Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Apabila penyiasat dilantik di bawah seksyen 44, adalah menjadi kewajipan penyiasat untuk mengekalkan jagaan selamat objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara insiden atau kemalangan itu, atau apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan insiden atau kemalangan itu.
(3)
Apabila penyiasat itu menentukan bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu tidak lagi diperlukan bagi maksud penyiasatan, penyiasat itu hendaklah melepaskan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu kepada pemunya atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemunya untuk mengambil jagaan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 834
(4)
Mana-mana orang yang mengusik, mengalih, merosakkan atau memusnahkan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain dalam jagaan Penguasa Angkasa atau seseorang penyiasat melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
Lesen, dsb., disifatkan digantung sekiranya berlaku kemalangan