Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, mana-mana Timbalan Ketua Pengarah atau
Pemeriksa semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(b)
dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang Ketua Pengarah, mana-mana Timbalan Ketua
Pengarah atau Pemeriksa semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.