Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 5
Mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau mengambil bahagian, menyertai atau melibatkan diri, bagaimana sekalipun, dalam pembuatan, penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan.
(a)
A, seorang pelakon mendekati Z, seorang pengeluar filem supaya A boleh berlakon dalam salah satu filem Z. Z menawarkan A untuk berlakon dalam filem yang mempunyai adegan A melakukan perlakuan seksual secara terang-terangan dengan seorang kanak-kanak dan A bersetuju untuk berbuat demikian. A berlakon dalam adegan seksual secara terang-terangan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
(b)
A seorang pengarah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A mengupah Z, seorang pengarah seni untuk menyelia aspek artistik pengarahan bahan penganiayaan seksual kanak-kanaknya.
Z melakukan sebagaimana yang dikehendaki daripadanya oleh A. Z bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam pengarahan pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
Membuat persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak