Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Caruman
(2)
Jika suami tidak memilih untuk membayar caruman itu atau jika suri rumah itu tidak mempunyai suami, caruman berkenaan dengan seseorang suri rumah boleh dibayar oleh suri rumah itu sendiri kepada Pertubuhan sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar terlebih dahulu kepada Pertubuhan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga berdasarkan amaun pendapatan bulanan anggapan suri rumah yang diinsuranskan di bawah Akta ini.
(4)
Caruman yang kena dibayar kepada Pertubuhan bagi suri rumah hendaklah dibayar terlebih dahulu bagi dua belas bulan berturut-turut untuk memenuhi tempoh caruman itu.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), caruman yang kena dibayar itu boleh dibuat terlebih dahulu bagi dua belas bulan berturut-turut yang berikutnya mengikut cara dan berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar oleh atau bagi pihak suri rumah dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan.
(6)
Semua caruman yang dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh dibayar balik.
(7)
Menteri boleh mengkaji semula kadar caruman dan pendapatan bulanan anggapan selepas mengambil kira kemampanan dana
Kumpulan Wang termasuklah tempoh caruman.
(8)
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2)
mempunyai majikan, Pertubuhan boleh, atas permintaan orang itu, mengarahkan majikan untuk memotong caruman yang kena dibayar di bawah seksyen ini, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
22
Undang-Undang Malaysia
(9)
Majikan yang telah diarahkan arahan di bawah subseksyen (8)
hendaklah mematuhi arahan itu.
(10)
Caruman yang kena dibayar berkenaan dengan suri rumah berinsurans hendaklah terhenti apabila suri rumah itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(11)
Seorang suami yang tidak membayar caruman berkenaan dengan suri rumah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(12)
Walau apa pun subseksyen (11), jika suami itu tidak berupaya untuk membayar caruman yang dia telah memilih untuk membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan, atau kerana apa-apa sebab lain, suami itu hendaklah memaklumkan kepada Pertubuhan enam puluh hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(13)
Seorang majikan yang gagal atau cuai untuk melaksanakan arahan Pertubuhan di bawah subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penerusan pelindungan