Malaysia legislation

Section 50

of AKTA LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2022

Seksyen 50

(a)

mana-mana tapak, premis atau kenderaan telah digunakan dalam; atau

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 834

(b)

terdapat keterangan di mana-mana tapak, premis atau kenderaan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki tapak, premis atau kenderaan itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—

(a)

salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;

(b)

mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau membayangkan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran yang diberikan di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa objek angkasa atau kemudahan pelancar; atau

(d)

apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti atau bahan lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di tapak, premis atau kenderaan itu.

(4)

Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

Lembaga Angkasa Malaysia 35

(5)

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

(6)

Sekiranya, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam atau di tapak, premis atau kenderaan yang di dalamnya ia dijumpai.

(7)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau mengalihkan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran