Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa itu tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(3)
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)―
(a)
hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga;
(b)
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga; dan
(c)
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(4)
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen
(1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
(5)
Anggota jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula atas apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(7)
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab.
(8)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada
Pengerusi jawatankuasa.
(9)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(10)
Jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pengerusi jawatankuasa.
(11)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(12)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri