Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 53

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

bayaran faedah dan pemberian rawatan dan layanan perubatan kepada suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 45

(b)

penubuhan dan penyenggaraan hospital, dispensari dan institusi lain dan pemberian perkhidmatan perubatan termasuk apa-apa perkhidmatan sampingan lain bagi faedah suri rumah berinsurans;

(c)

bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos rawatan dan layanan perubatan, kemudahan bagi pemulihan jasmani atau dialisis yang diberikan kepada suri rumah berinsurans;

(d)

bayaran kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan atau orang persendirian bagi kos menyewa atau membeli apa-apa bangunan atau peralatan berhubung dengan rawatan perubatan, kemudahan bagi pemulihan jasmani atau dialisis;

(e)

bayaran belanja atau kos yang ditanggung oleh Pertubuhan berhubung dengan Tribunal, Jemaah Doktor Rayuan, penilai perubatan dan ejen bagi maksud Akta ini;

(f)

bayaran belanja atau wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap

Pertubuhan, Pengerusi Lembaga atau Jawatankuasa atau jawatankuasa, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota

Lembaga atau jawatankuasa,

Pemeriksa, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan;

(g)

bayaran elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga,

Jawatankuasa dan jawatankuasa;

(h)

bayaran fi guaman dan caj lain bagi memulakan atau membela apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang berakibat daripada apa-apa tindakan yang diambil di bawah

Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

46

Undang-Undang Malaysia

(i)

pembayaran perbelanjaan mengenai langkah bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah berinsurans atau orang tanggungan atau mana-mana suri rumah dan bagi pemulihan suri rumah berinsurans yang telah hilang upaya atau cedera;

(j)

bayaran balik wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga atau keuntungan yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

(k)

penubuhan atau pengambilalihan suatu syarikat di bawah

Akta ini dan penyenggaraannya; dan

(l)

bayaran belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang ditanggung dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan.

Perbelanjaan bagi pentadbiran