Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 47

(2)

Jika orang yang menuntut faedah atau Pertubuhan tidak berpuas hati dengan penentuan penilai perubatan, orang yang menuntut faedah itu atau Pertubuhan boleh merayu, mengikut cara dan masa yang ditetapkan, kepada Jemaah Doktor Rayuan.

(3)

Orang yang menuntut apa-apa faedah boleh dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan atau, dalam hal rayuan oleh

Pertubuhan, di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berhubung dengan penentuan persoalan mengenai keilatan atau persoalan mengenai hilang upaya kekal, dan boleh dibayar elaun perjalanan, elaun lain dan perbelanjaan lain yang telah dilakukan olehnya berhubung dengan kehadiran dalam perkara itu dan pada skala dan tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

Orang yang menuntut faedah tidak berupaya diperiksa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan

Section 47 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my