Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 52

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

caruman oleh atau bagi pihak suri rumah;

(b)

sewa, faedah, dividen dan apa-apa pendapatan lain yang diperoleh daripada aset Kumpulan Wang;

(c)

jumlah wang yang terakru kepada Kumpulan Wang di bawah Akta ini termasuk pembayaran balik faedah;

44

Undang-Undang Malaysia

(d)

wang yang dipinjam oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

(e)

fi;

(f)

wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

(g)

wang yang diterima oleh Pertubuhan melalui pemberian, derma dan hadiah bagi maksud Akta ini;

(h)

wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang dipindahkan kepada, yang diletak hak pada atau diperoleh oleh Pertubuhan;

(i)

wang dan harta lain yang boleh, yang mengikut apa-apa cara, menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Pertubuhan berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;

(j)

apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan balik oleh

Pertubuhan dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan

(k)

semua wang dan harta lain yang diterima secara sah oleh

Pertubuhan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang