Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Pindaan seksyen 21b
(a)
dalam subseksyen (1), dengan mengantikan perkataan “Jika”
dengan perkataan “Tertakluk kepada subseksyen (1a), jika” ;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud subseksyen (1), jika pelupus dalam suatu pelupusan yang disebut dalam subseksyen itu seorang yang bukan warganegara dan bukan juga pemastautin tetap, pemeroleh hendaklah memegang simpan kesemua wang itu atau suatu jumlah wang tidak melebihi tujuh peratus daripada jumlah nilai balasan itu mengikut mana-mana yang lebih rendah, dan (sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak)
dia hendaklah dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada
Ketua Pengarah.”.
Pindaan Jadual 2