Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
(2)
Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pertubuhan dan disertakan dengan fi.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1)—
Keselamatan Sosial Suri Rumah 57
(a)
kausa tindakan berkenaan dengan tuntutan bagi faedah hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keputusan bertulis daripada Pertubuhan mengenai tuntutan itu diterima oleh orang yang berikut:
(i)
suri rumah berinsurans;
(ii)
berhubung dengan pencen penakat, orang tanggungan suri rumah berinsurans; atau
(iii)
berhubung dengan faedah pengurusan mayat, orang yang menuntut;
(b)
kausa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh
Pertubuhan untuk mendapatkan balik faedah daripada suri rumah berinsurans, orang tanggungannya atau mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keterangan faedah telah dibayar disebabkan oleh kesilapan atau fraud wujud.
Kuasa Tribunal