Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 30

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), bayaran elaun layanan sentiasa kepada seorang suri rumah berinsurans hendaklah terhenti apabila dia mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(3)

Kewujudan darjah kehilangan upaya yang melayakkan suri rumah berinsurans bagi suatu elaun layanan sentiasa hendaklah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada tuntutan elaun layanan sentiasa bulanan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, suri rumah berinsurans berhak untuk menerima hanya satu elaun layanan sentiasa bulanan.

Elaun keuzuran