Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh
Lembaga di bawah seksyen 24 atau mana-mana syarat tambahan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah seksyen 25, dan melalui perbuatan itu—
(a)
menyebabkan kehilangan nyawa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima belas juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya; atau
(ii)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit;
(b)
menyebabkan apa-apa kecederaan atau kecacatan kesihatan kepada mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; atau
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 834
(ii)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
(c)
menyebabkan kehilangan atau kerosakan kepada apa-apa harta, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
(ii)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Pembaharuan lesen