Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 8

Mana-mana orang yang—

(a)

bertukar-tukar, menerbitkan, mencetak, menghasilkan semula, menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, mengimport, mengeksport, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak;

(b)

memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak; atau

(c)

mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

(a)

A seorang pentadbir laman sesawang yang memaparkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia bahan penganiayaan seksual kanak-kanak secara dalam talian.

(b)

A menjalankan perniagaan perkhidmatan pengangkutan dan menguruskan pengangkutan dan penyimpanan bahan penerbitan yang dimiliki oleh syarikat Z. Bahan penerbitan Z termasuklah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Z mendedahkan maklumat itu kepada A dan membuat rancangan perkongsian keuntungan dengan A berhubung dengan penjualan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak itu dengan syarat yang A terus menjalankan perkhidmatan pengangkutan bagi Z. A menerima tawaran Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menerima keuntungan daripada perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 13

MISALAN sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Menjual, dsb., bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada kanak-kanak