Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 56

(2)

Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan dengan segera untuk dibelanjakan oleh

Pertubuhan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dilaburkan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan seperti yang berikut:

(a)

dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(b)

dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang disebut harga atau sedang diusahakan supaya disebut harga di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; dan

(c)

dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga berdasarkan syor oleh

Jawatankuasa.

(3)

Pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.

(4)

Menteri boleh pada bila-bila masa, selepas berunding dengan

Menteri Kewangan, mengarahkan pengosongan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan, dalam mana-mana sekuriti.

(5)

Kuasa untuk melabur di bawah subseksyen (2) hendaklah terletak hak kepada Jawatankuasa, tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(6)

Pertubuhan hendaklah, dengan kelulusan Lembaga dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, menentukan tatacara bagi pelaburan Kumpulan Wang termasuk pemindahan atau realisasinya, bank yang Kumpulan Wang boleh didepositkan, pemerdapatan dan pembayaran balik pinjaman dan kawalan dan prosedur kewangan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 49

Kuasa untuk meminjam