Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 75

(2)

Pemeriksa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa-apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diberi oleh Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

(3)

Pemeriksa boleh memeriksa mana-mana orang jika Pemeriksa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti mengurus rumah tangga.

60

Undang-Undang Malaysia

(4)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa untuk menghendaki maklumat dan menjalankan pemeriksaan

Section 75 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my