PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 is Malaysia Act, cited as Act 834 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 834
Undang-Undang Malaysia 2
Akta 834
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
19 Januari 2022
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
25 Januari 2022
Hakcipta Pencetak H
Lembaga Angkasa Malaysia 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 834
Opening note
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Angkasa
Malaysia 2022.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 834
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 834
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“angkasa” ertinya ruang yang bermula daripada ketinggian seratus kilometer atas aras laut purata;
“insiden” ertinya apa-apa kejadian yang berkaitan dengan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan keselamatan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar, atau yang melibatkan hal keadaan yang suatu kemalangan hampir berlaku;
“kemalangan” ertinya apa-apa kejadian yang berkaitan dengan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar yang menyebabkan kerosakan, termasuk kejatuhan atau keruntuhan, atau pelanggaran atau letupan, suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar;
“kemudahan pelancar” ertinya apa-apa pelantar pelancar, pelabuhan angkasa, platform laut atau struktur lain atau apa-apa kapal, kapal udara atau kenderaan lain, yang darinya suatu objek angkasa boleh dilancarkan ke angkasa, termasuk apa-apa peralatan atau pepasangan di pelantar pelancar, pelabuhan angkasa, platform laut atau struktur lain itu atau di atas kapal, kapal udara atau kenderaan lain itu, yang diperlukan untuk melancarkan suatu objek angkasa ke angkasa;
“kerosakan” ertinya kehilangan nyawa, apa-apa kecederaan atau kecacatan kesihatan kepada mana-mana orang, atau kehilangan atau kerosakan kepada apa-apa harta;
“Lembaga” ertinya Lembaga Angkasa Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah
Bahagian IV
“objek angkasa” ertinya suatu kapal angkasa dan kenderaan pelancar, termasuk bahagian komponen kapal angkasa dan kenderaan pelancar itu;
Lembaga Angkasa Malaysia 9
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344] dan mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 47;
“Pegawai Keselamatan Pelancaran” ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 35;
“pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;
“Penguasa Angkasa” ertinya pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 14;
“penyedia perkhidmatan pelancaran” ertinya mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bagi pelancaran suatu objek angkasa ke angkasa;
“penyiasat” ertinya seorang penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 44;
“perakuan pelancaran” ertinya suatu perakuan pelancaran yang diberikan di bawah Bahagian IV;
“permit pelancaran” ertinya suatu permit pelancaran yang diberikan di bawah Bahagian IV;
“pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, persatuan atau kumpulan orang yang lain;
“senjata pemusnah besar-besaran” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708].
Skop wilayah kesalahan di bawah Akta ini
Sekiranya mana-mana kesalahan di bawah seksyen 15
dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 834
Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai sekiranya kesalahan itu dilakukan terhadap—
apa-apa harta yang terletak di luar Malaysia yang dipunyai, atau dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhan atau sebahagiannya, Kerajaan atau Kerajaan mana-mana
Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia.
Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 24, 25, 27, 30, 36, 37 dan 43 yang dilakukan oleh mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, di mana-mana tempat di luar Malaysia dan warganegara, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan itu boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Akta hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang lain
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan apa-apa undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan aktiviti berkaitan angkasa, termasuk undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penerbangan awam, komunikasi dan multimedia, dan perdagangan strategik dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
Jika undang-undang bertulis lain yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan aktiviti berkaitan angkasa yang dikawal selia di bawah
Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain itu hendaklah disifatkan digantikan.
Lembaga Angkasa Malaysia 11
Penubuhan Lembaga
Suatu lembaga yang dinamakan “Lembaga Angkasa
Malaysia” ditubuhkan.
Lembaga hendaklah terdiri daripada—
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi yang hendaklah menjadi Pengerusi;
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri; dan
Anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c) hingga (h)
hendaklah dilantik secara bertulis oleh Menteri dan Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota itu, melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 834
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menasihati Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini;
untuk melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen atau triti yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini;
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Lembaga di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila—
Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Lembaga Angkasa Malaysia 13
Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga
Penguasa Angkasa hendaklah menjadi Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga.
Setiausaha Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
Setiausaha Eksekutif hendaklah, dalam menjalankan kewajipannya, bertindak di bawah arahan Lembaga.
Mesyuarat Lembaga
Lembaga hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh Pengerusi.
Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat
Lembaga, Timbalan Pengerusi hendaklah menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat.
Lima orang anggota, termasuk pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum Lembaga.
Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Lembaga.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak,
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang menggantikan Pengerusi menurut subseksyen (3) hendaklah mempunyai undi pemutus.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri apa-apa mesyuarat Lembaga bagi menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya.
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Lembaga boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga.
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa untuk menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Pewakilan fungsi Lembaga
Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat atau sekatan sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut dikenakan, mewakilkan apa-apa fungsinya, kecuali kuasa pewakilan, kepada Penguasa
Angkasa.
Lembaga Angkasa Malaysia 15
Penguasa Angkasa yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.
Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan.
Arahan oleh Menteri
Menteri boleh memberikan arahan kepada Lembaga selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.
Pelantikan Penguasa Angkasa
Menteri hendaklah, atas nasihat Pengerusi, melantik dalam kalangan pegawai awam, seorang Penguasa Angkasa bagi maksud Akta ini.
Penguasa Angkasa hendaklah melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Angkasa hendaklah digunakan bagi tujuan keamanan dan atas sebab ini tiada seorang pun boleh—
meletakkan, memasang, melancarkan atau mengendalikan apa-apa senjata pemusnah besar-besaran di angkasa;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 834
menubuhkan suatu pangkalan tentera, pepasangan dan kubu, melakukan pengujian apa-apa jenis senjata dan menjalankan apa-apa manuver tentera, di angkasa;
melakukan apa-apa aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan perihal selamat mana-mana aktiviti lain yang dilakukan secara sah di angkasa; atau
melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran yang memudaratkan kepada angkasa atau perubahan buruk kepada persekitaran Bumi yang diakibatkan oleh kemasukan sesuatu perkara luar angkasa.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus juta ringgit.
Kehendak lesen
Mana-mana orang yang berniat untuk—
memiliki atau mengendalikan apa-apa kemudahan untuk penyepaduan atau pengujian apa-apa objek angkasa; atau
memiliki atau mengendalikan apa-apa kemudahan pelancar, hendaklah memohon suatu lesen.
Lembaga Angkasa Malaysia 17
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima belas juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit.
Kehendak permit pelancaran
Mana-mana penyedia perkhidmatan pelancaran yang berniat untuk melancarkan suatu objek angkasa ke angkasa dari mana-mana kemudahan pelancar di dalam Malaysia hendaklah memohon suatu permit pelancaran.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi enam puluh juta ringgit.
Kehendak perakuan pelancaran
Mana-mana warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang merupakan seorang, atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan, pemunya suatu objek angkasa dan berniat untuk melancarkan objek angkasa itu ke angkasa dari mana-mana kemudahan pelancar di dalam atau di luar Malaysia hendaklah memohon suatu perakuan pelancaran.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 834
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi enam puluh juta ringgit.
Permohonan bagi lesen, dsb.
Seseorang boleh memohon supaya suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran diberikan kepadanya dengan mengemukakan kepada Lembaga suatu permohonan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan bayaran fi yang ditetapkan.
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa, secara bertulis, sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Dokumen atau maklumat tambahan
Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan di bawah seksyen 19, meminta pemohon untuk memberi Lembaga, dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, apa-apa dokumen atau maklumat tambahan mengenai permohonan itu.
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan atau dalam apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Lembaga, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
Lembaga Angkasa Malaysia 19
Pemberian lesen
Apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah seksyen 19 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah seksyen 20, Lembaga boleh menimbangkan permohonan bagi suatu lesen dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Jika Lembaga berpuas hati bahawa segala kehendak yang ditetapkan bagi permohonan suatu lesen telah dipenuhi, Lembaga boleh memberikan lesen.
Pemberian permit pelancaran
Apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah seksyen 19 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah seksyen 20, Lembaga boleh menimbangkan permohonan bagi suatu permit pelancaran dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Jika Lembaga berpuas hati bahawa segala kehendak yang ditetapkan bagi permohonan suatu permit pelancaran telah dipenuhi,
Lembaga boleh, melalui notis bertulis, menyampaikan kepada pemohon niat Lembaga untuk memberikan permit pelancaran itu tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat bagi insurans di bawah subseksyen (3).
Pemohon bagi permit pelancaran hendaklah menyebabkan diinsuranskan berkenaan dengan apa-apa tanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada pihak ketiga yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa ke angkasa yang dengannya permit pelancaran itu berkaitan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Jika Lembaga berpuas hati bahawa kehendak insurans di bawah subseksyen (3) telah dipenuhi, Lembaga boleh memberikan permit pelancaran.
Pemberian perakuan pelancaran
Apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah seksyen 19 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah seksyen 20, Lembaga boleh menimbangkan permohonan bagi suatu perakuan pelancaran dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 834
Jika Lembaga berpuas hati bahawa segala kehendak yang ditetapkan bagi permohonan suatu perakuan pelancaran telah dipenuhi, Lembaga boleh memberikan perakuan pelancaran.
Syarat lesen, dsb.
Suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang
Lembaga fikirkan patut dikenakan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat-syarat yang dikenakan ke atas suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran.
Bagi maksud suatu permit pelancaran dan perakuan pelancaran, syarat-syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)
bolehlah termasuk syarat-syarat yang berhubungan dengan kemasukan semula objek angkasa.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh
Lembaga di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Syarat tambahan lesen, dsb.
Lembaga boleh pada bila-bila masa—
mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran; atau
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat tambahan yang dikenakan ke atas lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran.
Lembaga Angkasa Malaysia 21
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat tambahan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Tempoh lesen, dsb.
Suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran hendaklah menyatakan tempoh lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran itu.
Kesalahan tambahan berhubung dengan syarat lesen, dsb.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh
Lembaga di bawah seksyen 24 atau mana-mana syarat tambahan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah seksyen 25, dan melalui perbuatan itu—
menyebabkan kehilangan nyawa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima belas juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit;
menyebabkan apa-apa kecederaan atau kecacatan kesihatan kepada mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; atau
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 834
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
menyebabkan kehilangan atau kerosakan kepada apa-apa harta, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Pembaharuan lesen
Suatu lesen boleh dibaharui dari semasa ke semasa oleh pemegang lesen dengan mengemukakan suatu permohonan kepada
Lembaga mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Lembaga boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi pembaharuan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika permohonan bagi pembaharuan lesen diluluskan oleh
Lembaga, lesen itu hendaklah dibaharui apabila fi yang ditetapkan dibayar dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut.
Penyerahan lesen
Seseorang pemegang lesen boleh, melalui notis bertulis, menyerahkan lesennya kepada Lembaga pada bila-bila masa dan mengikut kehendak yang dinyatakan dalam lesen.
Penyerahan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
Lembaga menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh selepas itu dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu.
Lembaga Angkasa Malaysia 23
Penyerahan lesen di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibatalkan melainkan jika Lembaga melalui notis bertulis kepada pemegang lesen membenarkan penyerahan itu ditarik balik sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan lesen itu.
Pemegang lesen hendaklah—
mengambil segala langkah dan memberi segala bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga menurut penyerahan lesen itu; dan
mengemukakan lesen itu kepada Lembaga pada tarikh kuat kuasa penyerahan lesen itu.
Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen, dsb.
Suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran tidak boleh dipindahmilikkan atau diserahhakkan kepada mana-mana orang lain.
Mana-mana pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu juta lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu lesen boleh dipindahmilikkan kepada mana-mana orang lain apabila diberi kuasa oleh Lembaga—
sekiranya Lembaga berpuas hati bahawa orang yang kepadanya lesen itu hendak dipindahmilikkan mempunyai sumber kewangan dan teknikal yang perlu untuk mematuhi syarat atau syarat tambahan lesen itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 834
Penggantungan atau pembatalan lesen, dsb.
pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau syarat atau syarat tambahan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran;
pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;
pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, melebihi dua tahun; atau
penggantungan atau pembatalan itu adalah demi kepentingan awam, keselamatan negara atau hubungan antarabangsa.
Penggantungan atau pembatalan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran itu.
Penyiaran penggantungan atau pembatalan lesen, dsb.
Apabila penggantungan atau pembatalan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran berkuat kuasa,
Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyebabkan penggantungan atau pembatalan itu disiarkan dalam laman sesawang rasmi Lembaga sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Lembaga Angkasa Malaysia 25
Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan itu tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan itu.
Rayuan
Mana-mana orang yang terkilan—
dengan keengganan Lembaga untuk memberikan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran; atau
dengan penggantungan atau pembatalan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancarannya, boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keengganan, penggantungan atau pembatalan itu, membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan itu kepada
Menteri.
Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu.
Kajian semula lesen
Penguasa Angkasa atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan kajian semula terhadap suatu lesen untuk menentukan kepatuhan pemegang lesen—
kepada Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
Penguasa Angkasa atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan kajian semula di bawah seksyen ini.
Penguasa Angkasa atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1) hendaklah menyediakan dan mengemukakan suatu laporan kajian semula itu kepada Lembaga mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 834
Pegawai Keselamatan Pelancaran
Penguasa Angkasa hendaklah melantik dalam kalangan pegawai diberi kuasa seorang Pegawai Keselamatan Pelancaran untuk menentukan kepatuhan pemegang permit pelancaran—
kepada Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
Bagi maksud subseksyen (1), Pegawai Keselamatan Pelancaran hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya dan secara khususnya dia boleh—
memeriksa, dengan notis bertulis terlebih dahulu kepada pemegang permit pelancaran, suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar;
mengarahkan pemegang permit pelancaran atau mana-mana pekerja, ejen atau kontraktor pemegang permit pelancaran untuk memberi apa-apa maklumat atau bantuan; dan
memberi apa-apa arahan kepada pemegang permit pelancaran berhubung dengan pelancaran objek angkasa ke angkasa atau kemasukan semula objek angkasa yang dia fikirkan perlu untuk mengelak apa-apa bahaya kepada kesihatan awam atau kepada mana-mana orang atau apa-apa harta, termasuk arahan untuk menghentikan pelancaran atau kemasukan semula, atau memusnahkan, objek angkasa itu.
Mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, yang objek angkasa dipunyainya telah dilancarkan ke orbit bumi atau melepasinya dari suatu kemudahan pelancar di dalam atau di luar Malaysia hendaklah mendaftarkan objek angkasa itu dengan Penguasa Angkasa mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Lembaga Angkasa Malaysia 27
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Pemberitahuan perubahan berhubung dengan objek angkasa
Mana-mana pemunya yang objek angkasanya telah didaftarkan di bawah seksyen 36 hendaklah memberitahu Penguasa
Angkasa sekiranya—
terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir yang diberikan mengenai objek angkasa itu bagi maksud pendaftaran.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Daftar objek angkasa
Penguasa Angkasa hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar objek angkasa yang didaftarkan di bawah subseksyen 36(1) mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Penguasa Angkasa boleh, apabila suatu pemberitahuan diberikan di bawah seksyen 37 atau atas kehendaknya sendiri, memotong nama dan butir-butir objek angkasa daripada daftar atau meminda butir-butir objek angkasa itu di dalam daftar.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 834
Daftar boleh dijadikan tersedia bagi orang awam untuk diperiksa mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Penguasa Angkasa.
Tanggungan mutlak
Seseorang penyedia perkhidmatan pelancaran hendaklah bertanggungan secara mutlak bagi apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran suatu objek angkasa dari suatu kemudahan pelancar di dalam Malaysia.
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah bertanggungan secara mutlak bagi apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasanya dari kemudahan pelancar di luar Malaysia.
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah bertanggungan secara mutlak bagi apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pengendalian objek angkasanya yang telah dilancarkan ke orbit bumi atau melepasinya.
Obligasi untuk menanggung rugi Kerajaan
Seseorang penyedia perkhidmatan pelancaran hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa dari kemudahan pelancar di dalam Malaysia.
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasanya dari kemudahan pelancar di luar Malaysia.
Lembaga Angkasa Malaysia 29
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pengendalian objek angkasanya yang telah dilancarkan ke orbit bumi atau melepasinya.
Apa-apa tanggung rugi yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) boleh dituntut sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan.
Penemuan objek angkasa, dsb., dan personel, dsb., kapal angkasa
Mana-mana orang yang menemukan apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu merupakan suatu objek angkasa atau objek yang berasal dari angkasa, atau orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu merupakan personel atau penumpang suatu kapal angkasa, hendaklah memberitahu Penguasa Angkasa atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai penemuannya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Mengusik, dsb., objek angkasa, dsb.
Mana-mana orang yang menemukan apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu merupakan suatu objek angkasa atau objek yang berasal dari angkasa tidak boleh mengusik, mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan objek itu kecuali jika perlu berbuat demikian bagi mencegah bahaya terdekat kepada keselamatan nyawa atau harta.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 834
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Pemberitahuan insiden dan kemalangan
Seseorang pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran hendaklah dengan segera memberitahu Penguasa Angkasa mengenai apa-apa insiden atau kemalangan berkenaan dengan objek angkasa atau kemudahan pelancar yang dengannya lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran itu berkaitan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Pelantikan penyiasat
Bagi maksud Bahagian ini, Menteri hendaklah melantik secara bertulis apa-apa bilangan penyiasat untuk menjalankan penyiasatan tentang insiden atau kemalangan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini.
Lembaga Angkasa Malaysia 31
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh dilantik sebagai seorang penyiasat tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri.
Penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1), selain seorang penyiasat yang dilantik dalam kalangan pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (3), hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Penyiasatan yang dijalankan di bawah Bahagian ini hendaklah bagi maksud mencegah suatu insiden atau kemalangan pada masa hadapan dan bukannya bagi maksud menentukan kesalahan atau tanggungan.
Jagaan selamat objek angkasa, dsb.
Penguasa Angkasa hendaklah, dengan seberapa segera setelah maklumat berkenaan dengan suatu insiden atau kemalangan diketahuinya, mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan jagaan selamat objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara insiden atau kemalangan itu, atau apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan insiden atau kemalangan itu sehingga penyiasat dilantik untuk menjalankan penyiasatan tentang insiden atau kemalangan di bawah seksyen 44.
Apabila penyiasat dilantik di bawah seksyen 44, adalah menjadi kewajipan penyiasat untuk mengekalkan jagaan selamat objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara insiden atau kemalangan itu, atau apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan insiden atau kemalangan itu.
Apabila penyiasat itu menentukan bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu tidak lagi diperlukan bagi maksud penyiasatan, penyiasat itu hendaklah melepaskan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu kepada pemunya atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemunya untuk mengambil jagaan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 834
Mana-mana orang yang mengusik, mengalih, merosakkan atau memusnahkan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain dalam jagaan Penguasa Angkasa atau seseorang penyiasat melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
Lesen, dsb., disifatkan digantung sekiranya berlaku kemalangan
Sekiranya berlaku suatu kemalangan, lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang diberikan berkenaan dengan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara kemalangan itu, hendaklah disifatkan digantung bagi suatu tempoh dari tarikh kemalangan sehingga tarikh Lembaga membatalkan penggantungan itu.
Jika lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran disifatkan digantung di bawah subseksyen (1), lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran tidak akan berkuat kuasa semasa tempoh penggantungan.
Penggantungan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran di bawah subseksyen (1) tidak menjejaskan tarikh habis tempoh lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran itu.
Lembaga boleh membatalkan atau mengubah syarat lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang digantung di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun seksyen 31, Lembaga boleh membatalkan lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran yang digantung di bawah subseksyen (1).
Lembaga Angkasa Malaysia 33
Pemberikuasaan pegawai awam
Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kad kuasa
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang ditandatangani oleh Menteri.
Bilamana pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah
Akta ini.
Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana tapak, premis atau kenderaan telah digunakan dalam; atau
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 834
terdapat keterangan di mana-mana tapak, premis atau kenderaan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki tapak, premis atau kenderaan itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—
salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau membayangkan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang diberikan di bawah Akta ini;
apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti atau bahan lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di tapak, premis atau kenderaan itu.
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Lembaga Angkasa Malaysia 35
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Sekiranya, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam atau di tapak, premis atau kenderaan yang di dalamnya ia dijumpai.
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau mengalihkan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai diberi kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 50 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki tapak, premis atau kenderaan itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan tapak, premis atau kenderaan itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 50 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 834
Senarai objek angkasa, dsb., yang disita
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada pemunya atau orang yang mengawal atau menjaga tapak, premis atau kenderaan yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerja pemunya atau orang itu, di tapak, premis atau kenderaan.
Kos memegang objek angkasa, dsb., yang disita
Jika apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang telah disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.
Pelepasan objek angkasa, dsb., yang disita
Jika apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan telah disita di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa, boleh pada bila-bila masa, selepas merujuk kepada Penguasa Angkasa, melepaskan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang diputuskannya sebagai berhak secara sah kepada objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer,
Lembaga Angkasa Malaysia 37
papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu jika dia berpuas hati bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah
Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada Penguasa Angkasa secepat yang dapat dilaksanakan.
Pelucuthakan objek angkasa, dsb., yang disita
Apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 834
berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini, objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah diambil kira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dipegang bahawa dia menuntut objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu.
Lembaga Angkasa Malaysia 39
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi keputusannya.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujuk di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disebut dalam subseksyen (6) ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret itu hendaklah memerintahkan supaya objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Penguasa Angkasa dan hendaklah dilupuskan dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Penguasa Angkasa.
Hak harta mengenai objek angkasa, dsb., yang dilucuthakkan
Apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 834
Akses kepada data berkomputer
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Lembaga Angkasa Malaysia 41
Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan atau tidak.
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 834
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan orang tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan suatu kawad cam atau tergolong dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah
Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Kuasa tambahan
Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perkara yang berikut:
menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain dan untuk meneliti, memeriksa dan menyalin apa-apa daripadanya;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini; dan
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Lembaga Angkasa Malaysia 43
Mana-mana orang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Halangan
Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu, atau enggan memberi akses ke mana-mana tapak, premis, kenderaan atau data berkomputer kepada, Penguasa
Angkasa, pegawai diberi kuasa, Pegawai Keselamatan Pelancaran atau penyiasat dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, Penguasa Angkasa, pegawai diberi kuasa, Pegawai Keselamatan Pelancaran dan penyiasat bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa pelakuan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa,
Penguasa Angkasa, pegawai diberi kuasa, Pegawai
Keselamatan Pelancaran dan penyiasat atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya di bawah Akta ini,
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 834
jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.
Pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa k e s a l a h a n d i b a w a h A k t a i n i a t a u m a n a - m a n a peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Penyampaian dokumen
Penyampaian suatu dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—
dengan menghantar serah dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang anggota keluarganya yang dewasa di tempat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;
dengan meninggalkan dokumen itu di tempat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
dengan menghantar dokumen itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediamannya atau tempat perniagaannya yang lazim atau yang terakhir diketahui.
Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis—
hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan perihalan “pemunya” atau
“penghuni” premis itu; dan
dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu; atau
jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu boleh dengan usaha yang munasabah dihantarserahkan, dengan pengiklanan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar tempatan.
Lembaga Angkasa Malaysia 45
Percubaan dan persubahatan
Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau bersubahat dalam pelakuan kesalahan itu, boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Tanggungan pengarah, dsb., pertubuhan perbadanan
Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa kelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 834
Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.
Pengkompaunan kesalahan
Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun;
Pengerusi boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengerusi suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Lembaga Angkasa Malaysia 47
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengerusi, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan atau dilepaskan oleh Pengerusi, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pengerusi.
Pengecualian
Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau mana-mana golongan orang daripada mana-mana atau semua peruntukan
Akta ini.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan cara bagi permohonan lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran;
untuk menetapkan kehendak bagi pemberian lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran termasuk kehendak yang berhubungan dengan sumber kewangan dan teknikal;
untuk menetapkan fi yang perlu dibayar di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 834
untuk menetapkan cara bagi tanggungan untuk apa-apa kerosakan yang berbangkit daripada pelancaran suatu objek angkasa diinsuranskan;
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Peruntukan peralihan
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, sedang menjalankan aktiviti yang baginya kehendak lesen di bawah Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini.
Sementara menunggu penentuan permohonan itu, orang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.
Mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, yang objek angkasa kepunyaannya telah dilancarkan ke dalam orbit bumi atau melepasinya daripada kemudahan pelancar di dalam atau di luar Malaysia sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, mendaftarkan objek angkasa itu dengan Penguasa Angkasa mengikut Akta ini.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.