Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 4

Dalam Akta ini

(a)

“bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” ertinya apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah—

(i)

mengenai seseorang kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan;

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 9

(ii)

mengenai seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan;

(iii)

mengenai imej realistik atau grafik seseorang kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan; atau

(iv)

mengenai imej realistik atau grafik seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang melakukan suatu perlakuan seksual secara terang-terangan; dan

(b)

“perlakuan seksual secara terang-terangan” termasuklah yang benar atau simulasi yang berikut:

(i)

persetubuhan, atau perbuatan yang memberahikan termasuk kontak fizikal yang melibatkan alat kelamin dengan alat kelamin, mulut dengan alat kelamin, dubur dengan alat kelamin, atau mulut dengan dubur, antara orang yang mempunyai jantina yang sama atau berlainan;

(ii)

perbuatan kebinatangan;

(iii)

onani;

(iv)

penganiayaan sadis atau masokis dalam konteks seksual;

(v)

menunjukkan bagi maksud seksual alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur; dan

(vi)

penggunaan apa-apa objek atau peralatan bagi perbuatan yang memberahikan.

10

Undang-Undang Malaysia

Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak