Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Pembayaran faedah apabila suri rumah berinsurans mati
Jika suri rumah berinsurans telah mengemukakan suatu tuntutan bagi faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran di bawah Akta ini dan mati selepas tuntutannya diluluskan oleh Pertubuhan tetapi sebelum pembayaran faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran dibuat kepadanya, hendaklah tiada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran, mana-mana yang berkaitan, yang kena dibayar kepada benefisiari atau harta pusaka suri rumah berinsurans yang mati itu atau orang tanggungannya.