Malaysia legislation
Section 14
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 14
Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—
(a)
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
(b)
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
(c)
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
(d)
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Huraian 1—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.
Huraian 2— Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.
Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak