Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 10

Mengakses, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Mana-mana orang yang mengakses, atau mempunyai dalam milikan atau kawalannya, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian—Seseorang dikatakan mengakses bahan penganiayaan seksual kanak-kanak jika orang itu dengan diketahuinya menyebabkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dilihat oleh, atau dihantar kepada, dirinya.

(a)

A menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. A membuka lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu, A dengan serta-merta menghapuskan e-mel itu daripada akaun e-melnya. A tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

14

Undang-Undang Malaysia

(b)

A menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. A membuka lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu dan meskipun mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, A terus-menerus melihat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

(c)

A menggunakan komputer milik B dan mendapati bahawa terdapat suatu dokumen yang mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak disimpan dalam cakera keras komputer itu. A menghantar dokumen itu ke dalam pemacu penanya dan menyimpan pemacu pena itu di dalam pejabatnya. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.