Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
kepada duda sehingga dia berkahwin semula, atau mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal:
Dengan syarat bahawa sekiranya seorang duda berhak kepada lebih daripada satu pencen penakat di bawah Akta ini dan di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh
Pertubuhan, dia hendaklah dibayar satu pencen sahaja, iaitu pencen yang kadarnya lebih tinggi; dan
(b)
kepada setiap anak sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:
Keselamatan Sosial Suri Rumah 35
Dengan syarat bahawa dalam hal seseorang anak yang disebut dalam perenggan (b) takrif “anak” dalam seksyen 3, pencen penakat hendaklah dibayar berterusan selagi dia tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau sehingga dia mencapai umur lima puluh lima tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:
Dengan syarat selanjutnya bahawa Pertubuhan boleh meneruskan pencen tersebut kepada seseorang anak yang sedang menerima pendidikan dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi tetapi tidak melebihi ijazah pertama sehingga dia tamat atau berhenti menerima pendidikan tersebut atau sehingga dia berkahwin, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(2)
Jika seorang suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran, atau sekiranya suri rumah berinsurans belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan, mati atau jika suri rumah berinsurans mati disebabkan oleh bencana domestik yang dihidap dalam tempoh caruman, dan tidak meninggalkan duda atau anak, pencen penakat hendaklah kena dibayar kepada ibu atau bapa suri rumah berinsurans sehingga ibu atau bapa itu mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal, pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
(3)
Pencen penakat adalah terakru dari tarikh kematian suri rumah berinsurans yang sedang menerima elaun keuzuran atau suri rumah berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi dalam tempoh pelindungan atau suri rumah berinsurans itu menghidap bencana domestik dalam tempoh caruman.
Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis