Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
sesuatu keadaan keuzuran hendaklah disifatkan sebagai berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati;
(b)
seseorang suri rumah berinsurans hendaklah disifatkan sebagai tidak berupaya mengambil bahagian dalam sebahagian besar aktiviti seorang suri rumah, jika oleh sebab keadaan uzur tertentunya kerana sakit atau kelemahan itu, dia tidak lagi berupaya menjalankan apa-apa aktiviti seorang suri rumah yang bersamaan dengan kekuatan dan tenaganya yang mungkin boleh dilakukan secara munasabah olehnya; atau
(c)
dalam menentukan sama ada seseorang suri rumah berinsurans menghidap keilatan, perkiraan hendaklah diberi tentang apa-apa kepulihan kekal mengenai keadaan keilatannya yang berhasil atau dijangka berhasil daripada apa-apa langkah pemulihan jasmani yang mungkin diberi kepadanya tanpa kos oleh Pertubuhan.
(3)
Jika suri rumah berinsurans diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan sebagai ilat sebelum apa-apa tempoh pelindungan, suri rumah berinsurans adalah tidak berhak kepada apa-apa elaun keuzuran.
Kelayakan suri rumah berinsurans bagi elaun keuzuran