Malaysia legislation

Section 72

of AKTA LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2022

Seksyen 72

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan cara bagi permohonan lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran;

(b)

untuk menetapkan kehendak bagi pemberian lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran termasuk kehendak yang berhubungan dengan sumber kewangan dan teknikal;

(c)

untuk menetapkan fi yang perlu dibayar di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 834

(d)

untuk menetapkan cara permohonan bagi pembaharuan lesen;

(e)

untuk menetapkan cara pendaftaran objek angkasa;

(f)

untuk menetapkan cara bagi tanggungan untuk apa-apa kerosakan yang berbangkit daripada pelancaran suatu objek angkasa diinsuranskan;

(g)

untuk menetapkan cara penyiasatan tentang insiden dan kemalangan dijalankan.

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Peruntukan peralihan