Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 7

Mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang kanak-kanak dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan, atau dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau dalam pembuatan atau penghasilan, atau dalam pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Huraian—Seksyen ini tidak terpakai sekiranya persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak atau sekiranya pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak.

(a)

A mengumpan Z, seorang kanak-kanak melalui iklan pertandingan nyanyian palsu dan menggunakan Z dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A juga bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 5 dengan membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

(b)

A menawarkan anak perempuannya Z yang berumur enam tahun, kepada B supaya Z digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak bagi sejumlah wang tertentu. Z digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak oleh B. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan Z, seorang kanak-kanak digunakan dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan Z, seorang kanak-kanak, dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan di bawah seksyen 5 dengan menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

12

Undang-Undang Malaysia

Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak