/akn/my/act/act/2017/792

*AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2017
Last amended
2024
Sections
33
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 is Malaysia Act, cited as Act 792 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa sebutan tentang kanak-kanak berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak hendaklah termasuk orang yang seseorang tertuduh percaya berumur atau di bawah umur sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukan mengenai kesalahan itu masing-masing.

Pemakaian luar wilayah

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak dilakukan oleh warganegara Malaysia terhadap mana-mana kanak-kanak di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Bahagian II

BAHAGIAN II

BAHAN PENGANIAYAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Seksyen 4

Dalam Akta ini

Open as pageSuggest a correction

(a)

“bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” ertinya apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah—

Suggest a correction

(i)

mengenai seseorang kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan;

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 9

(ii)

mengenai seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan;

Suggest a correction

(iii)

mengenai imej realistik atau grafik seseorang kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan; atau

Suggest a correction

(iv)

mengenai imej realistik atau grafik seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

“perlakuan seksual secara terang-terangan” termasuklah yang benar atau simulasi yang berikut:

Suggest a correction

(i)

persetubuhan, atau perbuatan yang memberahikan termasuk kontak fizikal yang melibatkan alat kelamin dengan alat kelamin, mulut dengan alat kelamin, dubur dengan alat kelamin, atau mulut dengan dubur, antara orang yang mempunyai jantina yang sama atau berlainan;

(iv)

penganiayaan sadis atau masokis dalam konteks seksual;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

menunjukkan bagi maksud seksual alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur; dan

(vi)

penggunaan apa-apa objek atau peralatan bagi perbuatan yang memberahikan.

10

Undang-Undang Malaysia

Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau mengambil bahagian, menyertai atau melibatkan diri, bagaimana sekalipun, dalam pembuatan, penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan.

(a)

A, seorang pelakon mendekati Z, seorang pengeluar filem supaya A boleh berlakon dalam salah satu filem Z. Z menawarkan A untuk berlakon dalam filem yang mempunyai adegan A melakukan perlakuan seksual secara terang-terangan dengan seorang kanak-kanak dan A bersetuju untuk berbuat demikian. A berlakon dalam adegan seksual secara terang-terangan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Suggest a correction

(b)

A seorang pengarah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A mengupah Z, seorang pengarah seni untuk menyelia aspek artistik pengarahan bahan penganiayaan seksual kanak-kanaknya.

Z melakukan sebagaimana yang dikehendaki daripadanya oleh A. Z bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam pengarahan pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Membuat persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membuat apa-apa persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 11

Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang kanak-kanak dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan, atau dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau dalam pembuatan atau penghasilan, atau dalam pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Huraian—Seksyen ini tidak terpakai sekiranya persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak atau sekiranya pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak.

(a)

A mengumpan Z, seorang kanak-kanak melalui iklan pertandingan nyanyian palsu dan menggunakan Z dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A juga bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 5 dengan membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Suggest a correction

(b)

A menawarkan anak perempuannya Z yang berumur enam tahun, kepada B supaya Z digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak bagi sejumlah wang tertentu. Z digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak oleh B. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan Z, seorang kanak-kanak digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan Z, seorang kanak-kanak, dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan di bawah seksyen 5 dengan menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

12

Undang-Undang Malaysia

Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 8

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertukar-tukar, menerbitkan, mencetak, menghasilkan semula, menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, mengimport, mengeksport, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak; atau

Suggest a correction

(c)

mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

Suggest a correction

(a)

A seorang pentadbir laman sesawang yang memaparkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia bahan penganiayaan seksual kanak-kanak secara dalam talian.

Suggest a correction

(b)

A menjalankan perniagaan perkhidmatan pengangkutan dan menguruskan pengangkutan dan penyimpanan bahan penerbitan yang dimiliki oleh syarikat Z. Bahan penerbitan Z termasuklah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Z mendedahkan maklumat itu kepada A dan membuat rancangan perkongsian keuntungan dengan A berhubung dengan penjualan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak itu dengan syarat yang A terus menjalankan perkhidmatan pengangkutan bagi Z. A menerima tawaran Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menerima keuntungan daripada perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 13

MISALAN sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Menjual, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada seseorang kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Seksyen 10

Mengakses, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mengakses, atau mempunyai dalam milikan atau kawalannya, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian—Seseorang dikatakan mengakses bahan penganiayaan seksual kanak-kanak jika orang itu dengan diketahuinya menyebabkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dilihat oleh, atau dihantar kepada, dirinya.

(a)

A menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. A membuka lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu, A dengan serta-merta menghapuskan e-mel itu daripada akaun e-melnya. A tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

14

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

A menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. A membuka lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu dan meskipun mengetahui lampiran itu mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, A terus-menerus melihat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(c)

A menggunakan komputer milik B dan mendapati bahawa terdapat suatu dokumen yang mengandungi bahan penganiayaan seksual kanak-kanak disimpan dalam cakera keras komputer itu. A menghantar dokumen itu ke dalam pemacu penanya dan menyimpan pemacu pena itu di dalam pejabatnya. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENGANTUNAN KANAK-KANAK

Suggest a correction

Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak; atau

Suggest a correction

(b)

menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual, melalui apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang dikatakan berkomunikasi secara seksual jika—

(a)

komunikasi itu atau mana-mana bahagian komunikasi itu adalah berhubung dengan aktiviti yang bersifat seksual; atau

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 15

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang munasabah akan berpandangan bahawa mana-mana bahagian komunikasi itu adalah seksual.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan.

Pengantunan kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14, 15, 15A atau 15B atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.

(a)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A tidak pernah berjumpa dengan Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(b)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z dengan niat bahawa C dan B, iaitu kawan A boleh merogol Z. A tidak pernah berjumpa dengan Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

16

Undang-Undang Malaysia

Berjumpa selepas pengantunan kanak-kanak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14, 15, 15A atau 15B atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.

(a)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(b)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa Z dengan niat bahawa C dan B, iaitu kawan

A boleh merogol Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

AMANG SEKSUAL, PERSEMBAHAN SEKSUAL

Suggest a correction

DAN PEMERASAN SEKSUAL

Amang seksual fizikal atas kanak-kanak

Seksyen 14

Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;

Suggest a correction

(c)

membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau

Suggest a correction

(d)

melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Huraian 1—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.

Huraian 2— Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.

Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 15

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 17

Open as pageSuggest a correction

(i)

mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi, atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian

18

Undang-Undang Malaysia badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang kanak-kanak;

(ii)

membuatkan seseorang kanak-kanak menunjukkan badan kanak-kanak itu atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana orang lain; atau

Suggest a correction

(iii)

mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa-apa cara secara berulang kali atau kerap;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual;

Suggest a correction

(e)

menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai orang itu atau mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau

Suggest a correction

(f)

membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang diperkatakan, sifat

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 19

dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.

Persembahan seksual oleh kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 15A

Open as pageSuggest a correction

(a)

menawarkan, memperoleh atau menjadikan tersedia seseorang kanak-kanak untuk suatu persembahan seksual;

Suggest a correction

(b)

membuatkan atau menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual;

Suggest a correction

(c)

turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton, dalam persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak;

Suggest a correction

(d)

mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak; atau

Suggest a correction

(e)

menerima apa-apa manfaat, termasuk manfaat kewangan, daripada persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “persembahan seksual” ertinya apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.

(a)

A meminta Z, seorang kanak-kanak, membuat tarian riba di atas B sambil dirakam oleh A. A kemudian membuat hantaran persembahan tarian yang dirakam itu di akaun media sosialnya. A bersalah atas

20

Undang-Undang Malaysia kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan turut serta sebagai peserta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak.

Suggest a correction

(b)

A bertemu B dalam aplikasi mencari pasangan dalam talian dan menawarkan B wang untuk mengatur suatu pertunjukan seks dengan anak-anak B. B menyuruh dua orang anaknya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi perlakuan seksual secara terang-terangan sambil distrim secara langsung melalui panggilan video dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual dan dengan turut serta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia kanak-kanak untuk persembahan seksual dan memudahkan persembahan seksual oleh kanak-kanak.

Pemerasan seksual kanak-kanak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 15B

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengugut seseorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang bersifat seksual;

Suggest a correction

(b)

mengugut seseorang kanak-kanak untuk berkongsi apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau

Suggest a correction

(c)

mengugut untuk menggunakan atau mengedar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 21

secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

Huraian—Perbuatan mengugut di bawah seksyen ini boleh melibatkan penggunaan dorongan, paksaan atau kekerasan.

Suggest a correction

(a)

Z, seorang kanak-kanak, secara sukarela berkongsi gambar separuh bogelnya dengan A. A kemudian mengugut Z untuk membuat hantaran gambar itu di akaun media sosial A melainkan jika Z menghantar gambar bogel Z kepada A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(b)

A menawarkan Z, seorang kanak-kanak, wang untuk menanggalkan pakaian untuk A semasa panggilan video. A merakam panggilan video itu dan kemudian mengugut Z bahawa A akan menghantar video yang dirakam itu kepada ibu bapa Z melainkan jika Z bersetuju untuk melakukan persetubuhan dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

ORANG YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN AMANAH

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, seseorang dikatakan mempunyai hubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a)

ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;

Suggest a correction

(b)

seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;

Suggest a correction

(c)

guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta;

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

Suggest a correction

(f)

pekhidmat awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan kanak-kanak itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

KEUPAYAAN DAN KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK

Suggest a correction

Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 23

dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.

Seksyen 18

Keterangan saksi kanak-kanak

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, kepada pegawai yang menjaga balai polis yang berdekatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Seksyen 20

Anggapan umur kanak-kanak

Open as pageSuggest a correction

Tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, bahawa seseorang tertuduh mempercayai bahawa umur kanak-kanak itu ialah umur atau lebih daripada umur yang dinyatakan dalam

24

Undang-Undang Malaysia peruntukan kesalahan itu masing-masing pada masa kesalahan itu dikatakan telah dilakukan melainkan jika tertuduh itu telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk menentukan umur kanak-kanak itu.

Seksyen 21

Persubahatan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan berbangkit daripada persubahatan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Seksyen 22

Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, suatu sabitan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidaklah menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 25

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, hendaklah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Ketidakpakaian seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara

Seksyen 24

Jenayah

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, jika orang yang disabitkan atas kesalahan itu berumur lapan belas tahun atau atas lapan belas tahun.

Seksyen 25

Peruntukan mengenai hukuman sebat

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun perenggan 289(c) Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah lelaki yang mahkamah berpandangan berumur lebih daripada lima puluh tahun, orang itu masih boleh dihukum dengan hukuman sebat.

26

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 26

Kaunseling pemulihan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kaunseling pemulihan yang diperintahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara.

Perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak

Suggest a correction

Seksyen 26A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika orang yang disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang kanak-kanak, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pembayaran pampasan itu dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Suggest a correction

(3)

Jika mangsa kanak-kanak itu mati, mahkamah hendaklah membuat perintah supaya pembayaran pampasan itu dibuat kepada wakil mangsa kanak-kanak yang mati itu.

Suggest a correction

(4)

Mahkamah hendaklah, dalam membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengambil kira apa-apa faktor yang mahkamah fikirkan patut termasuk—

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 27

(a)

jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan itu;

Suggest a correction

(b)

kecederaan fizikal atau emosi yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu;

Suggest a correction

(c)

perbelanjaan yang ditanggung oleh mangsa kanak-kanak itu, termasuk perbelanjaan bagi rawatan, pemulihan atau kaunseling mangsa kanak-kanak itu;

Suggest a correction

(d)

kerosakan pada, atau kehilangan, harta yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu; dan

Suggest a correction

(e)

keupayaan orang yang disabitkan itu untuk membayar atau jika orang yang disabitkan itu ialah seorang kanak-kanak, keupayaan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk membayar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud membuat perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh mengadakan suatu inkuiri sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(6)

Jika mahkamah membuat perintah bagi pembayaran kos pendakwaan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah terhadap orang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam

Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, perintah bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai keutamaan daripada perintah bagi pembayaran kos pendakwaan itu.

Suggest a correction

(7)

Setakat amaun yang telah dibayar kepada mangsa kanak-kanak itu, atau kepada wakil mangsa kanak-kanak itu, di bawah suatu perintah bagi pembayaran pampasan, apa-apa tuntutan oleh mangsa kanak-kanak itu atau wakil mangsa kanak-kanak itu bagi apa-apa kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dipenuhi, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidak boleh menjejaskan apa-apa hak kepada suatu remedi sivil oleh mangsa kanak-kanak itu atau oleh wakil mangsa kanak-kanak itu terhadap orang yang disabitkan bagi ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.

28

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(8)

Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen ini boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi.

Peruntukan tentang pembayaran pampasan

Suggest a correction

Seksyen 26B

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberikan masa bagi pembayaran jumlah wang itu;

Suggest a correction

(b)

mengarahkan pembayaran jumlah wang itu secara ansuran;

Suggest a correction

(c)

mengeluarkan suatu waran bagi melevikan jumlah wang itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan orang yang disabitkan itu;

Suggest a correction

(d)

mengarahkan supaya apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang itu, orang yang disabitkan itu hendaklah menjalani pemenjaraan selama suatu tempoh yang tertentu, yang pemenjaraan itu hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa pemenjaraan lain yang dengannya dia boleh dihukum atau yang dengannya dia boleh dikenakan di bawah suatu peringanan hukuman:

Dengan syarat bahawa jika masa bagi pembayaran jumlah wang itu tidak diberikan, suatu perintah bagi pemenjaraan apabila ingkar membayar tidak boleh dikeluarkan pada mula-mulanya melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa orang yang disabitkan itu tidak mempunyai harta atau tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang yang kena dibayar atau bahawa levi melalui distres itu akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 29

Suggest a correction

(e)

mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang jika dia dikomitkan ke penjara, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara hendaklah digunakan bagi pembayaran jumlah wang itu, yang lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya:

Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika mahkamah itu berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang disabitkan itu yang padanya wang itu didapati atau bahawa kehilangan wang itu akan lebih memudaratkan keluarganya daripada pemenjaraannya.

Suggest a correction

(2)

Tempoh yang baginya mahkamah mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu dipenjarakan apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan apa-apa jumlah wang tidak boleh melebihi skala yang berikut:

Apabila wang yang hendaklah dibayar tidak melebihi RM500

… … … …

Satu bulan

Apabila wang yang hendaklah dibayar melebihi RM500 tetapi tidak melebihi

RM1000

… … … …

Dua bulan

Dalam apa-apa hal lain

… … … …

Enam bulan

Suggest a correction

(3)

Pemenjaraan yang dikenakan oleh mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah tamat pada bila-bila masa wang itu dibayar atau dilevikan melalui proses undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Jika sebelum habis masa pemenjaraan itu sekian kadar wang itu dibayar atau dilevikan yang masa pemenjaraan yang telah dijalani adalah tidak kurang daripada perkadaran dengan bahagian wang yang masih belum dibayar, pemenjaraan itu hendaklah tamat.

Suggest a correction

(5)

Suatu waran untuk melevikan apa-apa jumlah wang sedemikian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia tetapi jika ia

30

Undang-Undang Malaysia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri di mana waran itu dikeluarkan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh

Hakim atau Majistret Kelas Pertama yang mempunyai bidang kuasa di dalam Negeri di mana waran itu dikehendaki dilaksanakan.

Pengawasan polis

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila mana-mana orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis di bawah subseksyen (1), semasa masih berada di bawah pengawasan itu, dihukum dengan suatu tempoh pemenjaraan di dalam Malaysia, apa-apa tempoh yang dijalani di dalam penjara hendaklah dikecualikan daripada tempoh pengawasan.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual

28. Menteri boleh, selepas berunding dengan Pendakwa Raya, meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, termasuk untuk mengeluarkan atau memasukkan apa-apa kesalahan dengan apa-apa perihalan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 31

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2, 3, 12, 13, 16, 17, 18, 19, 20, 22, 23, 24, 26, 27 dan 28]

1. Seksyen 354, 372, 375, 375B, 376, 376A, 376B, 377A, 377B, 377C, 377CA, 377D,

377E atau 509 Kanun Keseksaan [Akta 574] kecuali—

(a)

bagi maksud seksyen 24 Akta ini yang berhubungan dengan ketidakpakaian seksyen 173A dan 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan berat di bawah Kanun Keseksaan; dan

(b)

bagi maksud seksyen 26 dan 27 Akta ini yang berhubungan dengan seksyen 376, 377C, 377CA dan 377E Kanun Keseksaan

2. Seksyen 14 atau 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran 2007 [Akta 670], setakat yang ia berhubung dengan eksploitasi seks kecuali—

(a)

bagi maksud seksyen 3 Akta ini yang berhubungan dengan pemakaian perenggan 4(b) dan (c) Akta Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007; dan

(b)

bagi maksud seksyen 22 dan 23 Akta ini

3. Seksyen 31 setakat yang ia berhubung dengan penganiayaan dari segi seks atau seksyen 43 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]

4. Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

kecuali bagi maksud seksyen 3 dan 23 Akta ini

5. Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] kecuali bagi maksud seksyen 23 Akta ini

32

Akta 792

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1687

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap

Kanak-Kanak (Pindaan) 2023

11-07-2023

33

Akta 792

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Bahagian II

Akta A1687 11-07-2023 4

Akta A1687 11-07-2023 5

Akta A1687 11-07-2023 6

Akta A1687 11-07-2023 7

Akta A1687 11-07-2023 8

Akta A1687 11-07-2023 9

Akta A1687 11-07-2023 10

Akta A1687 11-07-2023 12

Akta A1687 11-07-2023 13

Akta A1687 11-07-2023

Bahagian IV

Akta A1687 11-07-2023 15

Akta A1687 11-07-2023 15A

Akta A1687 11-07-2023 15B

Akta A1687 11-07-2023 26A

Akta A1687 11-07-2023 26B

Akta A1687 11-07-2023

Common questions

What is SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017?
*AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 is Malaysia Act, cited as Act 792 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 still in force?
Yes — SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 is currently in force.
When did SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 take effect?
SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 have?
SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 contains 31 sections.
What amends SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017?
SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 has been amended by AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 and AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024.
Where can I read the official version of SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017?
The official text of SEXUAL OFFENCES AGAINST CHILDREN ACT 2017 is published at lom.agc.gov.my.