Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(a)
membayar gaji, bonus, belanja cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan, caruman kepada kumpulan wang faedah, kebajikan dan rekreasi pegawai dan pekhidmat Pertubuhan termasuklah pemberian pinjaman dan pendahuluan, dan perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan bayaran perkhidmatan lain yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
membayar fi dan saraan lain kepada mana-mana juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain yang diguna khidmat untuk melaksanakan maksud Akta ini; dan
Keselamatan Sosial Suri Rumah 47
(c)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa benda lain termasuk menyewa mana-mana bangunan atau premis dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga, mewakilkan kepada
Pengerusi Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa,
Pemeriksa, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Lembaga setakat apa-apa had sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kuasa untuk menerima pemberian, derma, dsb.