Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 48

Jika orang yang menuntut faedah, yang telah mengemukakan tuntutan bagi faedahnya kepada Pertubuhan untuk penentuan hilang upaya kekal atau keilatan, menurut Akta ini, tidak sempurna akal, menjadi sakit atau atas apa-apa sebab lain adalah tidak berupaya diperiksa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan,

Pertubuhan hendaklah, tertakluk pada apa-apa keterangan perubatan yang ada hingga memuaskan hatinya, merujuk hal itu kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan untuk penentuan hilang upaya kekal atau keilatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditetapkan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 41

Semakan semula penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah