Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2022

Seksyen 6

(a)

untuk menasihati Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini;

(b)

untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini;

(c)

untuk melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen atau triti yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini;

(d)

untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan bagi maksud

Akta ini; dan

(e)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Lembaga di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi