/akn/my/act/act/2022/838

*AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2022
Sections
106
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022 is Malaysia Act, cited as Act 838 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 Dis 2022, P.U.(B) 509/2022] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 3

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

“anak” ertinya anak bagi suri rumah berinsurans yang mati—

(a)

yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan termasuklah—

Suggest a correction

(i)

anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan

(ii)

anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;

“bencana domestik” ertinya kecederaan diri pada suri rumah berinsurans yang disebabkan oleh suatu kejadian berakibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya termasuklah ahli keluarganya dan bukan bagi apa-apa perusahaan, perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan olehnya;

“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada

Pertubuhan, oleh atau bagi pihak seorang suri rumah mengikut Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 11

“hilang upaya kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal yang disebabkan oleh suatu bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana domestik itu;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri

Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan

Sosial Pekerja (Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial

Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 52;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial

Pekerja 1969;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“orang tanggungan” ertinya—

Suggest a correction

(b)

suami suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia; atau

Suggest a correction

(c)

ibu bapa suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia;

12

Undang-Undang Malaysia

“pegawai dan pekhidmat Pertubuhan” ertinya pegawai dan pekhidmat Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 59L

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“Pemeriksa” ertinya seorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 12 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan termasuklah Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua

Pengarah;

“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“suri rumah” ertinya mana-mana perempuan, sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin, yang menguruskan rumah tangga, atas dasar sepenuh masa atau tidak, dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

seorang isteri, janda atau balu yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau

Suggest a correction

(b)

seorang ibu kepada seorang anak atau lebih termasuklah ibu tunggal;

“suri rumah berinsurans” ertinya mana-mana suri rumah yang telah berdaftar di bawah seksyen 14 yang berkenaan dengannya caruman telah dibayar mengikut Akta ini;

“tempoh caruman” ertinya suatu tempoh dua belas bulan berturut-turut atau apa-apa tempoh lain berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar terlebih dahulu oleh atau bagi pihak seorang suri rumah dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 13

“tempoh pelindungan” berhubung dengan keilatan dan bagi maksud seksyen 36 ertinya—

Suggest a correction

(a)

tempoh dua puluh bulan bagi dua belas bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans;

Suggest a correction

(b)

tempoh empat puluh bulan bagi dua puluh empat bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans; atau

Suggest a correction

(c)

tempoh yang caruman telah dibayar berkenaan dengan suri rumah bagi tidak kurang daripada dua per tiga daripada bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis keilatan, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuklah mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);

“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 65.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Skim ini hendaklah ditadbir oleh Pertubuhan.

14

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud mentadbir Skim ini, Pertubuhan hendaklah meletakhakkan pada Lembaga apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atas Lembaga apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan hendaklah menjadi

Timbalan Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh melantik seorang atau lebih Timbalan Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Jika bagi apa-apa tempoh Ketua Pengarah tiada buat sementara di Malaysia atau menjadi tidak berupaya buat sementara kerana sakit, atau kerana apa-apa sebab lain tidak dapat melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah menjadi kosong,

Menteri hendaklah melantik seorang daripada Timbalan Ketua

Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah dalam tempoh itu.

Suggest a correction

(5)

Terma dan syarat perkhidmatan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah ditentukan oleh

Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Kuasa Pertubuhan untuk memegang harta, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Keselamatan Sosial Suri Rumah 15

Suggest a correction

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Pertubuhan.

Penjalanan fungsi dan kuasa Pertubuhan

Suggest a correction

Seksyen 7

Akta ini—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan apa-apa kuasa dan fungsinya tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya kepada Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

JAWATANKUASA

Suggest a correction

Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fungsi Jawatankuasa adalah untuk menasihati Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan Skim termasuklah caruman, faedah dan perkara yang berhubungan dengan pelaburan

Kumpulan Wang.

Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

16

Undang-Undang Malaysia

(a)

Pengerusi Jawatankuasa yang hendaklah bukan mana-mana ahli Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;

Suggest a correction

(d)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

Suggest a correction

(e)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat;

Suggest a correction

(f)

tidak lebih daripada dua orang anggota yang mewakili kepentingan suri rumah yang hendaklah dilantik oleh

Menteri;

Suggest a correction

(g)

tidak lebih daripada dua orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang munasabah dalam perkara yang berhubungan dengan kesejahteraan dan pemulihan suri rumah, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota

Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(a), (f) dan (g).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (3)(a), (f) atau (g) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.

Suggest a correction

(6)

Anggota Jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Anggota

Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(a), (f) atau (g) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang

Keselamatan Sosial Suri Rumah 17

dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(8)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap tahun.

Suggest a correction

(9)

Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah lima orang termasuk pengerusi mesyuarat.

Suggest a correction

(10)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(11)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Suggest a correction

(12)

Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(13)

Pertubuhan hendaklah melantik seorang setiausaha dan penolong setiausaha kepada Jawatankuasa yang hendaklah daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.

Penubuhan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

18

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dipengerusikan oleh pengerusi yang dilantik oleh

Lembaga;

Suggest a correction

(b)

hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.

Suggest a correction

(8)

Seorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada

Pengerusi Lembaga.

Suggest a correction

(9)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(10)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi jawatankuasa.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 19

Suggest a correction

(11)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(12)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Ketidaklayakan pelantikan sebagai anggota Jawatankuasa

Keselamatan Sosial Suri Rumah atau jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai atau menjadi anggota Jawatankuasa, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9:

(a)

seorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, penipuan, pecah amanah jenayah, penggelapan harta jenayah atau apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan atau keburukan akhlak dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit;

Suggest a correction

(c)

seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan fungsinya.

Pemberhentian keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan Sosial

Suri Rumah atau jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Seseorang anggota Jawatankuasa, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, hendaklah terhenti menjadi seorang anggota jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Jawatankuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

20

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 12

Penzahiran kepentingan

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa, atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mempunyai apa-apa kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan kepada Pengerusi Jawatankuasa atau jawatankuasa yang sewajarnya jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu dan anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mengikut mana-mana yang berkenaan, tentang perkara itu.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PELAKSANAAN, PENDAFTARAN DAN CARUMAN

Suggest a correction

Pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan boleh menjalankan apa-apa program atau aktiviti, atau kerjasama dengan mana-mana orang bagi maksud—

(a)

melaksanakan Skim termasuklah bagi bayaran caruman di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mana-mana suri rumah.

Pendaftaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana suri rumah, suami atau mana-mana orang lain boleh mendaftar suri rumah itu dengan Pertubuhan bagi Skim mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 21

Seksyen 15

Caruman

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suami tidak memilih untuk membayar caruman itu atau jika suri rumah itu tidak mempunyai suami, caruman berkenaan dengan seseorang suri rumah boleh dibayar oleh suri rumah itu sendiri kepada Pertubuhan sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar terlebih dahulu kepada Pertubuhan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga berdasarkan amaun pendapatan bulanan anggapan suri rumah yang diinsuranskan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Caruman yang kena dibayar kepada Pertubuhan bagi suri rumah hendaklah dibayar terlebih dahulu bagi dua belas bulan berturut-turut untuk memenuhi tempoh caruman itu.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), caruman yang kena dibayar itu boleh dibuat terlebih dahulu bagi dua belas bulan berturut-turut yang berikutnya mengikut cara dan berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar oleh atau bagi pihak suri rumah dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(6)

Semua caruman yang dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh dibayar balik.

Suggest a correction

(7)

Menteri boleh mengkaji semula kadar caruman dan pendapatan bulanan anggapan selepas mengambil kira kemampanan dana

Kumpulan Wang termasuklah tempoh caruman.

Suggest a correction

(8)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2)

mempunyai majikan, Pertubuhan boleh, atas permintaan orang itu, mengarahkan majikan untuk memotong caruman yang kena dibayar di bawah seksyen ini, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

22

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(9)

Majikan yang telah diarahkan arahan di bawah subseksyen (8)

hendaklah mematuhi arahan itu.

Suggest a correction

(10)

Caruman yang kena dibayar berkenaan dengan suri rumah berinsurans hendaklah terhenti apabila suri rumah itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(11)

Seorang suami yang tidak membayar caruman berkenaan dengan suri rumah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(12)

Walau apa pun subseksyen (11), jika suami itu tidak berupaya untuk membayar caruman yang dia telah memilih untuk membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan, atau kerana apa-apa sebab lain, suami itu hendaklah memaklumkan kepada Pertubuhan enam puluh hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(13)

Seorang majikan yang gagal atau cuai untuk melaksanakan arahan Pertubuhan di bawah subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penerusan pelindungan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika suri rumah berinsurans dan suami bercerai;

Suggest a correction

(b)

dalam keadaan berlaku kematian suami itu; atau

Keselamatan Sosial Suri Rumah 23

Suggest a correction

(c)

dalam keadaan suami itu tidak berupaya untuk membayar caruman yang dia telah memilih untuk membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan, atau kerana apa-apa sebab lain.

Suggest a correction

(2)

Apabila tamat tempoh caruman yang disebut dalam subseksyen (1), suri rumah itu hendaklah mempunyai pilihan untuk meneruskan pembayaran caruman kepada Pertubuhan mengikut subseksyen 15(2).

Bukti perkahwinan

Suggest a correction

Seksyen 17

Akta ini sehingga tamat tempoh caruman itu—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki mana-mana suri rumah untuk mengemukakan bukti perkahwinan dan merujuk apa-apa maklumat atau pertanyaan kepada mana-mana pihak berkuasa atau pihak yang relevan dengan status perkahwinan suri rumah itu.

Penentuan aktiviti yang berhubungan dengan pengurusan rumah tangga

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua tuntutan bagi faedah berhubung dengan bencana domestik, hendaklah bencana yang dialami dalam tempoh caruman dan Pertubuhan hendaklah menolak tuntutan itu jika bencana domestik itu bukan dalam tempoh caruman.

Suggest a correction

(3)

Semua tuntutan bagi faedah berhubung dengan keilatan, hendaklah keilatan yang dihidap dalam tempoh pelindungan dan

24

Undang-Undang Malaysia

Pertubuhan hendaklah menolak tuntutan itu jika keilatan yang dihidap bukan dalam tempoh pelindungan.

Kuasa untuk melantik ejen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memaklumkan kepada Pertubuhan waktu dan tarikh sebenar bayaran caruman dibuat oleh atau bagi pihak suri rumah berinsurans.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana ejen yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini hendaklah dibuat—

(a)

dalam hal bencana domestik, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh bencana domestik itu; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal keilatan, dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh suri rumah berinsurans itu menjadi ilat.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 25

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini, kejadian yang berkaitan dengan tuntutan itu hendaklah berlaku di dalam

Malaysia.

Kelulusan tuntutan bagi faedah

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal bencana domestik, tarikh berlakunya bencana domestik itu telah diperakukan oleh Pertubuhan adalah dalam tempoh dua belas bulan sebelum tuntutan itu dibuat;

atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal keilatan, tarikh suri rumah berinsurans itu menjadi ilat telah diperakukan oleh penilai perubatan atau

Jemaah Doktor Rayuan adalah dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pertubuhan boleh meluluskan tuntutan itu jika Pertubuhan mendapati bahawa terdapat alasan munasabah untuk meluluskan tuntutan itu yang tarikh berlakunya bencana domestik atau tarikh suri rumah menjadi ilat adalah tidak mengikut subseksyen (1).

Faedah

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(c)

elaun layanan sentiasa;

26

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(2)

Tertakluk pada Akta ini, suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhak kepada faedah keilatan seperti yang berikut:

Suggest a correction

(3)

Sekiranya suri rumah berinsurans mengalami kegagalan ginjal tahap akhir, Pertubuhan boleh memberikan bantuan kewangan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

Suggest a correction

(4)

Seseorang orang tanggungan tidak berhak kepada apa-apa faedah di bawah Akta ini jika Pertubuhan mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa suri rumah berinsurans mati akibat keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh orang tanggungan itu atau apa-apa perbuatan atau peninggalan dengan niat oleh atau bagi pihak orang tanggungan itu, dan hak orang tanggungan itu tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana orang tanggungan lain.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), “keganasan rumah tangga” ertinya perlakuan satu atau lebih perbuatan yang berikut:

(a)

menyebabkan kecederaan fizikal kepada suri rumah berinsurans dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

Suggest a correction

(b)

memaksa suri rumah berinsurans dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau

Keselamatan Sosial Suri Rumah 27

perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, yang suri rumah berinsurans itu berhak tidak melakukan;

Suggest a correction

(c)

mengurung atau menahan suri rumah berinsurans tanpa kerelaan suri rumah berinsurans itu;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada suri rumah berinsurans itu;

Suggest a correction

(e)

menyebabkan suri rumah berinsurans mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan suri rumah berinsurans itu atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Faedah perubatan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Faedah perubatan itu boleh diberikan sama ada dalam bentuk rawatan dan layanan pesakit luar di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain atau dengan lawatan ke rumah suri rumah berinsurans atau rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau institusi lain.

Suggest a correction

(3)

Tiada faedah perubatan boleh diberikan kepada seorang suri rumah berinsurans bagi keilatan di bawah Akta ini melainkan jika faedah perubatan itu telah diberikan kepada suri rumah berinsurans disebabkan oleh suatu bencana domestik yang kemudiannya mengakibatkan keilatan itu.

Skala faedah perubatan

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang suri rumah berinsurans tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa rawatan perubatan kecuali sebagaimana yang diberikan oleh suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diuntukkannya oleh Pertubuhan, atau sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi hak kepada suri rumah berinsurans untuk menuntut bayaran ganti daripada

Pertubuhan bagi apa-apa belanja yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa rawatan perubatan, kecuali sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud bayaran dan bayaran ganti faedah perubatan,

Pertubuhan boleh meminta daripada hospital, dispensari, klinik atau institusi lain untuk memberikan rekod perubatan dan penyata statistik mana-mana suri rumah berinsurans.

Faedah hilang upaya kekal

Suggest a correction

Seksyen 25

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), sekiranya hilang upaya kekal itu telah ditaksir oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, faedah itu hendaklah boleh dibayar bagi tempoh caruman itu.

Bayaran faedah hilang upaya kekal

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Sekiranya kehilangan kebolehan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga disebabkan oleh bencana domestik telah ditaksir oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan mengikut peratusan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Kedua, suri rumah berinsurans hendaklah menerima bayaran sekali gus sehingga amaun maksimum mengikut ruang keempat Jadual Kedua.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 29

Seksyen 27

Pembayaran faedah apabila suri rumah berinsurans mati

Open as pageSuggest a correction

Jika suri rumah berinsurans telah mengemukakan suatu tuntutan bagi faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran di bawah Akta ini dan mati selepas tuntutannya diluluskan oleh Pertubuhan tetapi sebelum pembayaran faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran dibuat kepadanya, hendaklah tiada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran, mana-mana yang berkaitan, yang kena dibayar kepada benefisiari atau harta pusaka suri rumah berinsurans yang mati itu atau orang tanggungannya.

Seksyen 28

Kejadian semasa terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam perjalanan atau persediaan untuk melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang; atau

Suggest a correction

(b)

telah melakukan, bersubahat atau terlibat dalam suatu perbuatan menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pertubuhan mempunyai hak untuk menggantung apa-apa tuntutan bagi faedah atau bayaran bagi faedah sehingga tempoh enam bulan maksimum untuk menyiasat aktiviti itu sebelum membuat apa-apa penentuan bagi penolakan itu.

Suggest a correction

(3)

Pertubuhan boleh menggantung selanjutnya apa-apa tuntutan bagi faedah atau bayaran bagi faedah jika Pertubuhan menjumpai apa-apa keterangan baharu bagi siasatan lanjut bagi perkara itu dan membuat penentuan sewajarnya.

30

Undang-Undang Malaysia

Faedah pengurusan mayat

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(b)

anak lelaki atau anak angkat lelaki yang tertua sekali yang masih takat;

Suggest a correction

(c)

anak perempuan atau anak angkat perempuan yang tertua sekali yang masih takat; atau

Suggest a correction

(d)

ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi faedah pengurusan mayat).

Suggest a correction

(2)

Jika tiada orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan 1(a), (b), (c), atau (d), mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat hendaklah dibayar belanja pengurusan mayat suri rumah berinsurans yang telah mati atau amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang lebih kurang.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), keputusan Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam soal orang yang kepadanya bayaran faedah pengurusan mayat adalah muktamad.

Elaun layanan sentiasa

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), bayaran elaun layanan sentiasa kepada seorang suri rumah berinsurans hendaklah terhenti apabila dia mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(3)

Kewujudan darjah kehilangan upaya yang melayakkan suri rumah berinsurans bagi suatu elaun layanan sentiasa hendaklah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada tuntutan elaun layanan sentiasa bulanan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, suri rumah berinsurans berhak untuk menerima hanya satu elaun layanan sentiasa bulanan.

Elaun keuzuran

Suggest a correction

Seksyen 31

Keselamatan Sosial Suri Rumah 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada elaun keuzuran di bawah Akta ini dan pencen ilat atau faedah yang serupa di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi keadaan keuzuran yang sama, suri rumah berinsurans berhak untuk memilih hanya satu faedah, sama ada elaun keuzuran atau pencen ilat atau faedah lain yang seumpamanya.

Suri rumah berinsurans menghidap keilatan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

sesuatu keadaan keuzuran hendaklah disifatkan sebagai berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati;

Suggest a correction

(b)

seseorang suri rumah berinsurans hendaklah disifatkan sebagai tidak berupaya mengambil bahagian dalam sebahagian besar aktiviti seorang suri rumah, jika oleh sebab keadaan uzur tertentunya kerana sakit atau kelemahan itu, dia tidak lagi berupaya menjalankan apa-apa aktiviti seorang suri rumah yang bersamaan dengan kekuatan dan tenaganya yang mungkin boleh dilakukan secara munasabah olehnya; atau

Suggest a correction

(c)

dalam menentukan sama ada seseorang suri rumah berinsurans menghidap keilatan, perkiraan hendaklah diberi tentang apa-apa kepulihan kekal mengenai keadaan keilatannya yang berhasil atau dijangka berhasil daripada apa-apa langkah pemulihan jasmani yang mungkin diberi kepadanya tanpa kos oleh Pertubuhan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika suri rumah berinsurans diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan sebagai ilat sebelum apa-apa tempoh pelindungan, suri rumah berinsurans adalah tidak berhak kepada apa-apa elaun keuzuran.

Kelayakan suri rumah berinsurans bagi elaun keuzuran

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika keilatan suri rumah berinsurans telah bermula lebih awal dari tarikh notis keilatan diterima oleh Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan, tarikh notis keilatan diterima oleh Pertubuhan, hendaklah menjadi tarikh bermulanya keilatannya.

Suggest a correction

(3)

Jika suri rumah berinsurans telah mengemukakan notis keilatan dan notis itu telah ditolak oleh Pertubuhan atas alasan keilatan tidak dihidap dalam tempoh pelindungan dan selepas itu suri rumah berinsurans mengemukakan notis keilatan yang berikutnya, tarikh notis keilatan yang berikut itu yang diterima oleh Pertubuhan hendaklah dianggap, bagi maksud subseksyen (2), sebagai tarikh dia mengemukakan notis keilatan.

Bayaran elaun keuzuran

Suggest a correction

Seksyen 34

Keselamatan Sosial Suri Rumah 33

Open as pageSuggest a correction

(b)

suri rumah berinsurans mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(2)

Kadar harian elaun keuzuran hendaklah merupakan amaun kadar bulanan elaun keuzuran yang dibayar atau kena dibayar kepada suri rumah berinsurans, dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan elaun keuzuran itu terakru atau keilatan itu terhenti atau suri rumah berinsurans mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Kadar elaun keuzuran

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

“pendapatan bulanan anggapan” merujuk kepada purata pendapatan bulanan anggapan yang bersamaan dengan dua belas bulan caruman bulanan yang akhir berkenaan dengan suri rumah berinsurans yang telah dibayar sebaik sebelum bulan yang dia mengemukakan notis keilatan mengikut peraturan-peraturan; dan

Suggest a correction

(b)

pendapatan bulanan anggapan yang bersamaan dengan caruman bulanan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Pencen penakat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

kepada duda sehingga dia berkahwin semula, atau mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal:

Dengan syarat bahawa sekiranya seorang duda berhak kepada lebih daripada satu pencen penakat di bawah Akta ini dan di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh

Pertubuhan, dia hendaklah dibayar satu pencen sahaja, iaitu pencen yang kadarnya lebih tinggi; dan

Suggest a correction

(b)

kepada setiap anak sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:

Keselamatan Sosial Suri Rumah 35

Dengan syarat bahawa dalam hal seseorang anak yang disebut dalam perenggan (b) takrif “anak” dalam seksyen 3, pencen penakat hendaklah dibayar berterusan selagi dia tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau sehingga dia mencapai umur lima puluh lima tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:

Dengan syarat selanjutnya bahawa Pertubuhan boleh meneruskan pencen tersebut kepada seseorang anak yang sedang menerima pendidikan dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi tetapi tidak melebihi ijazah pertama sehingga dia tamat atau berhenti menerima pendidikan tersebut atau sehingga dia berkahwin, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(2)

Jika seorang suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran, atau sekiranya suri rumah berinsurans belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan, mati atau jika suri rumah berinsurans mati disebabkan oleh bencana domestik yang dihidap dalam tempoh caruman, dan tidak meninggalkan duda atau anak, pencen penakat hendaklah kena dibayar kepada ibu atau bapa suri rumah berinsurans sehingga ibu atau bapa itu mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal, pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

Suggest a correction

(3)

Pencen penakat adalah terakru dari tarikh kematian suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran atau suri rumah berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan atau suri rumah berinsurans itu menghidap bencana domestik dalam tempoh caruman.

Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kemudahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi jenis dan pada skala, dan atas apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Suri rumah berinsurans di bawah subseksyen (1) boleh, jika keadaannya memerlukan, diberi dan dipasang dengan, tanpa kos, alat prostetik, ortotik atau alat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan alat itu boleh diperbaharui, apabila perlu, tanpa kos.

Suggest a correction

(4)

Suri rumah berinsurans yang menjalani pemulihan jasmani atau dialisis boleh dibayar atau dibayar ganti, sebagaimana yang ditetapkan.

Bayaran elaun perjalanan dan elaun lain

Suggest a correction

Seksyen 38

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Suri rumah berinsurans boleh dibayar elaun perjalanan dan elaun lain atau perbelanjaan lain atas apa-apa skala dan tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, jika—

(a)

suri rumah berinsurans dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan, atau dipanggil untuk hadir di hadapan

Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan oleh

Pertubuhan di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berkaitan penentuan mengenai persoalan hilang upaya kekal atau keilatan; atau

Suggest a correction

(b)

suri rumah berinsurans dikehendaki oleh Pertubuhan, penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan untuk hadir pemulihan jasmani atau dialisis.

Faedah tidak boleh diserahhakkan atau ditahan

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa faedah yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh ditahan oleh apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 37

Suri rumah berinsurans yang menuntut faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran untuk mematuhi syarat

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Suri rumah berinsurans yang menuntut faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran hendaklah hadir dan membenarkan dirinya untuk apa-apa pemeriksaan perubatan atau pemeriksaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pertubuhan, penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan bagi pengesahan dan perakuan hilang upaya atau keilatannya.

Seksyen 41

Penerima faedah untuk mematuhi syarat

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah sentiasa berada di bawah rawatan perubatan di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diperuntukkan di bawah

Akta ini dan hendaklah menjalankan arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan atau atendan perubatan yang menjaga rawatan perubatannya;

Suggest a correction

(b)

tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan peluangnya untuk sembuh semasa berada di bawah rawatan atau pemulihan jasmani;

Suggest a correction

(c)

tidak boleh meninggalkan kawasan yang rawatan perubatan diperuntukkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran pengamal perubatan sebagaimana yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(d)

hendaklah membenarkan dirinya diperiksa oleh mana-mana pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya atau orang lain yang diberi kuasa oleh Pertubuhan bagi maksud ini.

Suggest a correction

(2)

Suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah hendaklah hadir di saringan kesihatan atau program kesihatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan yang diberikan oleh

Pertubuhan tanpa kos.

38

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Apa-apa faedah boleh digantung, jika suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah itu tidak mematuhi apa-apa kehendak subseksyen (1) atau (2), dan penggantungan itu hendaklah bagi apa-apa bilangan hari sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Kewajipan melapor perubahan keadaan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang sedang menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini hendaklah melaporkan kepada Pertubuhan dengan seberapa segera yang boleh, tiap-tiap peristiwa atau fakta yang menyentuh atau mungkin menyentuh haknya yang berterusan bagi faedah atau kadar faedah itu.

Seksyen 43

Hak Pertubuhan untuk mendapatkan balik faedah atau wang

Open as pageSuggest a correction

(2)

Amaun yang boleh didapatkan balik di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan.

Suri rumah berinsurans yang mempunyai lebih daripada satu caruman

Suggest a correction

Seksyen 44

Suri rumah berinsurans yang mempunyai caruman di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini dan di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh

Pertubuhan, sama ada bagi tempoh yang sama atau tidak, suri rumah berinsurans itu atau orang tanggungannya berhak untuk menerima hanya satu faedah berkenaan dengan hilang upaya kekal atau keilatan yang sama.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 39

Seksyen 45

Suri rumah berinsurans yang berhak kepada faedah hilang upaya dan keilatan

Open as pageSuggest a correction

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada kedua-dua faedah hilang upaya dan keilatan disebabkan oleh hilang upaya yang sama di bawah Akta ini, dia berhak untuk menerima hanya satu faedah di bawah Akta ini mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PENENTUAN, SEMAKAN SEMULA DAN RAYUAN

Suggest a correction

Penentuan persoalan mengenai keilatan atau hilang upaya kekal

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(a)

sama ada kemalangan, kejadian atau penyakit yang berkaitan itu telah mengakibatkan keilatan;

Suggest a correction

(b)

sama ada bencana domestik yang berkaitan itu telah mengakibatkan hilang upaya kekal; atau

Suggest a correction

(c)

sama ada takat kehilangan kebolehan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga boleh ditaksirkan berdasarkan penilaian fungsional bagi maksud faedah hilang upaya dan takat kehilangan kebolehan keupayaan itu.

Suggest a correction

(2)

Penilai perubatan hendaklah menghantar suatu laporan pemeriksaan dan penentuannya kepada Pertubuhan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

40

Undang-Undang Malaysia

Rujukan kepada penilai perubatan dan rayuan kepada Jemaah

Doktor Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika orang yang menuntut faedah atau Pertubuhan tidak berpuas hati dengan penentuan penilai perubatan, orang yang menuntut faedah itu atau Pertubuhan boleh merayu, mengikut cara dan masa yang ditetapkan, kepada Jemaah Doktor Rayuan.

Suggest a correction

(3)

Orang yang menuntut apa-apa faedah boleh dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan atau, dalam hal rayuan oleh

Pertubuhan, di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berhubung dengan penentuan persoalan mengenai keilatan atau persoalan mengenai hilang upaya kekal, dan boleh dibayar elaun perjalanan, elaun lain dan perbelanjaan lain yang telah dilakukan olehnya berhubung dengan kehadiran dalam perkara itu dan pada skala dan tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

Orang yang menuntut faedah tidak berupaya diperiksa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Jika orang yang menuntut faedah, yang telah mengemukakan tuntutan bagi faedahnya kepada Pertubuhan untuk penentuan hilang upaya kekal atau keilatan, menurut Akta ini, tidak sempurna akal, menjadi sakit atau atas apa-apa sebab lain adalah tidak berupaya diperiksa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan,

Pertubuhan hendaklah, tertakluk pada apa-apa keterangan perubatan yang ada hingga memuaskan hatinya, merujuk hal itu kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan untuk penentuan hilang upaya kekal atau keilatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditetapkan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 41

Semakan semula penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah

Seksyen 49

Doktor Rayuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa penentuan di bawah Akta ini oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan boleh disemak semula pada bila-bila masa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan berpuas hati dengan keterangan baharu bahawa penentuan itu diberi disebabkan oleh ketidakdedahan atau salah nyata oleh suri rumah berinsurans atau mana-mana orang lain mengenai suatu fakta material sama ada ketidakdedahan atau salah nyata itu adalah fraud atau tidak.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa penentuan mengenai takat keilatan, atau hilang upaya kekal akibat daripada kecederaan yang berkaitan boleh juga disemak semula oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan itu berpuas hati bahawa semenjak penentuan itu dibuat, takat keilatan, atau hilang upaya kekal akibat daripada kecederaan yang berkaitan itu menjadi semakin substansial dan teruk yang tidak terjangka.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), penentuan itu tidak boleh disemak semula melainkan jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan berpendapat bahawa, setelah memberi perhatian kepada tempoh yang diambil kira dalam penentuan itu, ketidakadilan substansial akan berlaku jika penentuan itu tidak disemak semula.

Suggest a correction

(5)

Kecuali dengan kebenaran Jemaah Doktor Rayuan, penentuan itu tidak boleh disemak semula di bawah subseksyen (3) atas apa-apa permohonan untuk semakan semula yang dibuat kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penentuan itu.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk pada subseksyen (5), penilai perubatan atau Jemaah

Doktor Rayuan boleh menguruskan suatu hal untuk semakan semula mengikut apa-apa cara yang penilai perubatan atau Jemaah Doktor

42

Undang-Undang Malaysia

Rayuan boleh menguruskannya atas rujukan yang asal kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Suggest a correction

(7)

Seksyen 47 hendaklah terpakai bagi suatu permohonan untuk semakan semula di bawah seksyen ini.

Semakan semula elaun keuzuran

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan-peraturan, Pertubuhan boleh menyemak semula bayaran apa-apa elaun keuzuran kepada mana-mana suri rumah dan hasil daripada semakan semula itu boleh menambah, meneruskan, mengurangkan atau memberhentikan elaun itu.

Seksyen 51

Penggantungan dan pemberhentian elaun keuzuran

Open as pageSuggest a correction

(a)

mungkir hadir, dengan tiada sebab yang baik, apabila diarahkan, di hadapan penilai perubatan atau mana-mana pihak berkuasa lain untuk pengesahan kewujudan atau kewujudan berterusan keilatannya;

Suggest a correction

(b)

enggan atau cuai tanpa sebab yang baik untuk mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh atau bagi pihak Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa proses pemulihan jasmani yang dia dikehendaki menjalani tanpa kos; atau

Suggest a correction

(c)

mungkir, dengan tiada sebab yang baik, membenarkan dirinya untuk menerima dengan percuma rawatan perubatan termasuk pemasangan alat bantuan yang ditawarkan oleh

Pertubuhan bagi keilatannya atau mungkir menjalankan apa-apa arahan pegawai perubatan yang menjaganya:

Keselamatan Sosial Suri Rumah 43

Dengan syarat bahawa dia tidak boleh dikehendaki untuk menjalani apa-apa pembedahan yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatannya.

Suggest a correction

(2)

Pertubuhan boleh menghentikan bayaran elaun keuzuran jika

Pertubuhan berpuas hati bahawa—

(a)

penerima atau mana-mana orang yang berkaitan dengan elaun keuzuran itu telah bertindak secara fraud terhadap

Pertubuhan yang berkaitan dengan mana-mana tuntutan yang telah dibuat olehnya atau apa-apa bayaran yang telah diterima olehnya;

Suggest a correction

(b)

penerima bersedia untuk melakukan atau bersubahat dalam perbuatan menyalahi undang-undang; atau

Suggest a correction

(c)

penerima telah melakukan atau terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PERUNTUKAN KEWANGAN

Suggest a correction

Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Suri Rumah

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(b)

sewa, faedah, dividen dan apa-apa pendapatan lain yang diperoleh daripada aset Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(c)

jumlah wang yang terakru kepada Kumpulan Wang di bawah Akta ini termasuk pembayaran balik faedah;

44

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(d)

wang yang dipinjam oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(f)

wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(g)

wang yang diterima oleh Pertubuhan melalui pemberian, derma dan hadiah bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(h)

wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang dipindahkan kepada, yang diletak hak pada atau diperoleh oleh Pertubuhan;

Suggest a correction

(i)

wang dan harta lain yang boleh, yang mengikut apa-apa cara, menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Pertubuhan berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;

Suggest a correction

(j)

apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan balik oleh

Pertubuhan dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan

Suggest a correction

(k)

semua wang dan harta lain yang diterima secara sah oleh

Pertubuhan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

bayaran faedah dan pemberian rawatan dan layanan perubatan kepada suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 45

Suggest a correction

(b)

penubuhan dan penyenggaraan hospital, dispensari dan institusi lain dan pemberian perkhidmatan perubatan termasuk apa-apa perkhidmatan sampingan lain bagi faedah suri rumah berinsurans;

Suggest a correction

(c)

bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos rawatan dan layanan perubatan, kemudahan bagi pemulihan jasmani atau dialisis yang diberikan kepada suri rumah berinsurans;

Suggest a correction

(d)

bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos menyewa atau membeli apa-apa bangunan atau peralatan berhubung dengan rawatan perubatan, kemudahan bagi pemulihan jasmani atau dialisis;

Suggest a correction

(e)

bayaran belanja atau kos yang ditanggung oleh Pertubuhan berhubung dengan Tribunal, Jemaah Doktor Rayuan, penilai perubatan dan ejen bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(f)

bayaran belanja atau wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap

Pertubuhan, Pengerusi Lembaga atau Jawatankuasa atau jawatankuasa, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota

Lembaga atau jawatankuasa,

Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan;

Suggest a correction

(g)

bayaran elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga,

Jawatankuasa dan jawatankuasa;

Suggest a correction

(h)

bayaran fi guaman dan caj lain bagi memulakan atau membela apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang berakibat daripada apa-apa tindakan yang diambil di bawah

Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

46

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(i)

pembayaran perbelanjaan mengenai langkah bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah berinsurans atau orang tanggungan atau mana-mana suri rumah dan bagi pemulihan suri rumah berinsurans yang telah hilang upaya atau cedera;

Suggest a correction

(j)

bayaran balik wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga atau keuntungan yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

Suggest a correction

(k)

penubuhan atau pengambilalihan suatu syarikat di bawah

Akta ini dan penyenggaraannya; dan

Suggest a correction

(l)

bayaran belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang ditanggung dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan.

Perbelanjaan bagi pentadbiran

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar gaji, bonus, belanja cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan, caruman kepada kumpulan wang faedah, kebajikan dan rekreasi pegawai dan pekhidmat Pertubuhan termasuklah pemberian pinjaman dan pendahuluan, dan perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan bayaran perkhidmatan lain yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

membayar fi dan saraan lain kepada mana-mana juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain yang diguna khidmat untuk melaksanakan maksud Akta ini; dan

Keselamatan Sosial Suri Rumah 47

Suggest a correction

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa benda lain termasuk menyewa mana-mana bangunan atau premis dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga, mewakilkan kepada

Pengerusi Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa,

Pemeriksa, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Lembaga setakat apa-apa had sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kuasa untuk menerima pemberian, derma, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan boleh membelanjakan pemberian, derma dan hadiah atau bekues bagi maksud tanggungjawab sosial korporat berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah.

Kuasa untuk melabur

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

(2)

Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan dengan segera untuk dibelanjakan oleh

Pertubuhan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dilaburkan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan seperti yang berikut:

(a)

dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;

Suggest a correction

(b)

dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang disebut harga atau sedang diusahakan supaya disebut harga di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; dan

Suggest a correction

(c)

dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga berdasarkan syor oleh

Jawatankuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh pada bila-bila masa, selepas berunding dengan

Menteri Kewangan, mengarahkan pengosongan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan, dalam mana-mana sekuriti.

Suggest a correction

(5)

Kuasa untuk melabur di bawah subseksyen (2) hendaklah terletak hak kepada Jawatankuasa, tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Pertubuhan hendaklah, dengan kelulusan Lembaga dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, menentukan tatacara bagi pelaburan Kumpulan Wang termasuk pemindahan atau realisasinya, bank yang Kumpulan Wang boleh didepositkan, pemerdapatan dan pembayaran balik pinjaman dan kawalan dan prosedur kewangan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 49

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 57

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada wang daripada mana-mana kumpulan wang yang ditadbirkan oleh Pertubuhan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh digunakan bagi maksud peminjaman di bawah subseksyen (1).

Anggaran tahunan

Suggest a correction

Seksyen 59

Pertubuhan hendaklah menyebabkan supaya akaun Kumpulan

Open as pageSuggest a correction

Wang yang sewajarnya dan rekod aktivitinya yang sewajarnya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

50

(a)

suatu penyata akaun Pertubuhan yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

Suggest a correction

(b)

suatu laporan mengenai kerja dan aktiviti Pertubuhan.

Audit

Suggest a correction

Seksyen 60

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Audit Negara atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah pada setiap masa yang munasabah mempunyai akses kepada buku, akaun dan dokumen lain Pertubuhan dan boleh, bagi maksud audit, menghendaki apa-apa penjelasan dan maklumat daripada, atau memeriksa, mana-mana pegawai dan pekhidmat

Pertubuhan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan laporan juruaudit dan apa-apa pemerhatian bersama dengan salinan akaun teraudit Pertubuhan.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan laporan juruaudit dan apa-apa penyata akaun kepada mana-mana jabatan Kerajaan dan apa-apa penyata akaun kepada Ketua

Audit Negara sebagaimana yang perlu.

Laporan tahunan

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri laporan tahunan mengenai kerja dan aktiviti Pertubuhan sebelum 30 Jun tahun yang berikutnya melainkan jika dilanjutkan selainnya oleh

Menteri.

Seksyen 62

Laporan tahunan dan akaun teraudit hendaklah dibentangkan

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menyebabkan laporan tahunan dan akaun teraudit Pertubuhan dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 51

Seksyen 63

Penilaian aset dan liabiliti

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa semakan semula aktuari dan penilaian aset dan liabiliti dibuat pada bila-bila masa yang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Pengenaan surcaj

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa bayaran wang yang tidak sepatutnya daripada

Kumpulan Wang atau bagi apa-apa bayaran apa-apa wang yang tidak disokong dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan, apa-apa wang, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain

Pertubuhan;

Suggest a correction

(c)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(d)

telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam bayaran wang daripada Kumpulan

Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian

52

Undang-Undang Malaysia atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Pertubuhan.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu dikenakan surcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikenakan surcaj.

Suggest a correction

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a) dan (b), mengenakan surcaj terhadap orang itu, jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang dibuat dengan tidak sepatutnya, atau kekurangan dalam nilai, atau kerugian, wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan;

dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal perenggan (1)(c) dan (d), mengenakan surcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu mengenai apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai penarikan balik itu dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.

Suggest a correction

(6)

Amaun bagi apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan yang tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)

hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada

Pertubuhan daripada orang yang dikenakan surcaj itu dan boleh

Keselamatan Sosial Suri Rumah 53

dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan balik dalam mana-mana mahkamah atas guaman Pertubuhan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan balik melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang dikenakan surcaj itu; atau

Suggest a correction

(b)

daripada pencen orang yang dikenakan surcaj itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tribunal hendaklah dipengerusikan oleh seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Seseorang adalah layak bagi pelantikan sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) jika—

(b)

selama sepuluh tahun sebelum pelantikannya, dia telah menjadi—

Suggest a correction

(i)

seorang anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan;

54

Undang-Undang Malaysia

(ii)

peguam bela dan peguam cara mengikut pengertian

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

Suggest a correction

(iii)

peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam

Bela Sabah [Sabah Cap. 2]; atau

Suggest a correction

(iv)

peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam

Bela Sarawak [Sarawak Cap. 110].

Perkara untuk diputuskan oleh Tribunal

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(a)

sama ada mana-mana orang ialah suri rumah, orang tanggungan atau suri rumah berinsurans mengikut pengertian Akta ini;

Suggest a correction

(b)

sama ada apa-apa kemalangan atau kejadian yang mengakibatkan apa-apa kecederaan kepada suri rumah berinsurans mengikut pengertian Akta ini;

Suggest a correction

(c)

sama ada apa-apa kemalangan, kejadian atau penyakit yang dialami oleh mana-mana suri rumah berinsurans ialah suatu bencana domestik dalam tempoh caruman;

Suggest a correction

(d)

kadar caruman yang dibayar terlebih dahulu dan bayaran caruman mana-mana suri rumah berinsurans bagi maksud

Akta ini;

Suggest a correction

(e)

hak atau kelayakan mana-mana suri rumah berinsurans kepada apa-apa faedah termasuklah amaun dan tempoh faedah itu;

Suggest a correction

(f)

apa-apa arahan atau petunjuk yang dikeluarkan oleh

Pertubuhan, di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 55

Suggest a correction

(g)

apa-apa tuntutan oleh Pertubuhan terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan balik apa-apa faedah yang telah dibayar dengan tidak mengikut Akta ini;

Suggest a correction

(h)

apa-apa perkara lain yang dipertikaikan antara suri rumah berinsurans, orang tanggungan atau mana-mana orang dan

Pertubuhan berkenaan dengan pelindungan, caruman, faedah atau wang lain yang kena dibayar atau didapatkan balik di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(i)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk atau yang boleh diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding di hadapan Tribunal, suatu persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit timbul dan penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan tidak diperoleh walaupun penentuan itu adalah perlu bagi keputusan mengenai tuntutan atau persoalan di hadapan Tribunal,

Tribunal hendaklah mengarahkan Pertubuhan untuk mengemukakan persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit itu untuk penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan dan boleh meneruskan untuk memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang lain di hadapan Tribunal dan memutuskan mengenai persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit itu mengikut penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Tiada mahkamah sivil boleh mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam subseksyen (1), atau untuk membuat keputusan atas apa-apa liabiliti yang hendaklah diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Tribunal hendaklah hanya memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang timbul di bawah Akta ini atau

56

Undang-Undang Malaysia apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan bukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Suggest a correction

(5)

Tribunal dan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan atau pertikaian yang, oleh atau di bawah Akta ini, diputuskan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Memulakan prosiding, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi Tribunal boleh, apabila permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak kepada Tribunal, memindahkan apa-apa perkara yang belum selesai di hadapannya di suatu Negeri atau kawasan kepada mana-mana Tribunal lain di Negeri atau kawasan lain dan hendaklah memberikan sebabnya bagi membenarkan atau tidak membenarkan permohonan untuk pemindahan itu.

Suggest a correction

(3)

Tribunal yang kepadanya apa-apa perkara atau prosiding dipindahkan di bawah subseksyen (2) hendaklah meneruskan untuk memutuskan perkara atau prosiding itu seolah-olah perkara atau prosiding itu telah dimulakan pada asalnya di hadapan Tribunal itu.

Pemulaan prosiding

Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Pertubuhan dan disertakan dengan fi.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (1)—

Keselamatan Sosial Suri Rumah 57

(a)

kausa tindakan berkenaan dengan tuntutan bagi faedah hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keputusan bertulis daripada Pertubuhan mengenai tuntutan itu diterima oleh orang yang berikut:

Suggest a correction

(i)

suri rumah berinsurans;

(ii)

berhubung dengan pencen penakat, orang tanggungan suri rumah berinsurans; atau

Suggest a correction

(iii)

berhubung dengan faedah pengurusan mayat, orang yang menuntut;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

kausa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh

Pertubuhan untuk mendapatkan balik faedah daripada suri rumah berinsurans, orang tanggungannya atau mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keterangan faedah telah dibayar disebabkan oleh kesilapan atau fraud wujud.

Kuasa Tribunal

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua kos bersampingan dengan apa-apa prosiding di hadapan

Tribunal hendaklah tertakluk pada budi bicara Tribunal.

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah Tribunal hendaklah dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.

Pewakilan dalam prosiding di hadapan Tribunal

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan Tribunal kecuali kehadiran seseorang bagi maksud

58

Undang-Undang Malaysia pemeriksaan sebagai seorang saksi, hadir sendiri atau diwakili oleh pengamal undang-undang, atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh orang itu, atau jika tiada pemberian kuasa secara bertulis, oleh mana-mana orang yang dibenarkan oleh Tribunal untuk hadir bagi pihak orang itu.

Seksyen 71

Faedah tidak dibayar kerana ketidakpatuhan Akta atau peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Tribunal boleh mengarahkan pembayaran faedah sekiranya Tribunal berpuas hati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk tidak membuat tuntutan bagi faedah itu dengan mematuhi Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Rujukan kepada Mahkamah Tinggi

Suggest a correction

Seksyen 72

Tribunal boleh mengemukakan apa-apa persoalan undang-undang bagi keputusan

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah

Tinggi dan hendaklah memutuskan persoalan yang belum selesai di hadapan Tribunal mengikut keputusan itu.

Seksyen 73

Rayuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rayuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa enam puluh hari dari tarikh perintah bertulis itu dibuat oleh Tribunal.

Penggantungan bayaran sementara menunggu rayuan

Suggest a correction

Seksyen 74

Keselamatan Sosial Suri Rumah 59

Open as pageSuggest a correction

Jika Pertubuhan telah membuat suatu rayuan terhadap suatu perintah Tribunal, Tribunal boleh, dan jika diarahkan oleh Mahkamah

Tinggi hendaklah, sementara menunggu keputusan rayuan itu, menahan perintah yang terhadapnya rayuan dibuat yang berhubungan dengan bayaran apa-apa jumlah wang.

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN

Suggest a correction

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemeriksa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa-apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diberi oleh Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

Suggest a correction

(3)

Pemeriksa boleh memeriksa mana-mana orang jika Pemeriksa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti mengurus rumah tangga.

60

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa untuk menghendaki maklumat dan menjalankan pemeriksaan

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua

Pengarah atau Pemeriksa dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam notis itu; atau

Suggest a correction

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau

Pemeriksa dan untuk mengemukakan bagi pemeriksaan apa-apa buku, akaun, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau

Pemeriksa.

Suggest a correction

(2)

Jika ternyata kepada mana-mana Majistret atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang pengemukaannya telah dikehendaki di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dikemukakan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, Pemeriksa atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, dengan atau tanpa bantuan, memasuki tempat atau bangunan, dengan kekerasan jika perlu, dan memeriksa tempat atau bangunan itu,

Keselamatan Sosial Suri Rumah 61

menyita, mengambil milikan dan menahan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menghalang, dsb., Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pemeriksa

Suggest a correction

Seksyen 77

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua

Pengarah, mana-mana Timbalan Ketua Pengarah atau

Pemeriksa semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang Ketua Pengarah, mana-mana Timbalan Ketua

Pengarah atau Pemeriksa semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

KESALAHAN DAN PENALTI

Suggest a correction

Memberikan maklumat atau dokumen palsu atau mengelirukan

Seksyen 78

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

62

(a)

memberikan atau menyebabkan mana-mana orang memberikan apa-apa maklumat atau dokumen kepada

Pertubuhan yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan; atau

Suggest a correction

(b)

membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, sijil atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir-butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Fraud atau pemalsuan berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah

Suggest a correction

Seksyen 79

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melakukan atau bersubahat untuk melakukan apa-apa perbuatan fraud atau pemalsuan berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman atau faedah yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(2)

Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diperakukan oleh pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai kena dibayar daripada orang itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu dan perakuan pegawai diberi kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan.

Suggest a correction

(3)

Sekiranya mana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 78 atau 79 yang berhubungan dengan isi kandungan apa-apa dokumen atau laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah boleh memerintahkan orang itu untuk mengemukakan dokumen atau laporan yang dikehendaki dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didapatkan balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayu seolah-olah ia ialah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara

Jenayah, kecuali jika mahkamah mengarahkan supaya bayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam masa enam bulan.

Salinan catatan menjadi keterangan prima facie dan pengemukaan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 81

Keselamatan Sosial Suri Rumah 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh, atas permohonan oleh Pendakwa Raya, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang dalam milikannya dan berkaitan dengan kes, dan dokumen itu hendaklah dikemukakan dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.

64

Undang-Undang Malaysia

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 83

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

Suggest a correction

(b)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

Suggest a correction

(3)

Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 65

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Ketua Pengarah, boleh memulangkan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua

Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

Suggest a correction

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan ejen pemungut bagi maksud mendapatkan balik apa-apa jumlah wang yang terhutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan.

Mengguna khidmat juruaudit, aktuari, dsb.

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

Pertubuhan boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, mengguna khidmat mana-mana juruaudit, aktuari, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan untuk membantu Pertubuhan dalam melaksanakan fungsinya.

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berhak menerima gaji, elaun, dsb.

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

Jika Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan menjalankan kuasanya dan

66

Undang-Undang Malaysia melaksanakan fungsinya bagi maksud Akta ini, gajinya, elaunnya, pendahuluan dan apa-apa bayaran lain yang mereka berhak menerima hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

Seksyen 87

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat

Pertubuhan, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 88

Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan boleh memberi arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan operasi syarikat itu yang selaras dengan peruntukan

Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.

Kuasa untuk mengecualikan

Suggest a correction

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam perintah itu, mengecualikan—

(a)

mana-mana suri rumah atau suami suri rumah; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang tanggungan, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Pelupusan dokumen selepas lebih daripada tiga tahun

Suggest a correction

Seksyen 90

Keselamatan Sosial Suri Rumah 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dokumen berasaskan kertas telah disalinkan mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan dokumen berasaskan kertas itu selepas habisnya tempoh tiga tahun dari pembuatan salinan elektronik itu.

Suggest a correction

(3)

Salinan dokumen berasaskan kertas yang disimpan dalam suatu perantaraan elektronik mengikut subseksyen (1) boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction

Seksyen 92

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan Jawatankuasa atau jawatankuasa yang termasuklah tatacara untuk diikuti oleh Jawatankuasa atau jawatankuasa itu;

Suggest a correction

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan belanja dan perbelanjaan lain sebagaimana yang dibenarkan untuk dibelanjakan daripada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(c)

amaun daripada Kumpulan Wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan pentadbiran Skim;

Suggest a correction

(d)

kos dan fi yang kena dibayar berhubung dengan apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;

Suggest a correction

(e)

cara dan tatacara apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;

Suggest a correction

(f)

penubuhan hospital, dispensari dan institusi lain, dan penguntukan suri rumah berinsurans kepada mana-mana hospital, dispensari, klinik atau institusi lain itu;

Suggest a correction

(g)

semua perkara yang berhubungan dengan penentuan kebolehinsuransan suri rumah berinsurans dan bayaran caruman;

Suggest a correction

(h)

semua perkara yang berhubungan dengan atau bersampingan dengan bayaran dan kutipan caruman yang termasuklah seperti yang berikut:

Suggest a correction

(i)

semua perkara yang berhubungan dengan maksud caruman dan faedah yang termasuklah seperti yang berikut:

Suggest a correction

(i)

perkara berkenaan dengan pendaftaran dan cara pendaftaran;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 69

(ii)

pengiraan dan penentuan kelayakan caruman dan tempoh pelindungan bagi suri rumah berinsurans;

Suggest a correction

(iii)

caruman termasuklah kadar caruman yang dibayar terlebih dahulu dan bayaran caruman yang dibayar terlebih dahulu oleh suami atau suri rumah berinsurans itu;

Suggest a correction

(iv)

kadar faedah dan perakuan hilang upaya, keilatan dan kelayakan bagi apa-apa faedah atau kemudahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

cara untuk menilai apa-apa faedah wang tunai di bawah Akta ini termasuklah kaedah mengira faedah wang tunai;

(vi)

cara untuk mentaksir nilai apa-apa faedah atau kemudahan yang bukan faedah wang tunai dan bayaran gantinya;

Suggest a correction

(vii)

kaedah mengira amaun faedah wang tunai atau elaun perjalanan dan elaun lain yang kena dibayar, dan hal keadaan dan takat penggantian faedah hilang upaya dan keilatan boleh dibenarkan dan kaedah mengira nilai penggantian itu;

Suggest a correction

(viii)

syarat untuk dipatuhi oleh suri rumah berinsurans semasa sedang menerima apa-apa faedah di bawah

Akta ini termasuk kehendak pemeriksaan perubatan orang itu;

Suggest a correction

(ix)

cara pelarasan faedah hilang upaya kekal yang kena dibayar berkenaan dengan satu atau berbilang bencana domestik atau syarat untuk menerima faedah itu dalam apa-apa hal jika faedah hilang upaya kekal telah digantikan dengan bayaran sekali gus;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

cara atau penentuan kelayakan bagi faedah yang suri rumah berinsurans berhak di bawah

Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan

70

Undang-Undang Malaysia

Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] dan Akta ini;

(xi)

cara pelantikan, pembayaran elaun dan tatacara penentuan oleh, penilai perubatan;

Suggest a correction

(xii)

cara pelantikan dan kewajipan pegawai perubatan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(j)

semua perkara yang berhubungan dengan apa-apa program, skim, fi, langkah atau bantuan kewangan baharu jika difikirkan perlu oleh Menteri untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan suri rumah berinsurans dan orang tanggungannya;

Suggest a correction

(k)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah

Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh mengguna pakai mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan

Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan apa-apa Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi maksud Akta ini tertakluk pada apa-apa syarat dan pindaan yang tidak bercanggah dengan Akta ini.

Syor Jawatankuasa untuk menyemak semula Skim

Suggest a correction

Seksyen 93

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syor Jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (1)—

(b)

hendaklah mengambil kira dasar sosial Kerajaan; dan

Suggest a correction

(i)

cadangan bagi kadar caruman dibayar terlebih dahulu yang baharu;

(ii)

cadangan bagi perubahan kadar faedah wang tunai tertentu; dan

Suggest a correction

(iii)

pelanjutan atau pemotongan jenis faedah.

Pertubuhan boleh berurusan dengan orang yang diberi kuasa

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

(2)

,

Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat

72

Undang-Undang Malaysia di bawah Akta ini melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik.

Suggest a correction

(2)

Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) dikemukakan atau diberikan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Suggest a correction

(3)

Penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dikemukakan atau diberikan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain itu dihantar secara elektronik oleh

Pertubuhan kepada orang itu.

Suggest a correction

(4)

Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan atau diberikan menurut subseksyen (3) boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.

Penubuhan dan penyenggaraan hospital, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan boleh membuat perjanjian dengan mana-mana

Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, orang, persendirian atau perseorangan berkenaan dengan pemberian rawatan dan layanan perubatan untuk suri rumah berinsurans di mana-mana kawasan dan pembayaran kos bagi belanja rawatan dan layanan perubatan itu.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 73

Kuasa untuk bekerjasama dengan institusi yang sedia ada atau menggalakkan langkah untuk kesihatan, kebajikan, dsb., suri rumah berinsurans

Suggest a correction

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), kerjasama itu hendaklah tidak mewujudkan apa-apa faedah selain yang diberikan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Langkah di bawah subseksyen (1) boleh termasuk pemberian anggota badan buatan dan alat di bawah keadaan yang sesuai dan rumah betah atau rumah perlindungan.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 2(2)]

1. Suri rumah yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.

2. Suri rumah yang telah mencapai umur lima puluh empat tahun dan yang berkenaan dengannya tiada caruman telah kena dibayar di bawah Akta ini sebelum dia mencapai umur lima puluh empat tahun.

74

Undang-Undang Malaysia

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 25 dan 26]

Bil.

Jenis Bencana

Peratus

Kehilangan

Kebolehan

Keupayaan

Amaun

Maksimum bagi

Bayaran

Sekali Gus 1.

Hilang kedua-dua tangan atau pengudungan di anggota atas 100

RM30,000 2.

Hilang sebelah tangan dan sebelah kaki

(buku lali ke bawah)

100

RM30,000 3.

Pengudungan dua anggota di betis atau paha, atau pengudungan di betis atau paha di sebelah kaki dan hilang kaki (buku lali ke bawah) yang lagi satu 100

RM30,000 4.

Hilang penglihatan sehingga pihak menuntut tidak dapat membuat apa-apa pekerjaan yang memerlukan penglihatan 100

RM30,000 5.

Cacat parah pada muka 100

RM30,000 6.

Pekak tuli 100

RM30,000

Pengudungan—anggota atas (mana-mana satu tangan)

7.

Pengudungan di sendi bahu 90

RM27,000 8.

Pengudungan di pangkal lengan dengan kudungnya kurang dari 8” dari hujung permatang belikat 80

RM24,000 9.

Pengudungan di bawah 8” dari hujung permatang belikat hingga kurang daripada 4½” di bawah hujung siku 70

RM21,000

10. Hilang sebelah tangan atau ibu jari dan empat jari sebelah tangan atau pengudungan dari 4½” di bawah hujung siku 60

RM18,000

11. Hilang ibu jari 30

12. Hilang ibu jari dan tulang pada tapak tangan 40

13. Hilang empat jari sebelah tangan 50

RM15,000

14. Hilang tiga jari sebelah tangan 30

Keselamatan Sosial Suri Rumah 75

15. Hilang dua jari sebelah tangan 20

16. Hilang tulang ruas hujung ibu jari 20

Pengudungan—anggota bawah

17. Pengudungan kedua-dua kaki mengakibatkan kudung menyangga badan 90

RM27,000

18. Pengudungan di kedua-dua kaki (buku lali ke bawah) lebih ke pangkal dari sendi tulang tapak kaki-jari kaki 80

RM24,000

19. Hilang semua jari kedua-dua kaki di sendi tulang tapak kaki-jari kaki 40

20. Hilang semua jari kedua-dua kaki lebih ke pangkal dari sendi ruas pangkal-tengah jari 30

21. Hilang semua jari kedua-dua kaki lebih ke hujung dari sendi ruas pangkal-tengah jari 20

22. Pengudungan di sendi pangkal paha 90

RM27,000

23. Pengudungan di bawah sendi pangkal paha dengan kudungnya tidak lebih daripada 5” panjang diukur dari hujung bonggol besar tulang paha 80

RM24,000

24. Pengudungan di bawah sendi pangkal paha dengan kudungnya lebih daripada 5” panjang diukur dari hujung bonggol besar tetapi tidak lebih ke hujung dari tengah paha 70

RM21,000

25. Pengudungan di bawah tengah paha tidak lebih daripada 3½” di bawah lutut 60

RM18,000

26. Pengudungan di bawah lutut dengan kudungnya lebih daripada 3½” tetapi tidak lebih daripada 5”

50

RM15,000

27. Pengudungan di bawah lutut dengan kudungnya lebih daripada 5”

40

28. Pengudungan sebelah kaki mengakibatkan kudung menyangga badan 30

29. Pengudungan di sebelah kaki (buku lali ke bawah) lebih ke pangkal dari sendi tulang tapak kaki-jari kaki 30

30. Hilang semua jari sebelah kaki di sendi tulang tapak kaki-jari kaki 20

76

Undang-Undang Malaysia

Bencana lain

31. Hilang sebelah mata, tanpa kesulitan, mata yang sebelah lagi itu dalam keadaan biasa 40

32. Hilang penglihatan sebelah mata tanpa kesulitan atau cacat biji mata, mata yang sebelah lagi itu dalam keadaan biasa 30

33. Hilang pendengaran langsung yang kekal di sebelah telinga 20

Hilang—

A—Jari tangan sebelah kanan atau kiri

Jari telunjuk

34. Seluruh 14

RM4,200

35. Dua ruas 11

RM3,300

36. Satu ruas 9

37. Pengudungan tetak hujung jari tanpa hilang tulang 5

Jari hantu

38. Seluruh 12

RM3,600

39. Dua ruas 9

40. Satu ruas 7

RM2,100

41. Pengudungan tetak hujung jari tanpa hilang tulang 4

RM1,200

Jari manis atau kelingking

42. Seluruh 7

RM2,100

43. Dua ruas 6

RM1,800

44. Satu ruas 5

45. Pengudungan tetak hujung jari tanpa hilang tulang 2

B—Jari kaki kanan atau kiri

Ibu jari kaki

46. Di sendi tapak kaki-jari kaki 14

RM4,200

Keselamatan Sosial Suri Rumah 77

47. Sebahagian, dengan kehilangan sedikit tulang 3

Jari kaki lain

48. Di sendi tapak kaki-jari kaki 3

49. Sebahagian, dengan kehilangan sedikit tulang 1

RM300

Dua jari sebelah kaki, tidak termasuk ibu jari kaki

50. Di sendi tapak kaki-jari kaki 5

51. Sebahagian, dengan kehilangan sedikit tulang 2

Tiga jari sebelah kaki, tidak termasuk ibu jari kaki

52. Di sendi tapak kaki-jari kaki 6

RM1,800

53. Sebahagian, dengan kehilangan sedikit tulang 3

Empat jari sebelah kaki, tidak termasuk ibu jari kaki

54. Di sendi tapak kaki-jari kaki 9

55. Sebahagian, dengan kehilangan sedikit tulang 3

1. Bagi maksud Akta ini—

(a)

amaun maksimum bagi faedah hilang upaya kekal ialah RM30,000.00, dibayar dalam suatu tempoh caruman; dan

(b)

kehilangan fungsi mana-mana anggota yang dirujuk dalam Jadual ini hendaklah ditentukan oleh Pertubuhan dan disifatkan sama seperti kehilangan anggota tersebut.

2. Bagi maksud penentuan suatu hilang upaya kekal, Jadual ini hendaklah dibaca bersama dengan garis panduan Penilaian Kecacatan dan Ketidakupayaan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan.

78

Undang-Undang Malaysia

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Seksyen 15 dan 35]

KADAR CARUMAN

Kadar bayaran caruman yang dibayar terlebih dahulu adalah berdasarkan amaun pendapatan bulanan anggapan bagi suri rumah dan hendaklah dikira dengan rujukan kepada dua belas bulan dan dibayar pada kadar yang berikut:

Bil.

Pendapatan Bulanan Anggapan

Caruman bagi Dua Belas Bulan setiap Suri Rumah 1.

RM120

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEEMPAT

[Seksyen 31 dan 36]

ELAUN KEUZURAN DAN PENCEN PENAKAT

1. Kadar harian pencen penakat ialah amaun kadar bulanan elaun keuzuran yang dibayar atau kena dibayar kepada si mati suri rumah berinsurans bagi bulan sebaik sebelum bulan kematian dibahagi dengan bilangan hari dalam bulan yang pencen itu dibayar atau kena dibayar.

2. Jika seorang suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran, atau jika suri rumah berinsurans belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan, mati atau jika suri rumah berinsurans mati disebabkan oleh bencana domestik yang dihidap dalam tempoh caruman, kadar harian pencen penakat ialah amaun asas bersamaan dengan lima puluh peratus daripada pendapatan bulanan anggapan suri rumah itu dibahagi dengan bilangan hari dalam bulan yang pencen itu dibayar atau kena dibayar.

3. Kadar harian pencen penakat yang kena dibayar sebagaimana yang berikut:

(a)

bagi duda, suatu amaun bersamaan dengan tiga per lima daripada kadar harian pencen penakat; dan

(b)

bagi tiap-tiap anak, dua per lima daripada kadar harian pencen penakat:

Dengan syarat bahawa jika jumlah pencen penakat yang dibahagikan antara duda dan anak pada bila-bila masa melebihi kadar harian pencen penakat, bahagian setiap orang tanggungan hendaklah dikurangkan mengikut imbangan supaya jumlah amaun yang kena dibayar tidak melebihi kadar harian pencen penakat:

Keselamatan Sosial Suri Rumah 79

Dengan syarat selanjutnya bahawa kadar harian pencen penakat bagi tiap-tiap anak ialah tiga per lima daripada kadar harian pencen penakat jika tidak terdapat duda atau jika duda mati, dan jika terdapat lebih daripada seorang anak, amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan sama banyak antara mereka.

4. Jika seorang suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran, atau jika seorang suri rumah berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan, mati atau jika suri rumah berinsurans mati disebabkan oleh bencana domestik yang dihidap dalam tempoh caruman, dan tidak meninggalkan duda atau anak, pencen penakat hendaklah kena dibayar kepada ibu atau bapa, suatu amaun bersamaan dengan empat per sepuluh daripada kadar harian pencen penakat, dan sekiranya terdapat dua atau lebih ibu bapa, amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan sama banyak antara mereka.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KELIMA

[Subseksyen 22(3)]

BANTUAN KEWANGAN BAGI KEGAGALAN GINJAL TAHAP AKHIR

Dua ratus ringgit setiap bulan sehingga dia mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mana-mana yang lebih awal.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEENAM

[Seksyen 29]

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Bayaran sekali tiga ribu ringgit.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETUJUH

[Seksyen 30]

ELAUN LAYANAN SENTIASA

Dua ratus dan lima puluh ringgit setiap bulan sehingga suri rumah diperakukan tidak lagi mempunyai takat ketidakupayaan yang melayakkan dia untuk menerima elaun layanan sentiasa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan atau sehingga suri rumah itu mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

80

Undang-Undang Malaysia

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KELAPAN

[Seksyen 37]

PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS

Amaun maksimum yang dibelanjakan bagi pemulihan jasmani ialah lima puluh ribu ringgit dalam satu tempoh caruman dan rawatan bagi dialisis ialah dua ratus ringgit setiap bulan atau menurut Akta Fi 1951 [Akta 209], mengikut mana-mana yang lebih rendah.

81

Akta 838

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 142/2024

Perintah Keselamatan Sosial Suri

Rumah (Pindaan Jadual Keenam)

2024 01-06-2024

82

Akta 838

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Common questions

What is HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022?
*AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022 is Malaysia Act, cited as Act 838 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 still in force?
Yes — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 is currently in force.
When did HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 take effect?
HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 have?
HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 contains 97 sections.
Where can I read the official version of HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022?
The official text of HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 is published at lom.agc.gov.my.