Malaysia legislation

Section 64

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 64

(a)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa bayaran wang yang tidak sepatutnya daripada

Kumpulan Wang atau bagi apa-apa bayaran apa-apa wang yang tidak disokong dengan sewajarnya;

(b)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan, apa-apa wang, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain

Pertubuhan;

(c)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(d)

telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam bayaran wang daripada Kumpulan

Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian

52

Undang-Undang Malaysia atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Pertubuhan.

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu dikenakan surcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikenakan surcaj.

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a) dan (b), mengenakan surcaj terhadap orang itu, jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang dibuat dengan tidak sepatutnya, atau kekurangan dalam nilai, atau kerugian, wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan;

dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(c) dan (d), mengenakan surcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(4)

Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu mengenai apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai penarikan balik itu dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.

(6)

Amaun bagi apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan yang tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)

hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada

Pertubuhan daripada orang yang dikenakan surcaj itu dan boleh

Keselamatan Sosial Suri Rumah 53

dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan balik dalam mana-mana mahkamah atas guaman Pertubuhan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan balik melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang dikenakan surcaj itu; atau

(b)

daripada pencen orang yang dikenakan surcaj itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.