sampingan lain bagi faedah orang berinsurans bekerja sendiri;
bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos rawatan dan layanan perubatan, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis yang diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri;
bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos menyewa atau membeli apa-apa bangunan dan peralatan berhubung dengan rawatan perubatan, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional, atau dialisis;
belanja, perbelanjaan atau kos yang dilakukan dengan sewajarnya dan sepatutnya oleh Pertubuhan berhubung dengan Tribunal, Jemaah Doktor Rayuan, penilai perubatan dan ejen bagi maksud Akta ini;
membayar belanja atau wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap
Pertubuhan, Pengerusi Lembaga atau jawatankuasa, Ketua
Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota
Lembaga atau jawatankuasa, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsi atau penjalanan kuasa Pertubuhan;
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
bayaran elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga dan jawatankuasa;
membayar kos dan caj lain bagi memulakan atau membela apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang berakibat daripada apa-apa tindakan yang diambil di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
membayar perbelanjaan mengenai langkah bagi peningkatan kesihatan, keselamatan pekerjaan dan kebajikan orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungan dan bagi pemulihan dan pengambilan kerja semula orang berinsurans bekerja sendiri yang telah hilang upaya atau cedera;
memberikan pinjaman pendidikan atau biasiswa kepada anak di bawah Akta ini;
membayar balik wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga atau keuntungan yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
menubuhkan atau mengambil alih syarikat di bawah Akta ini dan penyenggaraannya; dan
apa-apa belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh
Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsi atau penjalanan kuasa Pertubuhan.
Perbelanjaan bagi pentadbiran
47. (1) Walau apa pun seksyen 46, perbelanjaan boleh dilakukan oleh Pertubuhan daripada Kumpulan Wang setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri sebagaimana yang ditetapkan, bagi mana-mana satu tahun, untuk menjalankan pentadbiran Skim bagi maksud yang berikut:
membayar gaji, bonus, belanja cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan,
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 39
caruman kepada kumpulan wang faedah pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kebajikan dan rekreasi Ketua
Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan termasuk memberikan pinjaman dan pendahuluan, dan perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan bayaran perkhidmatan lain yang diberikan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
membayar fi dan saraan lain kepada mana-mana juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain yang diguna khidmat untuk melaksanakan maksud Akta ini; dan
membeli atau menyewa peralatan, jentera dan apa-apa barang lain termasuk menyewa mana-mana bangunan atau premis dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, mewakilkan kepada Pengerusi
Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa, Pemeriksa, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Lembaga setakat apa-apa had sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kuasa untuk menerima pemberian, derma, dsb.
48. Pertubuhan boleh menerima pemberian, derma dan hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau memihak Kumpulan Wang.
Kuasa untuk melabur
49. (1) Bagi maksud seksyen ini―
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
“debentur” termasuklah saham debentur, bon, nota atau sekuriti atau obligasi lain suatu syarikat, sama ada mengandungi gadaian ke atas aset syarikat atau tidak dan termasuklah hak untuk melanggan mana-mana debentur;
“syer” ertinya syer berbayar sama ada berbayar sepenuhnya atau tidak dalam modal syer suatu syarikat dan termasuklah saham dan hak untuk melanggan mana-mana saham atau syer.
Kumpulan wang hendaklah, setakat yang tidak diperlukan dengan segera untuk dibelanjakan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dilaburkan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, seperti yang berikut:
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;
dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang disebut harga dalam bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; dan
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga berdasarkan syor
Jawatankuasa.
Pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
Menteri boleh pada bila-bila masa, selepas berunding dengan
Menteri Kewangan, mengarahkan pengosongan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan, dalam mana-mana sekuriti.
Kuasa untuk melabur di bawah subseksyen (2) hendaklah terletak hak pada Jawatankuasa, tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 41
Pertubuhan hendaklah, dengan kelulusan Lembaga dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, menentukan tatacara pelaburan
Kumpulan Wang termasuk pemindahan dan realisasinya, bank yang
Kumpulan Wang itu disimpan, pinjaman dan bayaran balik pinjaman, dan kawalan dan tatacara kewangan.
Kuasa untuk meminjam
50. (1) Pertubuhan boleh, dengan keizinan Menteri Kewangan, meminjam pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat mengenai masa dan kaedah bayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa wang yang diperlukan oleh Pertubuhan bagi memenuhi apa-apa kewajipannya atau melaksanakan apa-apa fungsinya.
Tiada wang daripada mana-mana kumpulan wang yang ditadbir oleh Pertubuhan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh digunakan bagi maksud pinjaman di bawah subseksyen (1).
Anggaran tahunan
51. (1) Pertubuhan hendaklah pada setiap tahun menyediakan suatu belanjawan yang menunjukkan wang masuk yang dijangka dan anggaran perbelanjaan Pertubuhan bagi tahun yang berikutnya yang mengandungi apa-apa butiran yang mencukupi sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri bagi menyelesaikan liabiliti yang dilakukan oleh Pertubuhan dan untuk menyenggara suatu imbangan kerja di bawah Akta ini.
Belanjawan itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Menteri sebelum apa-apa tarikh sebagaimana yang ditetapkan olehnya.
Akaun dan laporan
52. Pertubuhan hendaklah menyebabkan supaya akaun yang wajar bagi Kumpulan Wang dan rekod yang wajar bagi aktiviti Pertubuhan disimpan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
dilaksanakan selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu―
penyata akaun Pertubuhan yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
laporan kerja dan aktiviti Pertubuhan.
Audit
53. (1) Akaun Pertubuhan hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua
Audit Negara.
Ketua Audit Negara atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara hendaklah pada setiap masa yang munasabah mempunyai akses kepada buku, akaun dan dokumen lain Pertubuhan dan boleh, bagi maksud audit, menghendaki apa-apa penerangan dan maklumat daripada, atau memeriksa, mana-mana pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.
Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu salinan laporan juruaudit dan apa-apa pemerhatian bersama-sama dengan suatu salinan penyata akaun Pertubuhan yang telah diaudit.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar suatu salinan laporan juruaudit dan apa-apa penyata akaun kepada mana-mana jabatan Kerajaan dan penyata akaun itu kepada Ketua
Audit Negara sebagaimana yang perlu.
Laporan tahunan
54. Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan tahunan mengenai kerja dan aktiviti Pertubuhan sebelum 30 Jun tahun yang berikutnya melainkan jika dilanjutkan selainnya oleh Menteri.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 43
Laporan tahunan dan akaun yang telah diaudit hendaklah dibentangkan
55. Lembaga hendaklah menyebabkan supaya laporan tahunan dan akaun Pertubuhan yang telah diaudit dibentangkan di hadapan setiap
Dewan Parlimen.
Penilaian aset dan liabiliti
56. (1) Lembaga hendaklah, tiap-tiap lima tahun, menyebabkan suatu kajian semula aktuari dijalankan mengenai pelaksanaan Skim di bawah Akta ini, yang melibatkan penilaian aset dan liabiliti
Pertubuhan, dan laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Menteri.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa kajian semula aktuari dan penilaian aset dan liabiliti dibuat pada bila-bila masa yang lain yang difikirkannya perlu.
Pengenaan surcaj
57. (1) Mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan
Pertubuhan boleh dikenakan surcaj sekiranya ternyata kepada
Lembaga bahawa orang itu―
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sewajarnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan, apa-apa wang, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain Pertubuhan;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang wajar; atau 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran wang daripada
Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Pertubuhan.
Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu dikenakan surcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikenakan surcaj.
Sekiranya penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2)
disampaikan, Lembaga boleh―
dalam hal perenggan (1)(a) dan (b), mengenakan surcaj terhadap orang itu, jumlah yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang tidak sewajarnya dibuat, atau dinilai yang terkurang dalam, atau kerugian dalam, wang, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain
Pertubuhan; dan
dalam hal perenggan (1)(c) dan (d), mengenakan surcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau sekiranya ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai penarikan balik itu dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 45
Amaun bagi apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)
hendaklah menjadi hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan daripada orang yang dikenakan surcaj itu dan boleh disaman dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Pertubuhan dan boleh juga, sekiranya diarahkan oleh Lembaga, didapatkan melalui potongan―
daripada gaji orang yang dikenakan surcaj itu; atau
daripada pencen orang yang dikenakan surcaj itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
BAHAGIAN VIII
TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL
Penubuhan Tribunal Keselamatan Sosial
58. (1) Menteri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Tribunal Keselamatan Sosial bagi Negeri atau kawasan, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
Tribunal hendaklah dipengerusikan oleh seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Seseorang adalah layak bagi pelantikan sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) sekiranya―
dia seorang warganegara; dan
selama sepuluh tahun sebelum pelantikannya, dia telah menjadi―
seorang anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan;
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
peguam bela dan peguam cara mengikut pengertian Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];
peguam bela mengikut pengertian Ordinan
Peguam Bela Sabah [Sabah Cap. 2]; atau
peguam bela mengikut pengertian Ordinan
Peguam Bela Sarawak [Sarawak Cap. 110].
Perkara untuk diputuskan oleh Tribunal
59. (1) Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan berkenaan dengan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang dirujukkan kepada Tribunal oleh mana-mana orang yang berhubungan dengan perkara yang berikut:
sama ada mana-mana orang ialah orang bekerja sendiri mengikut pengertian Akta ini;
sama ada apa-apa aktiviti ialah aktiviti pekerjaan sendiri mengikut pengertian Akta ini;
sama ada apa-apa kemalangan atau penyakit pekerjaan yang dialami oleh mana-mana orang berinsurans bekerja sendiri ialah bencana pekerjaan sendiri dan dalam tempoh pelindungan;
kadar caruman orang berinsurans bekerja sendiri bagi maksud Akta ini;
hak atau kelayakan mana-mana orang berinsurans bekerja sendiri kepada apa-apa faedah termasuk amaun dan tempoh faedah itu;
apa-apa arahan atau petunjuk yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 47
apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Pertubuhan terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan apa-apa faedah yang telah dibayar tidak mengikut Akta ini;
apa-apa perkara lain yang dalam pertikaian antara orang berinsurans bekerja sendiri dengan Pertubuhan berkenaan dengan pelindungan, caruman, faedah atau wang lain yang kena dibayar atau didapatkan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk atau yang boleh diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Sekiranya dalam mana-mana prosiding di hadapan Tribunal, suatu persoalan hilang upaya dan penyakit pekerjaan ditimbulkan dan penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan tidak diperoleh walaupun penentuan itu adalah perlu bagi keputusan mengenai tuntutan atau persoalan di hadapan Tribunal, Tribunal hendaklah mengarahkan Pertubuhan untuk mengemukakan persoalan hilang upaya dan penyakit pekerjaan itu untuk penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan dan boleh meneruskan untuk memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang lain di hadapan Tribunal dan memutuskan mengenai persoalan hilang upaya atau penyakit pekerjaan itu mengikut penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam subseksyen (1), atau untuk membuat keputusan atas apa-apa liabiliti yang di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah diputuskan oleh Tribunal, penilai perubatan atau Jemaah Doktor
Rayuan.
Tribunal hanya boleh memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang timbul di bawah Akta ini atau
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan bukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Memulakan prosiding, dsb.
60. (1) Semua prosiding di hadapan Tribunal hendaklah dimulakan di Tribunal yang ditubuhkan bagi kawasan yang orang berinsurans bekerja sendiri itu bekerja pada masa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan itu timbul.
Pengerusi Tribunal boleh, atas permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak kepada Tribunal, memindahkan apa-apa perkara yang belum selesai di hadapannya di suatu Negeri atau kawasan ke mana-mana Tribunal lain di Negeri atau kawasan lain dan hendaklah memberikan alasannya untuk membenarkan atau tidak membenarkan permohonan pemindahan itu.
Tribunal yang kepadanya apa-apa perkara atau prosiding dipindahkan di bawah subseksyen (2) hendaklah meneruskan untuk memutuskan perkara atau prosiding itu seolah-olah perkara atau prosiding itu telah dimulakan pada asalnya di Tribunal itu.
Permulaan prosiding
61. (1) Apa-apa prosiding di hadapan Tribunal hendaklah dimulakan dengan suatu permohonan yang dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kausa tindakan itu timbul.
Bagi maksud subseksyen (1)―
kausa tindakan berkenaan dengan suatu tuntutan bagi hendaklah disifatkan timbul sekiranya―
orang berinsurans bekerja sendiri itu;
berhubung dengan faedah orang tanggungan, orang tanggungan bagi orang berinsurans bekerja sendiri itu; atau
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 49
berhubung dengan faedah pengurusan mayat, orang yang menuntut itu, menuntut faedah sebagaimana yang ditetapkan dalam tempoh dua belas bulan selepas tuntutan kena ditunaikan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Tribunal atas alasan yang ternyata padanya munasabah; atau
kausa tindakan berkenaan dengan tuntutan oleh Pertubuhan untuk mendapatkan faedah daripada orang berinsurans bekerja sendiri, orang tanggungannya atau mana-mana orang lain hendaklah disifatkan timbul dari tarikh keterangan mengenai faedah yang telah dibayar disebabkan oleh terdapat kesilapan atau fraud.
Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara dan disertakan dengan fi, sebagaimana yang ditetapkan.
Kuasa Tribunal
62. (1) Tribunal hendaklah mempunyai segala kuasa seseorang
Hakim Mahkamah Sesyen bagi maksud mengeluarkan saman dan menguatkuasakan kehadiran saksi, penzahiran dan pengemukaan dokumen dan objek yang material, mentadbir sumpah dan merekodkan keterangan.
Semua kos bersampingan dengan apa-apa prosiding di hadapan
Tribunal hendaklah tertakluk pada budi bicara Tribunal.
Suatu perintah Tribunal hendaklah dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.
Pewakilan dalam prosiding di hadapan Tribunal
63. Mana-mana orang boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan
Tribunal kecuali kehadiran seseorang bagi maksud diperiksa sebagai
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
seorang saksi, hadir sendiri, atau diwakili oleh pengamal undang-undang atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh orang itu, atau jika tiada kebenaran bertulis, oleh mana-mana orang yang dibenarkan oleh Tribunal untuk hadir bagi pihak orang itu.
Faedah tidak dibayar kerana ketidakpatuhan peraturan-peraturan
64. (1) Tribunal tidak boleh mengarahkan pembayaran apa-apa faedah kepada orang berinsurans bekerja sendiri melainkan jika dia telah membuat tuntutan bagi faedah itu mengikut Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (1), Tribunal boleh mengarahkan pembayaran faedah sekiranya Tribunal berpuas hati bahawa terdapat sebab munasabah untuk tidak membuat tuntutan bagi faedah itu dengan mematuhi Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Rujukan kepada Mahkamah Tinggi
65. Tribunal boleh mengemukakan apa-apa persoalan undang-undang untuk keputusan Mahkamah Tinggi dan hendaklah memutuskan persoalan yang belum selesai di hadapan Tribunal mengikut keputusan itu.
Rayuan
66. (1) Tiada rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi terhadap perintah Tribunal melainkan jika ia melibatkan persoalan undang-undang atau percampuran persoalan undang-undang dan fakta.
Rayuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibawa dalam masa enam puluh hari dari tarikh perintah bertulis dibuat oleh
Tribunal.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 51
Pembayaran digantung sementara menanti rayuan
67. Jika Pertubuhan telah membawa suatu rayuan terhadap suatu perintah Tribunal, Tribunal boleh, dan sekiranya diarahkan oleh
Mahkamah Tinggi hendaklah, sementara menanti keputusan rayuan itu, menahan perintah yang terhadapnya dirayu yang berhubungan dengan pembayaran apa-apa jumlah wang.
BAHAGIAN IX
PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
68. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mengarahkan mana-mana
Pemeriksa untuk menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya yang diberi oleh Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 bagi melaksanakan maksud Akta ini.
Pemeriksa hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai polis dalam apa-apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diberi oleh Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
Pemeriksa boleh memeriksa mana-mana orang sekiranya
Pemeriksa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri.
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah mempunyai segala kuasa Pemeriksa di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Kuasa untuk menghendaki maklumat dan menjalankan pemeriksaan
69. (1) Bagi maksud memperoleh maklumat mengenai sama ada mana-mana orang bekerja sendiri telah membuat bayaran caruman atau apa-apa maklumat lain berhubung dengan tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau Pemeriksa boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen, atau berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan, yang berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini―
untuk memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua Pengarah atau Pemeriksa dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu; atau
untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau Pemeriksa dan untuk mengemukakan apa-apa buku, akaun, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik untuk diperiksa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau
Pemeriksa.
Jika ternyata pada mana-mana Majistret atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang pengemukaannya dikehendaki di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dikemukakan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu, dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki tempat atau bangunan itu, sekiranya perlu dengan kekerasan, dan memeriksa tempat atau bangunan itu, menyita, mengambil milikan dan menahan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain itu termasuk rekod elektronik.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 53
Menghalang, dsb., Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pemeriksa
70. Mana-mana orang yang—
tidak mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang diberikan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau
Pemeriksa semasa menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau
Pemeriksa semasa menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN X
KESALAHAN DAN PENALTI
Memberikan maklumat atau dokumen palsu atau mengelirukan
71. Mana-mana orang yang―
memberikan atau menyebabkan mana-mana orang untuk memberikan maklumat atau dokumen kepada Pertubuhan yang diketahuinya atau mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu atau mengelirukan; atau
membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir material,
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman atau faedah yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan
72. (1) Mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 71 dan menyebabkan apa-apa caruman yang dibayar oleh orang bekerja sendiri tidak dibayar kepada Pertubuhan atau apa-apa faedah di bawah
Akta ini diterima dengan tidak sewajarnya, mahkamah yang di hadapannya ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri itu untuk membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman atau faedah, bersama dengan apa-apa bunga yang dikreditkan kepadanya, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan dan amaun caruman atau faedah itu hendaklah diperakukan oleh pegawai diberi kuasa Pertubuhan sebagai kena dibayar daripada ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri sebelum tarikh dia didapati bersalah dan perakuan pegawai diberi kuasa Pertubuhan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.
Jika mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 71 yang berhubungan dengan kandungan laporan kemalangan yang dikemukakan kepada Pertubuhan, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah boleh memerintahkan orang itu untuk mengemukakan laporan kemalangan yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.
Apa-apa caruman atau faedah yang disebut dalam subseksyen
boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia ialah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, kecuali jika mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam masa enam bulan.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 55
Salinan catatan menjadi keterangan prima facie dan pengemukaan dokumen
73. (1) Dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah Akta ini, suatu salinan apa-apa catatan dalam akaun Pertubuhan yang diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai diberi kuasa Pertubuhan hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa catatan itu telah dibuat dan mengenai kebenaran kandungan catatan itu.
Mahkamah boleh, atas permohonan oleh Pendakwa Raya, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang dalam milikannya dan berkaitan dengan kes dan dokumen itu hendaklah dikemukakan dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.
Pendakwaan
74. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Pengkompaunan kesalahan
75. (1) Menteri boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan―
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan sekiranya dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa masa yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
BAHAGIAN XI
AM
Pelantikan ejen pemungut
76. Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan ejen bagi maksud mendapatkan apa-apa jumlah yang kena dibayar balik kepada
Pertubuhan.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 57
Mengguna khidmat juruaudit, aktuari, dsb.
77. Pertubuhan boleh mengguna khidmat mana-mana juruaudit, aktuari, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan untuk membantu Pertubuhan dalam pelaksanaan fungsinya.
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berhak menerima gaji, elaun, dsb.
78. Jika Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka bagi maksud Akta ini, gaji, elaun, pendahuluan dan apa-apa bayaran lain mereka yang mereka berhak untuk menerima hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
Pekhidmat awam
79. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, semua anggota
Lembaga, dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini,
Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat
80. (1) Pertubuhan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, menubuhkan atau mengambil alih mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan, mentadbir, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, skim, bidang usaha atau apa-apa perkara lain yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pertubuhan bagi maksud
Skim.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
Pertubuhan boleh memberikan arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan operasi syarikat itu yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.
Kuasa untuk mengecualikan
81. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam perintah itu, mengecualikan―
apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri; atau
mana-mana orang bekerja sendiri atau golongan orang bekerja sendiri, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Pelupusan dokumen
82. (1) Ketua Pengarah boleh membenarkan apa-apa dokumen berasaskan kertas kepunyaan Pertubuhan disalin ke atas pengantara elektronik dengan apa-apa cara bagi memastikan bahawa imej tepat dokumen itu dapat dilihat, dikeluarkan semula dan disalinkan.
Jika sesuatu dokumen berasaskan kertas telah disalin mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan dokumen berasaskan kertas itu selepas tamat tempoh tiga tahun dari tarikh pembuatan salinan elektronik itu.
Sesuatu salinan dokumen berasaskan kertas yang disimpan pada pengantara elektronik mengikut subseksyen (1) boleh diterima sebagai keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 59
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
83. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan―
semua perkara yang berhubungan dengan jawatankuasa yang termasuklah tatacara untuk diikuti oleh jawatankuasa itu;
semua perkara yang berhubungan dengan belanja dan perbelanjaan lain sebagaimana yang dibenarkan untuk dibelanjakan daripada Kumpulan Wang;
amaun daripada Kumpulan Wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan pentadbiran Skim;
kos dan fi yang kena dibayar berhubung dengan apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;
cara dan tatacara apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;
penentuan nilai aktuari pada masa kini bagi bayaran berkala;
penubuhan hospital, dispensari dan institusi lain, dan penguntukan orang berinsurans bekerja sendiri kepada mana-mana hospital, dispensari, klinik atau institusi lain itu;
semua perkara yang berhubungan dengan maksud faedah yang termasuklah seperti yang berikut:
(i)
perkara berkenaan dengan aktiviti pekerjaan sendiri termasuk kadar caruman bagi setiap perusahaan;
pengiraan dan penentuan tempoh pelindungan bagi setiap perusahaan;
cara pendaftaran dan pembayaran caruman oleh orang bekerja sendiri;
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
perakuan ketidakupayaan dan kelayakan bagi apa-apa faedah atau kemudahan di bawah Akta ini;
(v)
cara untuk mentaksir apa-apa faedah wang tunai di bawah Akta ini termasuk kaedah mengira faedah wang tunai;
cara untuk mentaksir nilai apa-apa faedah atau kemudahan yang bukan faedah wang tunai dan bayaran gantinya;
kaedah mengira amaun faedah wang tunai atau elaun perjalanan dan elaun lain yang kena dibayar, dan hal keadaan dan takat penggantian faedah hilang upaya boleh dibenarkan dan kaedah mengira nilai penggantian itu;
cara dan syarat apa-apa faedah boleh digantung;
syarat untuk dipatuhi oleh orang berinsurans bekerja sendiri semasa sedang menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini termasuk kehendak pemeriksaan perubatan orang itu;
(x)
cara pelarasan faedah hilang upaya yang kena dibayar berkenaan dengan kemalangan yang berturut-turut atau syarat untuk menerima faedah itu dalam apa-apa hal jika faedah hilang upaya telah digantikan dengan bayaran sekali gus;
cara penentuan kelayakan faedah yang orang berinsurans bekerja sendiri berhak di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta ini;
cara pelantikan penilai perubatan;
cara pelantikan dan kewajipan pegawai perubatan dan bentuk perakuan perubatan;
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 61
apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah
Akta ini.
Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh mengguna pakai apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi maksud Akta ini tertakluk pada apa-apa syarat dan pindaan yang tidak bercanggah dengan Akta ini.
Kuasa untuk meminda Jadual
84. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
Kewajipan Lembaga untuk mengkaji semula faedah
85. (1) Lembaga boleh, apabila perubahan substansial dalam tingkat umum pendapatan akibat daripada perubahan substansial dalam kos hidup, memeriksa keadaan itu berasaskan penilaian aktuari yang dibuat di bawah seksyen 56 dan membuat syor kepada Menteri bagi menyelaraskan Skim bagi mengekalkan nilai sebenar faedah wang tunai tertentu.
Syor Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan laporan aktuari dan hendaklah mengambil kira dasar sosial Kerajaan, dan boleh termasuk―
cadangan bagi kadar caruman baharu;
cadangan bagi perubahan tentang kadar faedah wang tunai tertentu; dan 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
peluasan jenis faedah.
Pertubuhan berurusan dengan orang yang diberi kuasa
86. (1)
Dalam semua perkara mengenai faedah di bawah Akta ini,
Pertubuhan boleh berurusan secara langsung dengan orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungannya, atau institusi rasmi berdaftar yang diberi kuasa secara bertulis oleh orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungannya, atau seorang pengamal undang-undang yang mewakili orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungannya.
Pertubuhan boleh enggan melayani apa-apa representasi yang dibuat oleh mana-mana orang lain.
Pengemukaan dokumen secara elektronik
87. (1) Tertakluk pada subseksyen
,
Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melalui pengantara elektronik atau secara penghantaran elektronik.
Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan atau diberikan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dikemukakan atau diberikan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh suatu pengakuan terima dokumen itu dihantar secara elektronik oleh Pertubuhan kepada orang itu.
Pengakuan terima oleh Pertubuhan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan atau
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 63
diberikan menurut subseksyen (3) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.
Penubuhan dan penyenggaraan hospital, dsb.
88. (1) Pertubuhan boleh menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa hospital, dispensari dan perkhidmatan perubatan dan pembedahan lain yang difikirkan patut oleh Pertubuhan bagi faedah orang berinsurans bekerja sendiri.
Pertubuhan boleh membuat perjanjian dengan mana-mana
Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, orang, persendirian atau perseorangan berkenaan dengan pemberian rawatan dan layanan perubatan untuk orang berinsurans bekerja sendiri di mana-mana kawasan dan pembayaran kos bagi rawatan dan layanan perubatan itu.
Kuasa untuk bekerjasama dengan institusi yang sedia ada atau menggalakkan langkah untuk kesihatan, kebajikan, dsb., orang berinsurans bekerja sendiri
89. (1) Pertubuhan boleh menggalakkan langkah atau bekerjasama dengan mana-mana institusi yang sedia ada bagi peningkatan kesihatan, keselamatan pekerjaan, kebajikan dan pemulihan orang berinsurans bekerja sendiri yang telah hilang upaya atau cedera dan boleh melakukan perbelanjaan, berkenaan dengan langkah itu, daripada Kumpulan Wang mengikut had yang sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud subseksyen (1), kerjasama itu hendaklah tidak mewujudkan apa-apa faedah selain yang diberikan di bawah Skim.
Langkah di bawah subseksyen (1) boleh termasuk pemberian anggota badan buatan dan alat, peluang untuk mendapat pekerjaan berkeuntungan di bawah keadaan yang sesuai dan rumah betah.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 2]
PERUSAHAAN
1. (a) Perkhidmatan pengangkutan penumpang―
menggunakan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan motor yang dimiliki oleh seseorang, atau diuruskan, disenggarakan atau dikendalikan oleh seseorang, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan itu; dan
sama ada untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya.
Perkhidmatan pengangkutan penumpang di bawah perenggan ini tidaklah termasuk seorang pemandu yang diambil kerja semata-mata sebagai pekhidmat rumah tangga sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
(c)
Dalam perenggan ini―
“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“kenderaan perkhidmatan awam” —
berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
[Akta 715]; dan
berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334].
2. Sektor pertanian yang termasuklah—
pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141];
pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582];
penorehan, pengeluaran dan pemasaran getah dan keluaran getah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia
(Perbadanan) 1996 [Akta 551]; dan
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 65
penuaian, pengeluaran dan pemasaran padi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
3. Pengambilan hasil hutan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta
Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].
4. Penternakan dan pengeluaran ternakan.
5. Aktiviti penangkapan ikan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta
Perikanan 1985 [Akta 317] dan pemasaran ikan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49].
6. Penyediaan dan penjualan makanan yang dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281] dan Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].
7. Aktiviti pengilangan produk yang dikawal selia di bawah Akta Penyelarasan
Perindustrian 1975 [Akta 156].
8. Kerja pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520].
9. (a) Perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan oleh mana-mana orang―
dengan menggunakan apa-apa kenderaan motor atau apa-apa pengangkut lain yang dimiliki olehnya, atau diuruskan, disenggarakan atau dikendalikan oleh orang itu, dalam apa-apa bentuk perkiraan dengan pemilik atau pemberi pajak kenderaan motor atau pengangkut lain itu, atau tanpa menggunakan apa-apa kenderaan motor atau pengangkut lain; dan
sama ada untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya.
Dalam perenggan ini, “kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
10. Menjaja atau berniaga, di jalan atau pasar, yang dikawal selia di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah
No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20).
11. Perkhidmatan premis penginapan yang dikawal selia di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 [Akta 482].
12. Pembekalan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan
Perlindungan
Pengguna
(Urus
Niaga
Perdagangan
Elektronik)
2012
[P.U. (A) 458/2012].
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
13. Perkhidmatan yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia yang ditadbir di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang termasuklah—
penyediaan apa-apa kemudahan rangkaian;
penyediaan apa-apa perkhidmatan rangkaian; atau
penyediaan apa-apa perkhidmatan aplikasi.
14. Perkhidmatan pengumpulan dan pemprosesan data sama ada untuk upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya.
15. Perkhidmatan sebagai ejen oleh mana-mana orang yang berikut:
ejen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];
ejen harta tanah yang didaftarkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir, Ejen
Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 [Akta 242];
ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dilantik di bawah Akta
Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731];
ejen persaudagaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Jualan
Barang 1957 [Akta 382];
ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang dilantik di bawah Akta; atau
ejen pengutipan dan pengagihan zakat yang dilantik oleh pihak yang diberi kuasa.
16. Perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal oleh mana-mana orang yang berikut:
peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah 1953
(Sabah Bab 2) atau Ordinan Peguam Bela Sarawak 1953 (Sarawak
Bab 110);
akauntan yang berdaftar di bawah Akta Akauntan 1967 [Akta 94] dan termasuk auditor dan perunding cukai;
arkitek yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117];
jurutera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967
[Akta 138];
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 67
penyelidikan dan pembangunan yang dibuat bagi tujuan kajian sistematik, penyiasatan dan eksperimen yang melibatkan novelti atau risiko teknikal yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan memperoleh pengetahuan baharu atau menggunakan keputusan kajian untuk pengeluaran atau pembaikan bahan, peranti, produk, keluaran atau proses, dan termasuk—
kawalan kualiti atau ujian rutin bahan, peranti atau produk;
penyelidikan dalam sains sosial atau kemanusiaan;
pengumpulan data rutin;
tinjauan kecekapan atau kajian pengurusan;
penyelidikan pasaran atau promosi jualan;
pengubahsuaian rutin atau perubahan kepada bahan, peranti, produk, proses atau kaedah pengeluaran; atau
pengubahsuaian kosmetik atau perubahan gaya kepada bahan, peranti, produk, proses atau kaedah pengeluaran;
pereka cipta yang mempunyai reka cipta yang dipatenkan di bawah Akta
Paten 1983 [Akta 291];
doktor veterinar yang berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974
[Akta 147];
pengamal perubatan berdaftar yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971
[Akta 50];
ahli psikiatri sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kesihatan
Mental 2001 [Akta 615]; atau
pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta Pergigian 1971 [Akta 51].
17. (a) Khidmat sokongan persendirian sama ada untuk upah atau apa-apa balasan yang lain atau nilaian wang atau selainnya oleh mana-mana orang yang berikut:
ejen pengembaraan berlesen dan pemandu pelancong berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];
apa-apa khidmat penyelenggaraan;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
apa-apa khidmat sebagai tutor;
apa-apa khidmat sebagai penterjemah; atau
mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan yang menyediakan khidmat sokongan persendirian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan
Perlesenan Perniagaan (Sabah Bab 144) atau Ordinan Nama-Nama
Perniagaan (Sarawak Bab 64).
Bagi maksud perenggan ini, khidmat sokongan persendirian termasuklah perkhidmatan yang diberikan melalui apa-apa aplikasi dalam talian.
18. (a) Perkhidmatan dalam apa-apa persembahan, aktiviti perfileman dan apa-apa aktiviti termasuk karya seni dan karya grafik.
Dalam perenggan ini—
“persembahan”, “karya seni” dan “karya grafik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332];
“aktiviti perfileman” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244].
19. Perkhidmatan dalam apa-apa penjagaan, perawatan dan pemulihan kesihatan, mental, fizikal atau sosial.
20. Perkhidmatan isi rumah.
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 69
JADUAL KEDUA
[Seksyen 11, 17, 18 dan 19]
KADAR CARUMAN, FAEDAH HILANG UPAYA DAN FAEDAH ORANG
TANGGUNGAN
1. Bagi maksud Jadual ini, “pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan”
ertinya kelas pendapatan yang ditunjukkan di bawah untuk dipilih oleh orang bekerja sendiri bagi maksud pembayaran caruman.
2. Kadar caruman berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan adalah seperti yang berikut:
Pendapatan Bulanan Pilihan yang
Diinsuranskan
Caruman Bulanan oleh
Orang Bekerja Sendiri 1.
RM1,050
RM13.10 2.
RM1,150
RM14.40 3.
RM1,250
RM15.60 4.
RM1,350
RM16.90 5.
RM1,450
RM18.10 6.
RM1,550
RM19.40 7.
RM1,650
RM20.60 8.
RM1,750
RM21.90 9.
RM1,850
RM23.10 10.
RM1,950
RM24.40 11.
RM2,050
RM25.60 12.
RM2,150
RM26.90 13.
RM2,250
RM28.10 14.
RM2,350
RM29.40 15.
RM2,450
RM30.60 16.
RM2,550
RM31.90 17.
RM2,650
RM33.10 18.
RM2,750
RM34.40 19.
RM2,850
RM35.60 20.
RM2,950
RM36.90 21.
RM3,050
RM38.10 22.
RM3,150
RM39.40 23.
RM3,250
RM40.60 24.
RM3,350
RM41.90 25.
RM3,450
RM43.10 26.
RM3,550
RM44.40 27.
RM3,650
RM45.60 28.
RM3,750
RM46.90 29.
RM3,850
RM48.10 30.
RM3,950
RM49.40
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
3. (1) Bagi maksud perenggan ini, “pendapatan harian pilihan yang diinsuranskan” adalah berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami bencana pekerjaan sendiri yang mengakibatkan hilang upaya sedemikian.
Kadar faedah harian adalah seperti yang berikut:
bagi hilang upaya sementara, suatu amaun yang senilai dengan lapan puluh peratus pendapatan harian pilihan yang diinsuranskan tertakluk pada amaun minimum tiga puluh ringgit;
bagi hilang upaya separa kekal, suatu amaun yang senilai dengan sembilan puluh peratus pendapatan harian pilihan yang diinsuranskan darab dengan peratusan kehilangan upaya mencari nafkah; dan
(c)
bagi hilang upaya langsung kekal, suatu amaun yang senilai dengan sembilan puluh peratus pendapatan harian pilihan yang diinsuranskan.
Pendapatan harian pilihan yang diinsuranskan adalah sama dengan satu pertiga puluh pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan orang berinsurans bekerja sendiri.
4. Jika lebih daripada satu kecederaan disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan yang berlainan, kadar faedah harian bagi kecederaan itu hendaklah dijumlahkan tetapi tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi faedah hilang upaya langsung kekal.
5. Kadar harian faedah orang tanggungan adalah seperti yang berikut:
bagi balu atau duda, suatu amaun yang senilai dengan tiga perlima kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal orang berinsurans bekerja sendiri yang mati sekiranya dia mengalami hilang upaya itu daripada bencana pekerjaan sendiri yang mengakibatkan kematiannya; dan
bagi setiap anak, dua perlima kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal yang disebut dalam perenggan (a).
6. Sekiranya jumlah faedah orang tanggungan yang dibahagikan antara balu atau duda dan anak atau anak-anak melebihi pada bila-bila masa kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal, bahagian setiap orang tanggungan hendaklah dikurangkan secara bersekadar supaya jumlah amaun yang kena dibayar tidak melebihi kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal.
7. Dalam hal orang berinsurans bekerja sendiri yang mati tidak meninggalkan balu atau duda atau sekiranya balu atau duda itu mati, kadar harian faedah bagi setiap anak
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 71
ialah tiga perlima kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal, dan sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak, amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan secara sama banyak antara mereka.
8. Dalam hal orang berinsurans bekerja sendiri yang mati tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, atau sekiranya balu atau duda atau anak mati, faedah orang tanggungan boleh dibayar kepada ibu bapa atau adik-beradik atau datuk nenek, pada suatu amaun sama dengan empat persepuluh kadar harian faedah hilang upaya langsung kekal orang berinsurans bekerja sendiri yang mati, dan sekiranya terdapat dua atau lebih ibu bapa atau datuk nenek, amaun yang kena dibayar kepada ibu bapa atau datuk nenek hendaklah dibahagikan secara sama banyak antara mereka.
9. Bagi maksud perenggan 8, adik-beradik adalah tidak berhak kepada faedah sekiranya dia telah berkahwin, dijadikan anak angkat atau mati.
72
Akta 789
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U.(A) 235/2018
Perintah Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri (Pindaan
Jadual Kedua) 2018
14-06-2017
P.U. (A) 374/2019
Perintah Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri (Pindaan
Jadual Pertama) 2019
01-01-2020
P.U. (A) 294/2020
Perintah Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri (Pindaan
Jadual Pertama) 2020
07-10-2020
P.U. (A) 371/2021
Perintah Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri (Pindaan
Jadual Pertama) 2021
01-10-2021
73
Akta 789
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual Kedua
P.U. (A) 235/2018 14-06-2017
Jadual Pertama
P.U. (A) 374/2019 01-01-2020
P.U. (A) 294/2020 07-10-2020
P.U. (A) 371/2021 01-10-2021