Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“angkasa” ertinya ruang yang bermula daripada ketinggian seratus kilometer atas aras laut purata;
“insiden” ertinya apa-apa kejadian yang berkaitan dengan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan keselamatan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar, atau yang melibatkan hal keadaan yang suatu kemalangan hampir berlaku;
“kemalangan” ertinya apa-apa kejadian yang berkaitan dengan suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar yang menyebabkan kerosakan, termasuk kejatuhan atau keruntuhan, atau pelanggaran atau letupan, suatu objek angkasa atau kemudahan pelancar;
“kemudahan pelancar” ertinya apa-apa pelantar pelancar, pelabuhan angkasa, platform laut atau struktur lain atau apa-apa kapal, kapal udara atau kenderaan lain, yang darinya suatu objek angkasa boleh dilancarkan ke angkasa, termasuk apa-apa peralatan atau pepasangan di pelantar pelancar, pelabuhan angkasa, platform laut atau struktur lain itu atau di atas kapal, kapal udara atau kenderaan lain itu, yang diperlukan untuk melancarkan suatu objek angkasa ke angkasa;
“kerosakan” ertinya kehilangan nyawa, apa-apa kecederaan atau kecacatan kesihatan kepada mana-mana orang, atau kehilangan atau kerosakan kepada apa-apa harta;
“Lembaga” ertinya Lembaga Angkasa Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah