Malaysia legislation
Section 26A
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 26A
(2)
Jika orang yang disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang kanak-kanak, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pembayaran pampasan itu dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
(3)
Jika mangsa kanak-kanak itu mati, mahkamah hendaklah membuat perintah supaya pembayaran pampasan itu dibuat kepada wakil mangsa kanak-kanak yang mati itu.
(4)
Mahkamah hendaklah, dalam membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengambil kira apa-apa faktor yang mahkamah fikirkan patut termasuk—
Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 27
(a)
jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan itu;
(b)
kecederaan fizikal atau emosi yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu;
(c)
perbelanjaan yang ditanggung oleh mangsa kanak-kanak itu, termasuk perbelanjaan bagi rawatan, pemulihan atau kaunseling mangsa kanak-kanak itu;
(d)
kerosakan pada, atau kehilangan, harta yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu; dan
(e)
keupayaan orang yang disabitkan itu untuk membayar atau jika orang yang disabitkan itu ialah seorang kanak-kanak, keupayaan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk membayar.
(5)
Bagi maksud membuat perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh mengadakan suatu inkuiri sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Jika mahkamah membuat perintah bagi pembayaran kos pendakwaan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah terhadap orang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam
Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, perintah bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai keutamaan daripada perintah bagi pembayaran kos pendakwaan itu.
(7)
Setakat amaun yang telah dibayar kepada mangsa kanak-kanak itu, atau kepada wakil mangsa kanak-kanak itu, di bawah suatu perintah bagi pembayaran pampasan, apa-apa tuntutan oleh mangsa kanak-kanak itu atau wakil mangsa kanak-kanak itu bagi apa-apa kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dipenuhi, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidak boleh menjejaskan apa-apa hak kepada suatu remedi sivil oleh mangsa kanak-kanak itu atau oleh wakil mangsa kanak-kanak itu terhadap orang yang disabitkan bagi ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.
28
Undang-Undang Malaysia
(8)
Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen ini boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi.
Peruntukan tentang pembayaran pampasan