Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 66

(a)

sama ada mana-mana orang ialah suri rumah, orang tanggungan atau suri rumah berinsurans mengikut pengertian Akta ini;

(b)

sama ada apa-apa kemalangan atau kejadian yang mengakibatkan apa-apa kecederaan kepada suri rumah berinsurans mengikut pengertian Akta ini;

(c)

sama ada apa-apa kemalangan, kejadian atau penyakit yang dialami oleh mana-mana suri rumah berinsurans ialah suatu bencana domestik dalam tempoh caruman;

(d)

kadar caruman yang dibayar terlebih dahulu dan bayaran caruman mana-mana suri rumah berinsurans bagi maksud

Akta ini;

(e)

hak atau kelayakan mana-mana suri rumah berinsurans kepada apa-apa faedah termasuklah amaun dan tempoh faedah itu;

(f)

apa-apa arahan atau petunjuk yang dikeluarkan oleh

Pertubuhan, di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 55

(g)

apa-apa tuntutan oleh Pertubuhan terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan balik apa-apa faedah yang telah dibayar dengan tidak mengikut Akta ini;

(h)

apa-apa perkara lain yang dipertikaikan antara suri rumah berinsurans, orang tanggungan atau mana-mana orang dan

Pertubuhan berkenaan dengan pelindungan, caruman, faedah atau wang lain yang kena dibayar atau didapatkan balik di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(i)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk atau yang boleh diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding di hadapan Tribunal, suatu persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit timbul dan penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan tidak diperoleh walaupun penentuan itu adalah perlu bagi keputusan mengenai tuntutan atau persoalan di hadapan Tribunal,

Tribunal hendaklah mengarahkan Pertubuhan untuk mengemukakan persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit itu untuk penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor

Rayuan dan boleh meneruskan untuk memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang lain di hadapan Tribunal dan memutuskan mengenai persoalan hilang upaya kekal atau keilatan, kecederaan atau penyakit itu mengikut penentuan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Tiada mahkamah sivil boleh mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam subseksyen (1), atau untuk membuat keputusan atas apa-apa liabiliti yang hendaklah diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Tribunal hendaklah hanya memutuskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang timbul di bawah Akta ini atau

56

Undang-Undang Malaysia apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan bukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(5)

Tribunal dan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan atau pertikaian yang, oleh atau di bawah Akta ini, diputuskan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Memulakan prosiding, dsb.

Section 66 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my