Malaysia legislation
Section 19
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 19
Walau apa pun seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, kepada pegawai yang menjaga balai polis yang berdekatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.