Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 49

Doktor Rayuan

(2)

Apa-apa penentuan di bawah Akta ini oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan boleh disemak semula pada bila-bila masa oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan berpuas hati dengan keterangan baharu bahawa penentuan itu diberi disebabkan oleh ketidakdedahan atau salah nyata oleh suri rumah berinsurans atau mana-mana orang lain mengenai suatu fakta material sama ada ketidakdedahan atau salah nyata itu adalah fraud atau tidak.

(3)

Apa-apa penentuan mengenai takat keilatan, atau hilang upaya kekal akibat daripada kecederaan yang berkaitan boleh juga disemak semula oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan itu berpuas hati bahawa semenjak penentuan itu dibuat, takat keilatan, atau hilang upaya kekal akibat daripada kecederaan yang berkaitan itu menjadi semakin substansial dan teruk yang tidak terjangka.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), penentuan itu tidak boleh disemak semula melainkan jika penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan berpendapat bahawa, setelah memberi perhatian kepada tempoh yang diambil kira dalam penentuan itu, ketidakadilan substansial akan berlaku jika penentuan itu tidak disemak semula.

(5)

Kecuali dengan kebenaran Jemaah Doktor Rayuan, penentuan itu tidak boleh disemak semula di bawah subseksyen (3) atas apa-apa permohonan untuk semakan semula yang dibuat kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penentuan itu.

(6)

Tertakluk pada subseksyen (5), penilai perubatan atau Jemaah

Doktor Rayuan boleh menguruskan suatu hal untuk semakan semula mengikut apa-apa cara yang penilai perubatan atau Jemaah Doktor

42

Undang-Undang Malaysia

Rayuan boleh menguruskannya atas rujukan yang asal kepada penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

(7)

Seksyen 47 hendaklah terpakai bagi suatu permohonan untuk semakan semula di bawah seksyen ini.

Semakan semula elaun keuzuran

Section 49 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my